Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Jun 19, 2009

UNDI UMNO DAPAT PAHALA?

Kah! Kah! Kah! Kah!, Ada seorang menteri, bukan takat menteri biasa, tetapi menteri timbalan kepada perdananya kata, 'undi UMNO dan PAS, kedua-duanya boleh masuk syurga', kah! kah! kah! kah!, lawak kurang bijak lagi cap ayam!

Puak Neo-sekular nasionalis lagi kapitalis hendak cerita berkenaan dengan pahala dosa. Kah! kah! kah! Kelakarnya,......

Inilah dia manusia yang suka sangat menyesatkan kaum Melayu. Suka sangat melihat orang melayu hanya dengan kemelayuannya dengan Islamnya hanya sebagai aksesori sampingan. Jika iyalah umno ini memperjuangkan Islam, mana hukum Islamnya? Dimana perundangan Islamnya? Mana roh Islam yang dibawa umnonya untuk mendaulatkan Islam? Jangan hendak membohongkah wahai anak Yasin.

Hududnya mana syeikh? Mana hukum hudud? Buat hudud dahulu, baru boleh cerita pahala dosa.

Kelmarin dulu, kata rakyat Malaysia yang belum 18, mesti ikut agama mak bapak masing-masing. Apakehalnya? Jika ada budak sudah baligh umur 13, kemudian dia hendak masuk Islam, tak boleh ke? Apa ceritanya wahai puak umno wei?

Undang-undang murtad, mengapa sampai hari ini masih tiada terlaksana? Bersepah orang melayu jadi kafir, puak umno yang pegang kuasa pemerintahan buat deeeek je? Apa ceritanya muhyidin?

Tolonglah jangan menipu lagi wahai manusia melayu. Tolonglah jangan menyesatkan lagi umat melayu yang sudah lama termakan idea sesat 'hidup melayu' ini. Tolonglah jangan bawa umat melayu ke neraka. Tolonglah,......

0 ulasan: