Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, November 08, 2013

KARPAL SINGH BODOH.

Karpal Singh bodoh.

Lepas baca ini; Saya tidak menyeru PAS dibatal pendaftaran – Karpal

Ternyata Karpal Singh bodoh. Dan penipu.

Saya kata bodoh sebab dia tidak boleh membezakan antara kaum dengan agama. Apa hubungkait perjuangan PAS yang berlandaskan Islam, dengan DHPP?

Benar, saya telah menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum yang malang sekali termasuklah PAS, sepatutnya membuka pintu kepada kaum lain; akan tetapi saya lekas menambah bahawa PAS telah pun memperakui keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan sayap penyokong bukan bergama Islam.

Apa kaitnya bukan Islam dengan perkauman?

Jika PAS tiada DHPP. Maka adakah Karpal Singh akan menganggap, PAS adalah sebuah parti perkauman? Diulang sekali lagi, apa kena mengena kaum dengan Islam.

Katanya, Karpal menjelaskan kepadanya bahawa kenyataan itu menekankan bahawa badan-badan politik atau profesional tidak wajar beroperasi dalam kerangka perkauman atau keagamaan, demi kepentingan perpaduan nasional.

Yang atas ni. Apa Lim Kit Siang beritahu.

Nampak apa yang hilang. Nampak tidak?

Ya, satu ayat ...."dalam kerangka perkauman atau keagamaan...."

Apa maksud disini? Kit Siang penipu, atau Karpal terlalu ego untuk memohon maaf sehingga terpaksa menipu dia hanya menyentuh hal-hal perkauman?

Bagi saya, Karpal adalah liabiliti untuk PAS dan PKR. Kerana dua parti ini yang akan bertanding tempat orang majoriti Islam. Terutama PAS. Selagi seorang malaon ini masih ada dalam DAP, memang senang-senang pepuak umno nak libas penyokong atas pagar untuk membuang PAS jauh-jauh dari lubuk hati mereka.

Saya pelik sungguh dengan DAP. Buat apa la mereka bela lagi mamat ni duduk dalam CEC mereka. Pi main jauh-jauh la. Buat-buat pencen. Anak dia kan ada nak menggantikan dia.


1 ulasan:

azmie berkata...

sebahagian dr statement asal dari pc : "We don’t want a situation where others want to do the same, we don’t want a Hindu Lawyers Association or a Buddhist Lawyers Association,” he said" dia tak sebut pulak pasal catholic lawyers society. pening dah dia ni