TG ABDUL HADI DIYAKINI TERUS TERAJUI PAS
TG Abdul Hadi diyakini terus terajui Pas
Posted on Wednesday, November 19 @ 19:38:42 MYT
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diyakini masih diperlukan menerajui parti Islam itu berikutan tahap kesihatan yang semakin pulih.
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu agar Abdul Hadi perlu mengundur diri tidak perlu diperbesarkan kerana kini, beliau sudah kembali mempengerusikan mesyuarat parti.

"Dengan
kesihatan yang semakin baik itu, insya-ALLAH Abdul Hadi akan hadir
dalam mesyuarat PR sekiranya berkelapangan," katanya, semalam.
Beliau
mengulas laporan sebelum ini yang seolah-olah menyarankan presiden
parti itu mengundurkan diri berikutan kekerapan ketidakhadiran ke
mesyuarat PR dan faktor kesihatan yang semakin merudum.
Katanya, isu berkaitan Abdul Hadi bukan punca masalah berlaku sama ada di dalam parti atau dengan rakan PR.
"Saya lihat presiden bukan punca masalah yang berlaku. Bahkan masalah yang dah selesai harus tutup buku.
"Sekarang
rakyat mahu melihat hala tuju pakatan. Rakyat juga bertanya di mana
puluhan tuduhan kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim sebelum ini. Tapi Pas akur dengan apa yang berlaku,"
katanya.
Justeru, beliau berharap semua pimpinan dapat menghormati sempadan parti masing-masing.
"Semua parti mesti saling hormat-menghormati," jelasnya.
Ulasan