DULU IDOLAKU MAX CAVALERA (SEPULTURA); SKRG TOK GURU HADI (PAS)

Saya saje layan blog sendiri untuk artikel yang lama-lama,.. kemudian terjumpa yang ini. Oleh sebab ianya terlalu menjiwai diri saya, maka saya perturunkan semula kepada gejuis yang menyokong blog cap ayam saya ini,.. sila layaaannnnn......

DULU IDOLAKU MAX CAVALERA (SEPULTURA); SKRG TOK GURU HADI (PAS).

Dalam blog, hamba gunakan 'hamba' sebagai kata rujuk diri hamba. Dekat luar, jika bercakap dengan kawan, hamba guna 'aku'. Di pejabat, hamba guna 'saya'. Dengan isteri, guna 'abang', dengan keluarga sendiri, guna nama samaran, dengan ipar duai, guna 'Di'. Cumanya, ada satu ungkapan yang sudah lama hamba tidak gunakan, iaitu 'gua'.

'Gua ada seposen je, macamna nak pegi pat peng?', ungkapan ganti nama saya masa sekolah menengah.

Jiwa remaja dahulu, masa sekolah menengah, jiwa hamba jiwa berat. Jiwa thrash metal. Rock-rock tak main. Rock-rock dulu masa akhir 80-an, hanya untuk mat-mat jiwang. Mat Isabella, itu tak main. Hamba hanya layan lagu berat. Mula-mula bersama dengan Metallica. Kemudian dengan Sepultura. Ada sikit-sikit layan Black Sabbath. Iron Maiden tak main. Lembut sangat.

Kemudian datang Cromok. Layan pula lagu thrash metal dari Malaysia. Walaubagaimana pun, hamba tidak suka dengan kumpulan Megadeath dan Sodom. Irama gitar dia macam cap ayam, hamba tidak berkenan.

Namun, walau hamba berjiwa keras ketika itu, hamba suka dengan politik. Krisis umno pada 86, hamba masih ingat. Masa itu hamba darjah 4. Ayah hamba orang umno. Team A. Mungkin sebab Anwar berada dalam team A. Sepupu hamba yang sebaya dengan ayah, team B, dan kemudian, masuk Semangat 46. Masih ingat sampai sekarang, PRU1990, ayah ada kata, jika umno kalah, punah peranda orang Melayu. Masa itu hamba tingkatan 2.

Semasa tingkatan 2 itulah, hamba telah dizombikan akal untuk menjadi manusia assobiyah Melayu. Asobiyah Melayu dan thrash metal. Jalan serentak. Sebab itu sehingga sekarang, hamba menganggap, mat-mat rock dan rempit sekarang ini, tidak semestinya bodoh berkenaan politik. Kerana hamba yang dianggap akal 'rosak' ketika itu, tetap tahu perjalanan politik tanah air.

Nak kata solat tiap-tiap waktu, hamba mengaku, ketika remaja dahulu, hamba lalai dalam solat. Tetapi nak tahu apa, hamba berjinak dengan PAS, ketika hamba tingkatan 3. Ketika hamba layan lagu thrash metal, ketika hamba masih lalai dengan solat, tetapi, hati ini terdetik untuk mendekati Parti Islam SeMalaysia. Hendak tahu sebab apa? Sebab hamba suka membaca. Ya, suka membaca. Mamat thrash metal pun pandai membaca. Jangan under estimate brother.

Oleh itu, kita jangan anggap, mat-mat remaja sekarang ini, yang suka rempit-rempit, yang suka hu ha hu ha, mereka bodoh politik, bodoh tak reti membaca hal-hal berkaitan peristiwa terkini. Mereka tahu, tetapi mereka tidak kisah. Kerana apa tidak kisah? Sebab orang yang 'reti', tidak ambil port tentang mereka. Yang tahu, salahkan remaja, yang tahu, salahkan belia, yang tahu, maki hamun mat rempit, yang tahu, memboikot minah k-pop.

Sebab itulah pasal, ada 3 juta lagi manusia yang tidak mendaftar mengundi. Sebab mereka macam hamba dahulu. Kepala keras. Selalu head banging. Skru kepala dah longgar. Asyik dengar lagu Leper Messiah. Asyik layan Master of Puppet. Oh ya, lupa pula, lagu yang paling lembut hamba boleh dengar, adalah lagu Nirvana. Layan alternative pulak.

Beneath the Remain, Troops of Doom, Arise, lagu ni, mesti orang tidak kenal dan tidak pernah dengar, sebab dalam radio pun, tidak akan didengarkan oleh DJ. Jika cerita pasal Brazil, orang cerita pasal bola, tetapi, hamba cerita pasal thrash metal, Schizopherenia, lagu Sepultura yang famous. 

Tetapi, itu ketika dahulu. Ketika dunia ini dalam keadaan lalai. Ketika Al-Quran tidak dibaca. Ketika sejadah tidak dibentang untuk disolat lengkap 5 waktu. Ketika jiwa memberontak. Namun sekarang, kesukaan kepada 'itu' sudah dibuang jauh-jauh. Islam pula menjadi kesukaan gua......

Ulasan

kapt_shiqaqi berkata…
wooo.. Lu mmg trash gile la bro, wa layan slow rock scorpion .. i lose control coz of u beb..haha..
Yadzid7007 berkata…
Hehe sezaman la kite bro..metal militia..
Yadzid7007 berkata…
Hehehe..sezaman la kite bro. Pas for all and Justice for all..hehe..

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?