Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Mac 09, 2009

PPSMI: SEMUA DISEBABKAN RM.

(Disebabkan ini, Melayu jadi bodoh sains dan matematik)


Sebenarnya, ianya semua berkaitan dengan duit RM sahaja. Bukan ada selain dari RM yang menyebabkan KPM sungguh liat hendak mengubah polisi cap ayamnya. PPSMI masih dikekalkan adalah kerana hanya semata-mata kerana RM.


Pertukaran bahasa mengajar dari bahasa Melayu kepada inggeris akan menyebabkan seluruh buku teks didalam pembelajaran gugusan mata pelajaran Sains dan Matematik akan dicetak semula dan di karang semula. Jangan melihat hanya 2 mata pelajaran sahaja buku teksnya perlu ditukar, tetapi gugusan mata pelajaran sains dan matematik semuanya telah ditukar. Sains, sains tulen, sains gunaan, kimia, biologi, fizik, matematik, matematik tambahan dari darjah 1 ke 2, 3, 4, 5, 6 kepada tingkatan 1 ke 2, 3, 4, 5, 6 rendah dan 6 atas, semuanya buku teks itu akan dibuat baru, dikarang semula, dan dicetak baru.


Bayangkan berapa ratus juta keuntungan syarikat-syarikat yang mencetak buku teks ini akan mendapat keuntungan. Bayangkan berapa ramai kroni-kroni akan kembung poket kenyang perut dengan wang memusnahkan sistem pembelajaran kepada umat melayu yang memang sedang didalam diambang maut untuk menikmati kepandaian.


Duit dari kursus ETEMS. Siapa yang dapat mengaut keuntungan dari kursus yang diwajibkan kepada seluruh guru matematik dan sains untuk dihadiri itu. Berapa banyak wang yang dihabiskan dan diberikan kepada hotel-hotel tempat kursus itu diadakan. Bukan sehari dua kursus itu wajib dihadiri. Tetapi DUA MINGGU!


Duit untuk pembelian komputer riba. Syarikat mana yang mendapat tender untuk menjual komputer riba ini kepada seluruh guru-guru matematik dan sains di seluruh Malaysia dengan harga yang berlipat kali ganda dengan harga pasaran. Syarikat kroni siapa yang mendapat habuan dari kemusnahan umat Melayu ini?


Perlu diingat, bukan sekali sahaja komputer riba ini di beli, tetapi berulang-ulang kali kerana komputer riba perlu ditukar untuk 'mengikut' trend teknologi terkini kepada peralatan komputer. Berapa ratus juta wang rakyat dihabiskan dengan menghancurkan umat Melayu itu sendiri?


Percayalah. Bukannya mereka-mereka ini hendak melihat orang Melayu pandai didalam bertutur didalam bahasa inggeris. Tetapi mereka ini adalah golongan kapitalis yang gilakan kekayaan dengan menghancurkan umat Melayu dari pandai didalam subjek sains dan matematik.


Guru-guru semunya bingung kerana anak murid mereka semakin bodoh dan bangang di dalam subjek ini kerana walaupun di dalam kelas, guru-guru hamba yakin tetap berbahasa Melayu ketika mengajar, tetapi buku teksnya adalah tetap bahasa inggeris yang menyebabkan jika murid-murid hendak mengulang kaji, mereka akan menjadi lebih keliru dan tidak faham.


Percayalah, sekolah-sekolah yang anak muridnya mendapat kecemerlangan di dalam subjek ini adalah sekolah yang telah mengingkari arahan dari KPM, iaitu sekolah yang secara senyap-senyap tetap mengajar bahasa melayu di dalam subjek matematik dan sains. Hamba tahu sekolah-sekolah itu ditempat hamba tinggal. Dan hamba tahu juga sekolah-sekolah yang tidak berani mengingkari arahan KPM itu, mendapat masalah yang amat besar dengan anakmurid yang semakin bodoh di dalam subjek ini.


Maka, wahai rakyat Malaysia, anda sekelian fikirlah sendiri mengapa ada arahan sehingga sanggup menggunakan polis menggunakan gas pemedih mata kepada golongan pejuang bahasa untuk mengekalkan PPSMI. Anda sekelian fikirlah sendiri mengapa sehingga sanggup menembak ke dalam masjid sekalipun. Anda semua fikirlah sendiri.


Kepada mereka yang telah berjaya di dalam kerjaya dan belajar mendapat ijazah diluar negara, anda fikirlah sendiri bagaimana anda semua menjadi pandai. Anda sekelian menjadi pandai otak geliga kerana anda semua telah memahami konsep dari mata pelajaran sains dan matematik semasa anda kecil dahulu. Dari darjah 1 hingga tingkatan 5, anda telah dikukuhkan dengan pengetahuan didalam sains dan matematik, kerana anda faham apa yang guru anda ajar di dalam bahasa Melayu. Namun, bagi anak-anak kita sekarang, mereka telah menjadi keliru dan bodoh di dalam satu sistem yang sungguh sistematik untuk menghancurkan umat Melayu dari kepandaian, hanya semata-mata untuk mengenyangkan perut-perut para kapitalis!!!!!

2 ulasan:

kayakingworldbiz.com berkata...

dah memang dasar albuaya albuana. pasal RM semuanya untuk anakbini kroni2je. biar rakyat melarat kena beli buku2 baru. makan bangkai lagi baik. RM (Rosak Melayu) kerana RM.

Faizal Zakaria's Blog berkata...

Saya rasa pun sebab RM..
Itu sebab berdolak-dalik :-)












+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++