BODOH LAGI DUNGGU.

Aku tak mahu komen apa-apa tentang cerita Anwar hari ini. Aku tak mahu masuk campur apa-apa urusan dengan kes Anwar hari ini. Aku cuma nak tengok apa keputusan kes liwat dia sahaja. Samada salah atau tak salah. Itu terpulang pada takdir Allah SWT.

Pasal kes UM, itu cerita picisan. Ianya hanya gimik Anwar untuk meyakinkan rakyat di luar negara, bahawa majoriti masih menyokong beliau. Dan teknik beliau agak berjaya, walau tidak diyakini oleh aku sendiri.

2014 dan 1999 adalah berbeda. Berbeda 180 darjah. Seperti utara dengan selatan. Seperti kiri dan kanan. Ianya tidak sama, malah tidak serupa. Susah jika dipatuk ular dilubang yang sama sebanyak dua kali. Hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang akan dipatuk dua kali.

Dulu, kasihan, sekarang tiada perasaan. Terpulang kepada beliau untuk settlekan sendiri masalah kes yang dihadapi. Aku dah tiada persaan untuk mendengar ceramah dan berdemo untuk keadilan beliau. Keadilan untuk apa. aku pun tak tahu.. Dulu tahu. 1999 dahulu tahu, sekarang entah apa entah lah.

Bila pemikiran adalah berteraskan kepada politik sekular, maka kufur jugalah jalan siasahnya. Jika bukan Islam yang dicari untuk pemerintahan, maka kufur jugalah yang dapat menikmati pemerintahan. Dunia sekarang akhir zaman. Ulama akan diperlekeh seperti sampah. Itulah tanda-tanda untuk kiamat. Dan sekarang, memang ianya berlaku, ulama diperlekeh seperti sampah, hanya kerana hendak memegang tampuk kekuasaan.

Bodoh, sungguh bodoh lagi dunggu.....

Ulasan

abuamir berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
paparock berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?