Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Mac 22, 2010

RAKYAT SELALUNYA AKAN IKUT PEMIMPIN, BETULKE?

Anak selalunya akan mengikut tingkah laku ayah atau ibunya. Jika ayahnya seorang yang bersopan santun, maka kebarangkalian anak itu akan bertutur secara bersopan santun akan tinggi. Jika pula anak itu berperangai kurang elok, maka selalunya orang di sekitar akan beranggapan dan melihat ibu dan ayahnya memang berperangai kurang elok, kerana itulah anaknya berpeel sebegitu juga.

Begitu jugalah dengan rakyat dengan pemimpin. Tingkah laku rakyat selalunya ada hubung kait dengan pemimpinnya. Jika pemimpin itu suka berfoya-foya, maka rakyatnya akan terikut jugalah dengan perangai foya-foyanya dan jika pemimpinnya bertawaduk, maka kebarangkalian rakyatnya akan lebih beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Mengapa pula tiba-tiba hamba bercerita ikatan diantara pemimpin dan rakyat pada artikel kali ini?

Adakah benar ikatan perangai pemimpin akan menjuruskan kepada tingkah laku rakyat yang dipimpinnya dibawah?

Adakah bukti-bukti yang boleh membuktikan bahawa ikatan perangai diantara pemimpin dan rakyat itu wujud atau cuma cakap-cakap kosong?

Jika rakyat dibawah mempunyai anak zina seramai lebih 70,000 orang setahun, adakah ini menunjukkan pemimpin diatasnya juga 'melakukan' perkara yang terkutuk itu bersama? Ini adalah persoalan yang hamba berikan, bukannya ayat kenyataan, tetapi ayat pertanyaan.

Namun apa yang ternyata didepan mata hamba yang semakin lama semakin rabun-rabun ayam ini kerana sudah berumur tua, ialah berkaitan dengan pemimpin yang bersekongkol dengan Zionis telah diikuti dengan secara sengaja atau tidak sengaja oleh rakyat dibawahnya. Samada rakyat itu penyokong tegar kerajaan atau penyokong tegar 'pembangkang'.

Mengapa hamba berkata begitu?


Tahukah rakyat sekelian siapa itu APKO dan siapa itu Mc D?


Apa pula kena mengena APKO dengan McD? Bukankah APKO itu adalah sebuah syarikat perunding manakala McDonald pula sebuah syarikat makanan segera?


Ya, memang kedua-dua badan syarikat itu menjalankan perniagaan yang berlainan, namun sumber pendapatannya akan disalurkan kepada pemunya yang sama, iaitu Zionis Israel.


Apa pula kena-mengenanya rakyat dengan pemimpin berkaitan dengan perkara subahat dengan Zionis Israel? Jawapannya ialah semua kita tahu, APKO menjadi perunding utama kepada pemimpin nombor wahid Malaysia, manakala McD pula adalah menjadi makanan ruji kepada 'sebilangan' rakyat Malaysia.


Bukan setakat makanan ruji untuk rakyat Malaysia dibandaraya, malah rakyat yang menentang kezaliman kerajaan BN di Malaysia juga sanggup mempromosi tali barut Zionis ini di cermin hadapan keretanya. Mengiklankan dengan bangganya lambang McD dikereta masing-masing ditayang kehulu ke hilir mempromosi sebuah syarikat yang bersekutu dengan Zionis Israel.

Punyalah banyak restoran makanan ringan seantorio Malaya ini menghidangkan makanan burger, mengapa ke McD juga akhirnya dituju diberikan duit untuk mengkayakan zionis israel? Paling koman pun, hendakkan sangat makanan 'american', pergilah KFC atau A&W, sebuah syarikat yang masih belum didapati memberikan kewangannya kepada zionis.
Nampak gayanya, memang betullah, apabila pemimpin telah 'dipimpin' oleh zionis, maka rakyat pun akan juga dipimpin oleh zionis....... Malang sungguh.......

0 ulasan: