Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, November 25, 2010

GOLONGAN MUDA SOKONG PR?- ANDAIAN SEBALIKNYA.

Sudah ramai insan di Tanah Melayu berkata bahawa PRU 13 akan diadakan sebelum bulan 4 tahun hadapan. Kata-kata itu ditambah nilai dengan alasan-alasan yang nampak seperti konkrit. Namun kekerasan konkrit itu seperti tidak didukung oleh besi-besi Y-bar untuk memantapkan tembok konkrit itu.

Oleh kerana itu suasana yang berlaku sekarang ini, maka hamba bercadang hendak mengulas berkenaan kearah mana undi dari rakyat Malaysia yang akan di'pangkah'kan pada PRU 13 nanti? Adakah pengundi akan mengundi BN atau PR?

Untuk kali ini, hamba ingin mengfokuskan kepada pengundi baru. Lingkungan umur 21 ke 25 tahun.

Melihat kepada situasi Unit Peti Undi (UPU) yang kalah oleh PR, didapati, misal contoh, jika UPU itu ada 4 saluran, saluran yang kalah sudah semestinya selalunya saluran 1, iaitu saluran golongan veteran. Kemudian, untuk saluran 2, kebanyakannya, PR akan kalah dengan majoriti yang sedikit dan ada juga yang menang dengan majoriti yang sedikit.

Bagi saluran 3, selalunya PR akan meraih kemenangan dengan majoriti yang agak selesa. Tetapi yang menjadi tumpuan kepada hamba ialah saluran 4, saluran pengundi baru, kebanyakan saluran ini yang mana UPU PR kalah, saluran 4 selalunya, atau majoritinya PR kalah. Ada juga yang kalah teruk.

Mengapa ini berlaku?

Adakah kerana sebahagian pengundi muda di Tanah Melayu ini tidak mendukung PR? Sering kali kita mendengar atau membaca artikel bahawa kekuatan PR adalah terletak kepada pengundi mudanya. Adakah ianya 100% benar?

Cuba kita lihat, era PRU10 dimana anak-anak muda majoritinya sungguh tidak berpuas hati dengan umno. Ketika itu, hamba sendiri baru berumur 23 tahun. Semangat berkobar-kobar reformasi begitu kuat sekali kepada majoriti golongan muda ketika itu. Tetapi itu adalah 11 tahun yang lalu.

Tahun depan, iaitu tahun 2011, mereka-mereka yang muda dan kuat berpegang kepada reformasi atau mereka yang dapat melihat sendiri kekuatan gelombang itu, sudah berada dalam golongan saluran 2 dan 3.

Bagi mereka yang berumur 22 tahun 2011 nanti, tahun kegemilangan reformasi, umur mereka baru mencapai 10 tahun. Darjah 4. Bagi yang 25 tahun, umur mereka 13 tahun, Tingkatan 1. Datang era kejatuhan Barisan Alternatif ketika PRU12, golongan 25 tahun pada PRU13 nanti, mereka berumur 18 tahun. Umur dimana mereka akan didoktrinkan menyokong BN didalam PLKN. Begitu juga bagi yang berumur 22 tahun.

Golongan-golongan ini, mereka yang berada disaluran 4, saluran pengundi baru, berumur dari 22 -25 tahun (umur 21 mungkin belum sempat diberi kebenaran mengundi oleh SPR), adalah golongan yang sudah didoktrin menyokong BN didalam PLKN. Dan mereka ini juga, sebahagian besarnya, tidak tahu atau tidak merasai peristiwa Reformasi di era akhir 90-an dan awal milenium.

Mereka tidak kenal Anwar Ibrahim semasa beliau adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mereka tidak kenal Anwar Ibrahim ketika beliau dibelasah dan dipenjarakan. Mereka hanya kenal Anwar Ibrahim ketika beliau sebagai bekas banduan. Sudahlah bekas banduan, kesalahan kerana meliwat pula itu. Mahu tidak mahu, itulah situasi yang perlu diambil kira oleh PR apabila bertanding ditempat umno menang, terutamanya di kawasan kampung.

Tidak nampakkah semasa PRK, golongan muda ini digunakan umno untuk meraih undi dengan menjerit 'bontot, bontot'. Disebab golongan muda minda PLKN ini begitu yakin akan 'kebontotan' Anwar itulah, mereka sanggup membuat perkara sebegitu kurang ajar itu!.

Hamba sendiri, semasa berkempen PRK Hulu Selangor dahulu, telah merasai situasi 'kejahilan' golongan ini, golongan pengundi baru 'PLKN', dimana hamba telah berdialog dengan mereka berkenaan Pakatan Rakyat, dan ada dari kalangan mereka, Mat Sabu pun mereka tidak kenal. Jika Mat Sabu pun mereka tidak kenal, apakan lagi Azmin Ali?

Nampak gayanya, untuk Pakatan Rakyat menang dikawasan umno kuat, perlu ada kerja yang lebih oleh kita mendekati golongan muda yang bermindakan PLKN ini. Untuk merampas kerusi DUN dan Parlimen dari umno ini, kerja kuat yang melampau perlu diusahakan oleh kita dari sekarang. Namun, janganlah kita risaukan sangat, mereka ini masih boleh diselamatkan lagi, insyaAllah....

0 ulasan: