DAP = GERAKAN = MCA = UMNO

Mula-mula korang baca ni dulu..... baiknya dap dengan orang Melayu....

PAS dakwa sukar nak jumpa Guan Eng

Pengerusi Biro Tanah PAS Mazlan Aliman mengeluh kerana mendakwa sukar bagi pemimpin parti itu untuk bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kes-kes pengusiran penduduk kampung Melayu.

Katanya, itulahyang membawa kepada ucapan perwakilan PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim di muktamar PAS di Batu Pahat pada 19 September.

Sebagai menyokong dakwaannya itu, Mazlan (kiri dalam gambar) memetik kes Kg Mutiara di Teluk Bahang di mana pemimpin PAS cuba berjumpa Lim untuk membincangkan kes pengusiran penduduk kampung itu sejak 23 Julai tahun lepas.

Mazlan berkata pihaknya telah menghantar surat lebih setahun lalu tetapi sehingga hari ini masih gagal untuk bertemu dengan Lim berhubung kes tersebut.

Mazlan menunjukkan surat tersebut kepada wartawan dalam satu sidang media di Pulau Pinang.

Pihaknya telah mencuba sedaya upaya untuk bertemu dengan Lim tetapi gagal, katanya, sambil menambah bahawa ianya sama seperti semasa pentadbiran bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon - KM semasa pentadbiran BN.

Oleh itu, katanya, adalah tidak benar bahawa PAS tidak menggunakan saluran yang betul atau tidak membangkitkan itu itu secara dalaman terlebih dahulu, sebelum menimbulkannya secara terbuka seperti yang didakwa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga hari ini, katanya, mereka masih tidak dapat bertemu dengan Lim.

Oleh itu, perkara tersebut telah dibawa ke muktamar, katanya, sambil menegaskan bahawa DAP dan PKR juga mempunyai kongres tahunan masing-masing di mana mereka membangkingkan masalah rakyat.

Jadi mengapa PAS tidak boleh PAS berbuat demikian, tanya Mazlan.

Mazlan, bagaimanapun, mengakui bahawa pemimpin parti telah bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Rashid Hasnon, bekas TKM Datuk Mansor Othman dan seorang ahli Exco negeri Abdul Malik Kassim untuk membincangkan isu 'Tanah wakaf.

Beliau mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak mengambil ringan isu pengusiran itu kerana penduduk kampung Melayu tidak mempunyai perumahan alternatif apabila mereka dikeluarkan dari tanah mereka.

Tetapi, kata Mazlan, bukan tanah persendirian sahaja yang berhadapan dengan masalah pengusiran.

Beliau memetik kes Kg Selut di Sg Pinang di mana penduduk menghadapi pengusiran dari tanah kerajaan negeri.

"Jadi apa peranan kerajaan negeri di sini?" soalnya.

Beliau berkata pihaknya mengetengahkan isu-isu tersebut untuk mengukuhkan kerajaan negeri dan untuk memastikan ia tidak meneruskan legasi BN yang didakwanya mengusir penduduk kampung Melayu.

"Kami hanya mahu melindungi integriti kerajaan negeri," katanya sambil menambah bahawa kebanyakan tanah terbabit adalah kampung-kampung Melayu

-----------------------------------------------------

Elok la Melati masuk dap, boleh dia 'sedarkan' dap untuk jaga orang Melayu. Kah kah kah.....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?