Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Februari 14, 2012

DULU IDOLAKU MAX CAVALERA (SEPULTURA); SKRG TOK GURU HADI (PAS).

Dalam blog, hamba gunakan 'hamba' sebagai kata rujuk diri hamba. Dekat luar, jika bercakap dengan kawan, hamba guna 'aku'. Di pejabat, hamba guna 'saya'. Dengan isteri, guna 'abang', dengan keluarga sendiri, guna nama samaran, dengan ipar duai, guna 'Di'. Cumanya, ada satu ungkapan yang sudah lama hamba tidak gunakan, iaitu 'gua'.

'Gua ada seposen je, macamna nak pegi pat peng?', ungkapan ganti nama saya masa sekolah menengah.

Jiwa remaja dahulu, masa sekolah menengah, jiwa hamba jiwa berat. Jiwa thrash metal. Rock-rock tak main. Rock-rock dulu masa akhir 80-an, hanya untuk mat-mat jiwang. Mat Isabella, itu tak main. Hamba hanya layan lagu berat. Mula-mula bersama dengan Metallica. Kemudian dengan Sepultura. Ada sikit-sikit layan Black Sabbath. Iron Maiden tak main. Lembut sangat.

Kemudian datang Cromok. Layan pula lagu thrash metal dari Malaysia. Walaubagaimana pun, hamba tidak suka dengan kumpulan Megadeath dan Sodom. Irama gitar dia macam cap ayam, hamba tidak berkenan.

Namun, walau hamba berjiwa keras ketika itu, hamba suka dengan politik. Krisis umno pada 86, hamba masih ingat. Masa itu hamba darjah 4. Ayah hamba orang umno. Team A. Mungkin sebab Anwar berada dalam team A. Sepupu hamba yang sebaya dengan ayah, team B, dan kemudian, masuk Semangat 46. Masih ingat sampai sekarang, PRU1990, ayah ada kata, jika umno kalah, punah peranda orang Melayu. Masa itu hamba tingkatan 2.

Semasa tingkatan 2 itulah, hamba telah dizombikan akal untuk menjadi manusia assobiyah Melayu. Asobiyah Melayu dan thrash metal. Jalan serentak. Sebab itu sehingga sekarang, hamba menganggap, mat-mat rock dan rempit sekarang ini, tidak semestinya bodoh berkenaan politik. Kerana hamba yang dianggap akal 'rosak' ketika itu, tetap tahu perjalanan politik tanah air.

Nak kata solat tiap-tiap waktu, hamba mengaku, ketika remaja dahulu, hamba lalai dalam solat. Tetapi nak tahu apa, hamba berjinak dengan PAS, ketika hamba tingkatan 3. Ketika hamba layan lagu thrash metal, ketika hamba masih lalai dengan solat, tetapi, hati ini terdetik untuk mendekati Parti Islam SeMalaysia. Hendak tahu sebab apa? Sebab hamba suka membaca. Ya, suka membaca. Mamat thrash metal pun pandai membaca. Jangan under estimate brother.

Oleh itu, kita jangan anggap, mat-mat remaja sekarang ini, yang suka rempit-rempit, yang suka hu ha hu ha, mereka bodoh politik, bodoh tak reti membaca hal-hal berkaitan peristiwa terkini. Mereka tahu, tetapi mereka tidak kisah. Kerana apa tidak kisah? Sebab orang yang 'reti', tidak ambil port tentang mereka. Yang tahu, salahkan remaja, yang tahu, salahkan belia, yang tahu, maki hamun mat rempit, yang tahu, memboikot minah k-pop.

Sebab itulah pasal, ada 3 juta lagi manusia yang tidak mendaftar mengundi. Sebab mereka macam hamba dahulu. Kepala keras. Selalu head banging. Skru kepala dah longgar. Asyik dengar lagu Leper Messiah. Asyik layan Master of Puppet. Oh ya, lupa pula, lagu yang paling lembut hamba boleh dengar, adalah lagu Nirvana. Layan alternative pulak.

Beneath the Remain, Troops of Doom, Arise, lagu ni, mesti orang tidak kenal dan tidak pernah dengar, sebab dalam radio pun, tidak akan didengarkan oleh DJ. Jika cerita pasal Brazil, orang cerita pasal bola, tetapi, hamba cerita pasal thrash metal, Schizopherenia, lagu Sepultura yang famous. 

Tetapi, itu ketika dahulu. Ketika dunia ini dalam keadaan lalai. Ketika Al-Quran tidak dibaca. Ketika sejadah tidak dibentang untuk disolat lengkap 5 waktu. Ketika jiwa memberontak. Namun sekarang, kesukaan kepada 'itu' sudah dibuang jauh-jauh. Islam pula menjadi kesukaan gua......

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita serupa bro..mat thrasher otai yg doh insaf giler..huhu

Mazwandi Mustaffa berkata...

Pergh,.. ada kawan siuut... member thrasher yg sudah insaf, gile plak tu.... Caya bro..... :D

Tanpa Nama berkata...

1989 aku form 1 di sekolah kg. di jelebu N9, mula kenal thrash metal, slayer, sodom, metallica, sepultura, morbid angel. Zine, doom metal,kpd death metal hingga ke extreme black metal selepas merantau ke shah alam pada tahun 1994, jadi pekerja kilang.activity gig tak pernah tinggal, pergi sampai penang, ipoh. bergaul dgn crowd metal kl,selayang, kepong, kajang, paya jaras. kenal PAS melalui pembacaan (-aku setuju dgn tuan)sejak tggl di shah alam sbb paper harakah boleh didpti dgn mudah dikedai mamak, majalah pro-islam sng dpt mcm majalah tamadun, dunia islam,kt N9 haram takkan lepas majalah mcm ni lebih2 lg harakah. Aku celik politik sebelum pemecatan Anwar ibrahim. Kenal ulama tersohor ust. ismail kamus melalui kaset2 ceramah, alhamdulillah dpt bersalam dgn beliau 3 mggu lepas dimasjid kelana jaya. Skrg umur aku dah masuk 36 tahun, masih pekat metal, masih single, imej masih berambut panjang. Dlm tempoh yg panjang trsbut hngga skrg aku masih mampu menyekat diri aku untk tidak memegang gitar, dgn niat untk tdk menubuhkan sebuah band. JUGA aku tidak menjadi ahli PAS dgn niat untk menjaga nama baik PAS dimata umum. Aku sebut demikian krn pernah dicerca krn cenderung secara terbuka menyokong PAS dgn alasan mereka, imej aku tidak baik untk PAS... aku akur. Bagi aku Metal tak lebih sekadar muzik.., amanat TG Hj Hadi lebih penting & menjadi keutamaan untk direalisasikan. Kita menentang umno bkn krn namanya umno, kita menentang umno krn mrk mengekalkan undang2 penjajah..!!

-pelawat malam-

Mazwandi Mustaffa berkata...

La.. apa salahnya tuan Tanpa Nama 4:08 jadi ahli PAS. Takde hal punya.

Siapa yg ngengong sgt kata nko tak boleh jadi ahli PAS. Masuk je la. Apa imej-imej? Mamat yg tak beri tu tak baca sirah nabi ke ada sahabat yang rambut panjang macam mat metal?

Kalau bole, lu pegi mana2 cawangan.lu cakap nak masuk PAS. Jadi ahli seumur hidup. Dekat cawangan hamba, mat dadah, kaki pukul, ustaz, rempit, semua ada, takde hal pun....

Tanpa Nama berkata...

..dulu layan video live sepultura in Barsalona..sekarang layan Ceramah live Ustaz Azhar idruss..hhhaaa