Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, November 12, 2008

MAT TAIB, HISHAM DAN SEKUFU DENGANNYA.

Hamba terkedu melihat berita akhbar, malah pening-pening migrain membaca berita seorang manusia yang tidak elok akhlaknya, sering bermain dengan rasuah serta suka menipu Sultan mengarahkan puak-puak assobiyah Melayu agar menghalang ahli-ahli jemaah Islam PAS dari 'merampas' masjid di Selangor.

Apa halnya cerita ni weiii? Kenapa? Ahli PAS ini bukan orang Islamkah yang tidak boleh 'menyelinap' masuk ke dalam jawatankuasa surau atau masjid di Selangor? Layak sangatkah dia itu untuk bercerita tentang Islam sedangkan agamanya sendiri pun beliau belum tegakkan di dalam dirinya? Hancur punahkah institusi masjid jika ahli PAS menyelinap masuk didalam jawatankuasa masjid?

Apa yang hamba nampak, puak assobiyah Melayulah yang merosakkan institusi masjid semenjak dua menjak mereka mentadbir negeri Selangor. Hancur lebur akhlak dan agama bangsa Melayu kerana kerja-kerja puak-puak ini. Bukan setakat hancur lebur, malah rosak membinasakan Islam didalam diri orang-orang Melayu. Suka sangat menipu.

Hamba berpendapat, adalah menjadi harapan kepada hamba bahawa biarlah Mat Taib ini memenangi jawatan nombor 2 bagi parti politik UMNO, agar musnah punahlah institusi politik assobiyah Melayu ini menuju kehancuran.

Apa? Ingat bagus sangatkah Melayu itu tanpa Islam? Ingat bangsa melayu itu adalah bangsa yang lebih baikkah daripada bangsa-bangsa lain. Allah tidak memasukkan manusia ke dalam syurga berdasarkan bangsa, tetapi melalui iman dan Islam. Melalui amal dan ibadah. Cukuplah wahai UMNO kamu hendak berbohong selama lebih 50 tahun kepada umat Melayu. Cukuplah.

Begitu juga dengan seorang manusia bernama Hisyamudin Hussein. Lagi seorang manusia yang entah apa dasar pemikirannya. Mengapa beliau takut sangat budak-budak darjah 1 dan 2 menonton video sajak kematian? Mengapa? Apa kesnya kesimpulan yang diberi oleh beliau untuk mengharamkan penayangan video itu sementara siasatan dilakukan? Takut budak-budak menjadi gerun? Memang itulah tujuannya video itu dibuat. Untuk menakutkan anak-anak daripada buat maksiat.

Sepatutnya puak-puak UMNOlah yang WAJIB menonton sajak kematian itu kerana dosa dan noda yang telah terlalu banyak lagi sebati dengan puak-puak UMNO ini. Wang rasuah menjadi darah daging puak-puak ini. Mengapa cerita hantu karut TV3 tidak pula mahu diharamkan tayangannya? Bukankah ini cerita khurafat yang akan merosakkan anak-anak yang menontonnya?

Tahap benci hamba kepada mereka-mereka yang jahil Islam tetapi hendak memandai-mandai mendidik rakyat kepada Islam tiruan mereka adalah ditahap yang amat tinggi ketika ini. Ini kerana hamba mengenangkan anak bangsa hamba yang terus lalai dengan kemaksiatan, baik di bandar, subbandar, luar bandar dan kawasan kampung pedalaman.

Cuba bayangkan sekarang, kita disuruh anak berkurang-ajar dengan orang lain kerana takut diculik oleh penculik kanak-kanak. Kita diajar supaya mengurung anak-anak kita di dalam rumah walaupun untuk bermain di tempat permainan di depan rumah. Kita diajar untuk tidak mengambil rasuah tetapi mereka yang mengajar itu pula menerima rasuah dengan jutaan RM. Apa punya cerita ni weiiiii????

0 ulasan: