Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

KES ANWAR, HANYA ALLAH SHJ YG TAHU..

Imej
Bawah ni ada gambar dari blog Sungai Anak Derhaka. Cerita berkenaan 2 golongan. Satu sokong Anwar, satu sokong Saiful. Aku,.. tak sokong sesiapa.. sebab ianya bukan aku yang boleh menentukan betul atau salah mereka berdua. Jika Anwar benar-benar bersalah, dalam hudud, hukum mati. Rejam sampai mati. Jika Saiful betul betul memfitnah, maka 80 kali sebatlah dia kena. Nanti orang kata, jika hudud, maka sahlah Saiful yang kena kerana dia takde 4 orang saksi.. Tetapi, kita kena tengok kes ini, Saiful kata dia dipaksa liwat, atau kena rogol, maka kes rogol, saksi 4 tak diperlukan, bukti DNA pun dah cukup mensabit. Oleh itu, aku lihat, kes ini memang haru biru. Sebelah kata konspirasi, sebelah kata betoi. Aku keliru. Kerana perasaan 1999 sudah tiada dalam hatiku..... Maka, aku kata, hanya Allah sahaja yang tahu.

TANGGUH LA PULAK..

Imej
Perbicaraan kes saman Presiden PAS ditangguh 23 Nov KUALA TERENGGANU: Perbicaraan kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangguhkan kepada 23 November depan. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah saksi defendan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Aiffin Deraman memberi keterangan. Sebelum itu, Tuan Guru Abdul Hadi dan Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail turut memberi keterangan. Saksi pihak palintif iaitu wartawan dari akhbar Kosmo dimaklumkan tidak hadir bagi perbicaraan hari ini. Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu. Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda. Presiden PAS yang diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. - HAR...

BODOH LAGI DUNGGU.

Aku tak mahu komen apa-apa tentang cerita Anwar hari ini. Aku tak mahu masuk campur apa-apa urusan dengan kes Anwar hari ini. Aku cuma nak tengok apa keputusan kes liwat dia sahaja. Samada salah atau tak salah. Itu terpulang pada takdir Allah SWT. Pasal kes UM, itu cerita picisan. Ianya hanya gimik Anwar untuk meyakinkan rakyat di luar negara, bahawa majoriti masih menyokong beliau. Dan teknik beliau agak berjaya, walau tidak diyakini oleh aku sendiri. 2014 dan 1999 adalah berbeda. Berbeda 180 darjah. Seperti utara dengan selatan. Seperti kiri dan kanan. Ianya tidak sama, malah tidak serupa. Susah jika dipatuk ular dilubang yang sama sebanyak dua kali. Hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang akan dipatuk dua kali. Dulu, kasihan, sekarang tiada perasaan. Terpulang kepada beliau untuk settlekan sendiri masalah kes yang dihadapi. Aku dah tiada persaan untuk mendengar ceramah dan berdemo untuk keadilan beliau. Keadilan untuk apa. aku pun tak tahu.. Dulu tahu. 1999 dahulu tahu, seka...

Bajet 2015 hanya cantik pada angka - TGHA

SHAH ALAM - Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak minggu lalu disifatkan gagal menjawab masalah utama yang menghantui ekonomi Malaysia. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, empat masalah utama iaitu struktur asas ekonomi Malaysia yang tidak kukuh; kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat; daya saing ekonomi Malaysia dan kemampanan ekonomi negara, membuktikan kerajaan masih belum ada hala tuju jelas bersabit ekonomi negara. "Selagi mana kerajaan gagal untuk menjawab dan bertindak secara konkrit kepada semua persoalan-persoalan di atas, maka maklamat negara berprestasi tinggi atau apa saja sasaran yang diletakkan oleh kerajaan akan hanya menjadi retorik politik. "Ianya sekadar cantik pada angka dan statistiknya, tetapi tidak memberi makna yang sebenar kepada rakyat marhaen dalam negara kita ini," jelas Abdul Hadi. "Penekanan secara tidak bersepadu dalam pendekatan ekonomi hanya akan melemask...

Memerangi Ketagihan Arak Menegakkan Hukum Islam

Khas untuk pimpinan dap dan pkr yang joint sekali oktoberfest di oneutama... Memerangi Ketagihan Arak Menegakkan Hukum Islam Tuan Yang Di Pertua, terima kasih kerana memberi peluang saya menyampaikan ucapan menjunjung kasih kepada SPB diatas ucapan baginda. Baginda sungguh prihatin dengan pembangunan  modal insan Negara yang tercinta ini. Tidak dapat dinafikan yang kelangsungan atau dengan izin, survival, Malaysia bergantung kepada Modal Insan yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan  berakhlak mulia tetapi juga mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang mantap. Itulah sebabnya maka Kerajaan memperuntukkan wang yang banyak untuk menjaga kesihatan rakyat dan membasmi segala macam jenis penyakit yang menggugat kesejahteraan rakyat. Namun bukan sahaja saya tetapi ramai lagi rakyat di luar sana dan di dalam dewan ini  mengeluh kenapa kerajaan telah sekian lama mengabaikan satu unsur penyakit ia itu ketagihan arak atau dengan...

CERITA MINYAK NAIK: KISAH BENAR SYARIKAT AISYALAM

Imej
Ada seorang peniaga, namanya En. Aisyalam. Dia seorang Melayu, tetapi neneknya adalah India beribukan Cina, berniaga buah durian. Kebunnya ada seluas 5 ekar. Tahun lepas, sebiji durian, harga borong adalah RM2.50. Tolak campur bahagi darap, setiap biji dapatlah dia untung bersih RM1.00. Tetapi, pada tahun ini, harga sedunia buah durian telah meningkat. Ini kerana ketidakstabilan harga komuditi bagi buah durian itu menyebabkan kawalan harga durian terpaksa diapungkan. Mahu tidak mahu, harga durian sedunia telah meningkat kepada RM3.50 sebiji. Maka bising-bisinglah En Aisyalam ini kerana harga durian telah naik mendadak sebanyak RM 3.50. Tahun lepas sebiji hanya RM2.50, tetapi tahun ini telah naik sebiji RM1.00. Maka beliau sebagai ketua keluarga dan kepala lepada syarikat menjual buah durian dari kebunnya yang sebesar 5 ekar itu membuat satu mesyuarat tergempar. Mesyuarat itu dinamakan mesyuarat Jawatan Kuasa Almari Bekalan dan Harga. Maka En. Aisyalam sebagai pengerusi...

DAP = GERAKAN = MCA = UMNO

Imej
Mula-mula korang baca ni dulu..... baiknya dap dengan orang Melayu.... PAS dakwa sukar nak jumpa Guan Eng Pengerusi Biro Tanah PAS Mazlan Aliman mengeluh kerana mendakwa sukar bagi pemimpin parti itu untuk bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kes-kes pengusiran penduduk kampung Melayu. Katanya, itulahyang membawa kepada ucapan perwakilan PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim di muktamar PAS di Batu Pahat pada 19 September. Sebagai menyokong dakwaannya itu, Mazlan (kiri dalam gambar) memetik kes Kg Mutiara di Teluk Bahang di mana pemimpin PAS cuba berjumpa Lim untuk membincangkan kes pengusiran penduduk kampung itu sejak 23 Julai tahun lepas. Mazlan berkata pihaknya telah menghantar surat lebih setahun lalu tetapi sehingga hari ini masih gagal untuk bertemu dengan Lim berhubung kes tersebut. Mazlan menunjukkan surat tersebut kepada wartawan dalam satu sidang media di Pulau Pinang. Pihaknya telah mencuba sedaya upaya untuk bertemu dengan Lim tetapi ga...