Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Mac 07, 2011

PELIK, PELIK, ADA JUGA MELAYU TAK MAKAN RASUAH.

Hamba sungguh pelik. Walau seteruk mana rasuah duit haram diberikan kepada pengundi di Merlimau dan Kerdau, digunakan seluruh saluran kerajaan negeri dan pusat untuk membantu haram BN, namun masih ada 2,319 insan di Merlimau dan 2,336 insan di Kerdau yang mengundi PAS.

Kuatnya iman mereka.

Duit haram rasuah bukan sekupang dua, tapi juta-juta ringgit! Bukan takat duit tunai, biskut kering baju bajan semuanya diangkut ke Merlimau dan Kerdau. Masih ada lagi insan yang sudi mengundi PAS di sana.

Kuat gaban kewangan mereka.

Walau seluruh Malaysia digunakan BN secara haram seperti duit itu mak bapak umno apco punya di rasuah ke Merlimau dan Kerdau, namun ada insan yang buat muka seposen sahaja dengan rasuah-rasuah jutaan-jutaan itu dihadapan mata mereka.

Inilah dia insan-insan yang akan menjadi mujahidin jika ada berlaku peperangan di Tanah Melayu.

Bukan sedikit, tetapi ramai, 2,319 di Merlimau dan 2,336 di Kerdau.

Syukur juga hamba melihat bukanlah seluruh umat Melayu yang masih tidak mahu berubah. Bukan semua umat Melayu yang selamba mengambil rasuah. Bukan semua umat Melayu yang suka makan duit haram. Bukan semua umat Melayu yang suka sangat masuk neraka, tetapi ada juga segelintir yang berpegang kepada iman dan taqwa kepada Allah dan Islam.

Namun, ye lah, Malaysia ini walau bagaimana sekalipun, tetap dengan keputusan majoriti walau yang menang itu adalah dari golongan syaitan berbentuk jin atau manusia. Kesiaannnn......

2 ulasan:

cayrul berkata...

hanya yang kenal Islam akan menolak parti sekular

Pena Minang berkata...

Hanya yang mengenal ISLAM mengerti siapakah Khawarij