Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Januari 19, 2012

PKR AKAN BERMASALAH PD PRU13 NANTI.

Penyedap mulut. Itu yang hamba boleh katakan terhadap apa yang diperkatakan oleh Iskandar tentang Exco portfolio perihal agama di Selangor. Hendak tahu, baca sini Portfolio agama: PAS S'gor yakin MB ambilalih sementara. Ini adalah kali pertama seorang TPJ Selangor selain MP Shah Alam bersuara didalam kemelut ini. Itupun melalui facebook.

Semalam baru mesyuarat cawangan. Buat perancangan kerja-kerja untuk tahun 2012. Bincang-bincang, diputuskan bahawa apa-apa kerja untuk tahun ini, semuanya berkaitan dengan pilihanraya. Target kami, PRU13 adalah bulan 3. Cuti sekolah. Datang persoalan orang no. 2 cawangan, hal berkenaan PAS Selangor dipandang sebelah mata oleh rakan PKR isu tentang Exco agama. Jadi bagaimana hendak counter untuk memberi pencerahan kembali kepada pengundi di kampung?

Hendak tahu apa jawapan rakan sejemaah. Tidak perlu susah-susah. Biar orang PKR sendiri buat kerja. Yang bertanding di sini pun PKR, bukan PAS. Hamba termenung. Dan dalam hati ada rasa setuju. Tetapi untuk mengABUkan Malaysia, memang ini akan menjahanamkan keadaan. Dalam kerja politik, jangan ikut hati, nanti binasa.

Hamba kasihan dengan PKR. Kerana rakan-rakan PKR juga adalah kawan hamba. Hamba kenal mereka. Tetapi masalahnya, mereka jenis suka bergaduh sesama sendiri untuk jawatan, hanya menggunakan PAS untuk kemenangan mereka dan tidak buat kerja untuk rakyat. Asyik berpolitik. Jadi janganlah marah jika orang kampung yang berahlikan PAS tidak akan menolong PKR untuk PRU13 nanti. Siap ada rakan sejemaah yang berkata, jika mereka hendak pertolongan kita, bagi duit dahulu.

Hamba tahu perasaan marah ahli-ahli bawahan terhadap PKR. Ini adalah realiti. Lantaklah ada orang yang marah-marah tentang mengapa hamba bercerita tentang perkara ini. Ini adalah perkara yang benar-benar berlaku sekarang dibawah. Ini adalah permasalahan yang akan berlaku terhadap PKR apabila berhadapan PRU13 nanti. Mereka akan tiada kakitangan untuk membuat kerja-kerja pilihanraya. Ahli PAS dibawah telah belajar dari 2 kesilapan. Pada PRU12 dan PRK 2010 dahulu. Buat kerja untuk rakan PKR seperti diri sendiri bertanding, tetapi, nampaknya,......?

3 ulasan:

caw di kajang berkata...

yang ini saya setuju dengan sdr.

itula juga berlaku di sini cuma kami tiada masalah dengan YB pkr kajang.ramah,mesra dan telus dan paling penting dia cukup rajin buat kerja.di hormati oleh semua peringkat masyarakat, even dari umno pekat.
malangnya ahli2 pkr yg berbangsa melayu bermasalah, nak jawatan dan nak jadi bos.

so kami tiada masalah kalau dia bertanding lagi malah kami akan protes jika dap bertanding di sini malah kami akan bantah jika pas kawasan mahu bertanding di sini.

Mazwandi Mustaffa berkata...

Eloklah gitu. Disini kami sudah malu dgn diri sendiri dgn karenah rakan2. Nak jawab apa dgn pengundi atas pagar?

ps- Jika PAS ingin tanding tempat enta, jgnlah bantah kuat sangat....:)

caw di kajang berkata...

he he, of course bila ana akan bantah cara berhemah dan berfakta.

tapi kalau parlimen yg skg YB nya dari PAS mahu di ambil oleh PKR ana akan bantah kuat kuat