CERITA BENAR PRU13 LAGI.

Hati ini tiba-tiba menjadi seperti tidak tenteram. Bukan seperti tidak tenteram, tetapi memang tidak tenteram pun. Pagi tadi, semasa berada di padang awam Kalumpang, untuk bersama-sama dengan keluarga untuk menyaksikan anak kedua hamba bermain bola jaring untuk sukan PASTI seluruh Hulu Selangor, saya berjumpa dengan ketua cawangan Rasa.

Setelah berjumpa dengan ketua cawangan itulah, hati saya tidak tenteram. Kenapa hati saya tidak tenteram? Hati saya tidak tenteram kerana beliau telah memberi sesuatu kepada saya.

RM15.00.

Ya, beliau telah menghulurkan RM15.00 kepada saya.

"Nah ambil ni." Kata beliau kepada saya.

"Ni, apa ni?" tanya saya sambil melihat sekeping RM10 dan sekeping RM5 ditangan saya.

"Untuk kerja semalam". Jawab beliau, selamba.

"Sape bagi ni?" Tanya saya lagi.

"PKR. Depa beri ni sebagai saguhati semalam kita buat kerja naikkan banting dan bendera PKR. Bebudak PAS dah sediakan ini untuk awak." jawab beliau lagi dengan selambanya.

Semalam, ada rakan-rakan PAS semalam berbincang, kali ni, apa-apa kerja berkaitan PKR, kita akan ambil upah. Bukannya apa, disebabkan duitnya memang ada, oleh itu, perlulah diagihkan seadil-adilnya kepada mereka yang buat kerja. Jika takde, takpe, kita buat kerja juga, tetapi jika ada, kenalah beri dengan adil.

Hati saya tidak berdetik pun berkehendakkan saguhati diberikan kepada saya. Kerana selama ini, duit sendirilah yang diinfakkan kepada jemaah dan Barisan Alternatif. Tetapi, sekarang, ketika dah jadi PR, Selangor kita pegang, banyak pula dana yang diturunkan. Walaupun tidaklah semewah umno yang jahat tu. Tetapi, adalah.....

Duit RM15 itu masih ada dalam kocek baju saya. Masih tidak disentuh. Tetapi ayat ini sentiasa terngiang di telinga saya,

"Jika PKR atau DAP beri, ambik je, tetapi jika PAS beri, terus infaq dalam tabung jemaah"...... OK le tu......:)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
PKR bawa budaya UMNO dalam PAS... bila kerja mesti ada upah... lama-lama habislah semangat jihad ahli PAS...
Ya Allah kau peliharalah Jamaah ini...
Tanpa Nama berkata…
bantulah calon PAS di DUN N05 Hulu Bernam.Nak citer x puas hati teman pun sama.Tapi ingat, kita bertanding sebagai Pakatan Rakyat,Jangan kecewa ...ada hikmahnya.Dalam keluarga waima besar sekalipun tidak manis bercerita lepas sakan. Memang itu kebebasan. Andaikan tuan tak puas hati pada isteri tuan adakah sdr nak citer kpd blog atau org lain sesukahati?

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?