Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Mac 19, 2011

AKAD NIKAH DI MARANG. SENANG DO'OH.

Khamis lepas, anak buah isteri hamba, anak kepada abang isteri, bernikah dengan seorang muslimat dari Marang. Selang 3-4 buah rumah dari masjid Ayah Chik, Masjid Rusila. Betul-betul setentang dengan jejantas.

Senang. Tidak ada yang susah-susah cara akad nikahnya. Tidak perlu hafal, tidak perlu senafas. Cuma baca sahaja selepas tok kadi sebut. Itulah kelebihan pantai timur, serupa hamba akad nikah dahulu, tok kadi kata, baca sahaja apa yang ditulis depan kamu....

Bakal suami dekat tingkap pengantin perempuan..

Kertas fail untuk rujukan pihak agama yang mengatakan kita sudah menikah dengan isteri kita..

Tok kadi. Rileks je..

Pengantin, macam tak rileks je..

Acara akad nikah. Tidak bersalam pun. Tok kadi sebut, si pengantin sambung baca pada kertas cokelat muda, 'Aku terima akan nikahnya dengan mas kahwin yang disebut sekian...'

Ini dia kertas yang disuruh baca. Ditulis tangan. Tapi, hamba dahulu, tokkadi siap beri papan sign board kecil bertulis 'Aku terima akan nikahnya dengan mas kahwin yang disebut sekian..'. He, he, senang sahaja menikah sebenarnya.
Makan. Otai-otai..

Selamat pengantin baru.

1 ulasan:

cayrul.com berkata...

mudah dan cepat...
mendirikan masjid adalah perkara mulia so tak payah lah buat susah2...

hamba masa akad nikah pun mcm nie jer...