Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Ogos 10, 2011

MENTALITI RAKYAT MALAYSIA MASIH HULU..

Benda ini sudah lama hamba hendak luahkan. Tetapi disebabkan baru hari ini hamba hendak settelkan bil TNB, baru terasa, harga bil tarif elektrik sudah naik bulan Julai lalu. Selalunya, kegunaan KW pada rumah hamba adalah tidak lebih dari 350KWH. Dan kebiasaan, hamba bayar dalam lingkungan RM75-80 sebulan. Tetapi semenjak bulan Julai, dengan KWH yang sama, hamba perlu bayar dalam lingkungan 100-110 sebulan. Naik sebulan lebih kurang RM30. Banyak tu.

Ada kawan bertanya, mengapa tinggi hamba punya penggunaan KWH dalam sebulan. Kawan hamba kata, rumah setingkat seperti rumah hamba, sepatutnya dalam lingkungan 250KWH ke bawah. Amboi, pandai pula kawan hamba menjadi konsultan TNB.

Hamba jawab, tiap-tiap malam, hamba akan pasang air-cond. Maklumlah. Panas. Lebih-lebih rumah setingkat. Mesti senang panas punya. Lalu dia berkata, "Patutlah engkau punya bil melambung naik. Tiap-tiap malam pasang air-cond. Lain kali, gunakanlah kipas. Jimat elektrik.". Hamba jawab, "Eh? Kenapa pula? Kipas mana boleh menyejukkan udara. Kipas hanya boleh melajukan kitaran udara. Itu yang menyebabkan kulit kita selesa sedikit. Tetapi jika dalam bilik sudah memang udara panas, kamu on kipas sehingga maksimum pun, udara panas juga yang mengalir laju", Memang hamba tidak puas hati kawan hamba suruh hamba guna kipas sahaja ketika cuaca panas.

"Lantak hang lah. Aku dah bagitau kat kamu, jangan pasang air-cond, nanti bil TNB melambung naik." jawab kawan hamba. Hamba pun jawab balik, "Lantak hambalah hendak pasang air-cond tiap-tiap malam. Mulai esok,hari siang pun hamba akan pasang air-cond. Duit hamba.".

Hamba bukan apa, bukan menyalahkan kawan hamba yang memberi nasihat itu. Hamba anggap,beliau ikhlas memberi nasihat. Tetapi nasihat beliau, hanya menyetelkan masalah mengurangkan bil elektrik, tetapi bukan masalah menghilangkan bahang panas dalam bilik tidur hamba pada tiap malam.

Cumanya, hamba terfikir adalah, mentaliti rakyat Malaysia terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan taraf kehidupan. Hamba pasti yakin, kepada sesiapa yang membaca cerita di atas, pasti akan berkata dalam hati, "Eleh, berlagak pula tuan punya blog ini, tiap-tiap hari hendak pasang air-cond untuk tidur nyenyak dalam sejuk. Zaman tok nenek kita, kipas pun tiada, boleh sahaja tidur nyenyak dan boleh hidup bahagia lagi.".

Hamba pasti, ramai yang akan beranggapan demikian. Hamba tidak marah dan sudah tahu, bahawa majoriti rakyat akan beranggapan begitu, kerana itulah mentaliti yang telah dididik oleh masyarakat terhadap sesuatu perkara berkaitan dengan taraf hidup. Selalu mengaitkan taraf hidup zaman nenek moyang dahulu.

Hamba sebenarnya cukup yakin, jika pada zaman nenek-moyang kita dahulu sudah ada air-cond, dan boleh dapat dengan senang dan mampu pula dimiliki oleh nenek moyang kita, pasti rumah-rumah kampung sekarang akan penuh dengan air-cond. Percayalah.

Mengapa kita perlu bandingkan taraf kehidupan yang tidak 'maju' dahulu jika hendak dibandingkan zaman sekarang yang 'maju'. Mengapa kita tidak berfikir kearah hadapan lagi agar taraf hidup yang mungkin dianggap senang ini akan bertambah senang pada esoknya? Rakyat Malaysia perlu ada sifat ingin berinovasi, mencipta dan seterusnya menyerlahkan idea ciptaan itu.

Pada tahun 2000, telefon bimbit adalah satu aksesori yang mahal kepada pemiliknya. Tetapi sekarang, orang gaji indon yang berupah RM600 sebulan pun mampu memilikinya. Tahun 2000 dahulu, lap top adalah satu kelengkapan yang begitu asing oleh penduduk Malaysia, tetapi sekarang, laptop adalah satu perkara biasa yang dimiliki oleh setiap penduduk di tengah bandar. Malah mereka yang duduk di hulu pun sudah memiliki lap top.

Jadi, apakah permasalahan untuk setiap rumah memiliki air-cond di rumah. Dengan harga RM650, kita sudah boleh membeli air-cond 1 hp. Jika mudah beli dan mudah diperolehi, mengapa pula rakyat Malaysia masih beranggapan bahawa air-cond adalah satu barang ekslusif khas untuk warga berduit? Silap tu brother.

Seperti jugalah kereta, mengapa pula air-cond telah menjadi syarat wajib untuk setiap kereta memilikinya jika hendak dijual di Malaysia? Tetapi tidak pula kelengkapan air-bag yang sebenarnya lebih penting daripada air-cond itu sendiri. Namun kerana mentaliti rakyat Malaysia menganggap air-bag hanya untuk kereta berjenama, maka tiada seorang pun yang membuat komen dan memperjuangkan agar air-bag diwajibkan ada pada setiap kereta baru yang hendak dijual di Malaysia. Termasuklah hamba......

0 ulasan: