HUDUD: ACHEH, 5 TAHUN LEPAS TSUNAMI, KELANTAN, BERAPA TAHUN LEPAS BANJIR BESAR?

Hari ini, tahun Masehi, 2014, bertarikh 26 Disember, adalah genap 10 tahun tsunami besar berlaku di bumi Acheh dan juga kawasan sekitarnya. Lebih kurang 130,000 nyawa manusia hilang dalam peristiwa bencana itu di bumi Acheh. Hari ini juga, di bumi Tanah Melayu, banjir besar telah teruk melanda di Pantai Timur Malaysia. Kelantan, Terengganu dan Pahang, 3 negeri yang paling teruk dilanda musibah itu.

Pada tarikh yang sama, 10 tahun dahulu, begitu ramainya jiwa manusia yang bersedih di bumi Acheh, kerana kematian yang besar berlaku dengan sekelip mata sahaja didepan mata. Kemusnahan harta benda juga adalah total. Seperti padang jarak padang tekukur bumi Acheh akibat pukulan kuat tsunami.
(Klik; baca lagi >> untuk selanjutnya)


Peristiwa yang dramatik di bumi Acheh itu, apabila dikenangkan, walau sebahagiannya membawa kepada kemusnahan teruk Acheh, namun didalam keperitan itu, Allah SWT telah memberi satu hikmah yang tidak ternilai kepada warga Acheh yang masih selamat. Negara Acheh telah diberi hak autonomi yang kuat kepada negara berkenaan oleh kerajaan Indonesia.

Maka, 'merdekalah' Acheh dari diperintah oleh Jakarta.

Dan lebih kurang 5 tahun kemudian, 10 November 2009, Parlimen Acheh sebulat suara meluluskan enakmen undang-undang Syariah, Hudud di negara berkenaan. Dengan kuasa autonomi yang telah diberi kepada negara Acheh oleh pihak Jakarta, maka pemimpin Acheh dengan beraninya telah mengangkat hudud sebagai undang-undang kanun jenayah di bumi berkenaan.

5 tahun selepas tsunami, hudud terlaksana di Acheh.

Melihat akan Acheh itu, ketika saya melihat kejadian luar jangka yang melanda Kelantan, banjir yang terlalu besar magnitudnya, mungkin lebih besar dari bencana banjir tahun 2004, (Waktu yang sama tsunami berlaku, Kelantan mengalami banjir kuat), maka dalam kesedihan dan sayu hati melihat 38,000 warga Kelantan yang terpaksa dipindah akibat banjir, dan 90,000 untuk seluruh Malaysia, teringat pula saya akan senario yang sama berlaku di Acheh, 10 tahun lalu.

Selepas musibah yang besar Allah turunkan di Acheh, sekarang Acheh telah 'merdeka' dan bersyariat dalam pemerintahan. Manakala, Kelantan sekarang, yang sedang memperjuangkan RUU Hudud nanti di Parlimen tahun hadapan, sedang diuji bencana oleh Allah SWT terhadap bumi dan rakyatnya.

Adakah selepas musibah banjir besar yang berlaku di Kelantan ini nanti, akan disusuli dengan kemenangan Islam dengan terlaksananya syariat Islam di bumi Kelantan, seperti yang berlaku di Acheh? Acheh memerlukan 5 tahun selepas musibah besar Tsunami. Kelantan, memerlukan berapa waktu, selepas musibah besar banjir tahun 2014? Saya mendoakan Hudud terlaksana di bumi Serambi Mekah. In Sya Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?