Catatan

PERJUMPAAN SULIT 2008; HANGPA SEMUA TAHU KE IDOK KEBENDANYA TU?

Tidak tersangka. Akal yang geliga boleh termakan dengan kata-kata manusia adu domba. Ada kawan berkata, hamba telah ketinggalan keretapi dengan bercerita berkenaan UG. Takpelah. Tertinggal keretapi, hamba naiklah kapal terbang. Lagi luas dan jauh perjalanan. Kemudian, kawan itu spin cerita, yang kalutnya, bukan kerana UG (pulak?), tetapi perjumpaan sulit lepas PRU 2008. Ish, maksudnya disini, apa-apa pencerahan yang telah dibuat oleh bloggers-bloggers tidak celaka, satu ayat pun mereka tidak baca? Tapi takpe, hamba akan mencerahkan sedikit apa dia itu sebenarnya yang mereka katakan perjumpaan sulit itu;

UG; HANGPA SEMUA TAHU KE IDOK KEBENDANYA TU?

Imej
Lepas Maghrib, hamba buka internet. Melayar-layar melihat cerita2 politik Malaysia hari ini. Tiba-tiba, isteri hamba duduk disebelah hamba melihat bersama cerita2 menarik di internet. Kemudian isteri hamba bertanya, "UG tu apa bang?". Ish, isteri hamba ini, benda sensasi lagi disukai 'ramai', takkan itu pun tidak tahu. Kemudian hamba menjawab, "Takde apa-apa. Tak perlulah awak hendak tahu menahu benda-benda gini.". Senang. Itu jawapan hamba kepada isteri hamba. Kemudian hamba terfikir, apa cerita sebenarnya yang puak-puak bloggers celaka suka sangat melabel puak-puak Terengganu dengan UG dengan panggilan 'kerajaan perpaduang"? Hamba pun melihatlah entri-entri lama blog-blog politik Malaysia. Apa sebenar UG ni?

KES HASSAN ALI; ADA PARASIT NAK JADIKAN PAS ISLAM MODERATE?

Kemelut Dr Hassan Ali sepatutunya sudah berakhir kelmarin. Apabila ada perjumpaan bersama Tok Guru Mursyidul Am di JKR 10 bersama Presiden dan Timbalan Mursyid. Itulah tujuan sebenar perjumpaan itu. Meredakan keadaan. Tetapi, ternampak, ianya seperti ada yang tidak tereda apabila berlaku seperti peperangan baru oleh Dr. Hassan Ali. Dr. Hassan Ali seperti masih tidak berpuas hati terhadap sesuatu. Jika ahli PAS tidak berfikir dengan tenang, mereka akan nampak seperti Dr. Hassan Ali adalah punca segala-galanya dalam ribut yang pertama dan yang kedua ini. Ianya seperti tercetus kerana Dr. Hassan Ali. Namun adakah benar ianya begitu?

PEDULI APA DENGAN ARTIKEL 153. MELAYU BUKAN DAPAT APAPUN..

Artikel 153. Apa kebendanya tu? Cuba tanya rakyat awam. Artikel 153 itu apa? Pasti majoriti tidak boleh jawab. Cuba tanya lagi, jika ada orang tidak setuju dengan artikel 153, boleh bawa masuk ke neraka ke? Jika soalan seperti ini, puak liberal yang tak mengaku liberal pasti jawab, jangan gunakan agama sebagai hujah. Walau mereka tidak tahu artikel 153 itu apa. Jika hendak tahu, artikel 153 itu adalah hak keistimewaan orang Melayu di Tanah Melayu didalam Perlembagaan Malaysia. Hak menjadi anggota kerja kerajaan, hak biasiswa kerajaan, hak berniaga syarikat bumi dan hak pendidikan. 4 hak yang dipelihara oleh YDPT Agong. Namun, dengan tiba-tiba, mengapa kecoh semacam pula hari ini tentang artikel 153? Hanya kerana ada paderi Kristian yang tidak setuju dengan artikel ini pada 'khutbah' hari Natal?.. Apa kes? Perkara biasalah jika ada orang bukan Melayu yang tidak puas hati dengan artikel 153 sebab mereka bukan Melayu. Rasa dengki dan tidak seronok sudah pasti akan berl...

UG PASTI AKAN BERLAKU JUGA NANTI, TENGOKLAH..

Kadang-kadang, hamba pelik tengok rakyat Malaysia ini. Nak kata tak pandai, tapi tahu membaca. Nak kata tak cerdik, tapi boleh buat blog dan fb. Mungkin rakyat Malaysia ini ada yang masih kurang cerdik bab-bab politik di negara Tanah Melayu ini. Politik dan sejarah adalah satu perkara yang tidak boleh dihubungkaitkan dengan secara lansung. Tidak boleh. Apa yang berlaku semalam, adalah tidak boleh disamakan apa yang berlaku hari ini dan apa yang akan berlaku esok. Politik ini berubah-ubah mengikut masa dan musim. Jika kita sebut tentang Anwar Ibrahim pada 26hb Disember, tetapi bukan tahun ini, kita sebut cerita Anwar pada tahun 1996 tarikh hari ini, sesiapa yang mengatakan Anwar patut keluar dari Umno dan tubuh parti lain lawan Mahathir, pasti Azmin Ali akan gelak gila kata kita ini bodoh politik. Apa gila hendak keluar umno padahal Anwar adalah untouchable dalam umno ketika itu. Bila kita sebut pada orang PAS, pada tarikh 26 Disember, tapi pada tahun 1987, kita nasihat agar Ustaz...

TERLUPA MUSUH SEBENAR; MUSUH KITA UMNO SAHAJAKAH ATAU SYAITAN SEKALI?

Moral. Apa itu moral? Perkara pentingkah moral itu? Jika ada manusia yang tidak mengikut moral, jahat sangatkah manusia itu? Siapakah yang menentukan kemoralan sesuatu perkara? Apakah sempadan 'bermoral' dan tidak bermoral? Perlukah moral itu diikat dengan undang-undang, atau yang selalu disebut oleh puak-puak 'pandai', moral policing? Ada satu puak yang cukup alergik dengan moral policing. Sehingga hendak menyebutnya pun puak ini sudah menyampah. Puak ini, didalam media, dipanggil puak liberal. Puak yang hendak bebas dari apa-apa bentuk yang tidak bebas. Namun ada puak liberal yang tersangat-sangat liberalnya, tetapi tidak mengaku mereka ini liberal. Ini hamba panggil puak pandai menipu dengan bahasa. Atau hamba panggil mereka dengan jenama manusia ayat 6. Manusia ayat 6 ini berada dimana-mana dipelusuk dunia. Semua negara ada mereka-mereka ini. Ada berbagai-bagai bangsa, dan ada didalam masyarakat berbagai bagai agama dan tidak beragama. Mereka juga ad...

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

(ulang siaran) Ada kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari kelahiran Nabi Isa alaisalam pada hari ini, 25 Disember tahun 2011 Masehi. Itu adalah hak mereka untuk mengucapkan sedemikian dan hamba tidak membantahnya. Cuma, apa yang memusykilkan hamba, apakah tarikh 25 Disember itu sebagai tarikh kelahiran Nabi Isa Al-Maseh atau 1 Januari? Sebab itulah hamba tidak mahu mengucapkan ucapan selamat hari kelahiran Nabi Isa hari ini. Kerana pihak yang berakidahkan Nabi Isa itu sebagai anak tuhan pun keliru dengan tarikh itu, apalagi kami umat Islam yang tidak melampau taksubnya sehingga bertuhankan Nabi Isa. Isa atau Jesus bagi kami adalah Rasulullah, seorang manusia yang dilahir tanpa bapa, beribukan Siti Mariam yang suci. Sudah 2011 tahun Nabi Isa dilahirkan ke dunia. Dan sudah 1981 tahun Nabi Isa telah dinaikkan kelangit pertama untuk menunggu diturunkan bagi membunuh Dajjal. Ya, kami umat Islam pun menyayangi Nabi Isa sebagai Rasul, kami umat Islam bukan pengherdik N...