PENGKHIANAT PAS CARI PASAL
Pengkhianat yang cari pasal (2/9/14) (Dari Roslan SMS)
Tuesday, September 02, 2014
Terkini Dewan Ulamak PAS Selangor sebulat suara meluluskan
usul mengutuk serta mengecam tindakan dua ADUN pembelot PAS dari Morib dan Hulu
Kelang yang telah memisahkan diri dari jemaah dengan menyokong Datin Seri Dr
Wan Azizah Ismail sebagai calon MB Selangor. Usul itu diluluskan oleh Muktamar
Dewan Ulamak PAS Selangor kali yang ke 26 dan akan dibawa untuk dibahas di
Mukatamr Dewan Ulamak PAS Pusat pada 17 September nanti.
Sebelum itu PAS Selangor, PAS Terengganu dan PAS Wilayah
Persekutuan selain Dewan Pemuda PAS Selangor turut menuntut Jawatankuasa
Disiplin agar bertindak ke atas kedua-dua pembelot berkenaan.
Menariknya salah seorang ADUN berkenaan Saari Sungib
dilaporkan berkata (ekoran tindakan Dewan Ulamak PAS Selangor itu) :
"Hukum jatuh tanpa memberi ruang untuk membela diri dan
membuktikan ketepatan tindakan kutuk dan kecam. Budaya ini tak patut wujud
dalam sebuah parti Islam. Saya ingatkan para ulama yang berilmu, mendukung
Al-Quran dan Sunnah, mendukung prinsip keadian, agar menyemak kembali adakah ia
wajar perkara itu wujud dalam PAS,"
Bagaikan meludah ke langit, beliau tidak sedar bahawa
tindakan beliau dan rakannya melompat keluar dari saf dan menyokong pencalonan
Wan Azizah itu sesungguhnya lebih melangkaui apa sahaja amalan dan peraturan
yang ada. Disiplin parti dan adab berjemaah dilontar malah diterajang begitu
sahaja. Kalau benar beliau menghormati ulamak, apa pula kelebihan tnidakan
beliau dan rakannya itu adakah berlandaskan Al Quran dan Sunnah atau akal
fikiran dan nafsu peribadi?
PAS dibina atas kekuatan jemaahnya yang berpegang dan
mendukung al Quran dan As Sunnah di bawah kepimpinan para ulamak zaman
berzaman. Tidak dinafikan kadangkala terdapat mereka yang duduk di dalam PAS
merasakan diri terlebih cerdik, lebih pantas dan lebih ke hadapan, semua yang
lain dipandangnya lekeh, lembab dan dungu. Maka sewajarnyalah manusia jenis ini
mengangkat kaki keluar dari jemaah kerana PAS sudah tidak sesuai bagi mereka,
malah PAS sendiri puns ebenarnya tidak memerlukan mereka.Apa pun rasional yang mahu mereka bawa, pada asasnya mereka telah bertindak membelakangkan jemaah. Pendirian dan pandangan pimpinan dan ahli-ahli PAS tidak dihormati. Mereka akan tercatat dalam sejarah hitam PAS sebagai ADUN PAS pembelot khasnya yang pertama di Selangor. Berani buat berani tanggung. Angkara pilihan sendiri maka pandai-pandailah bawa diri keluar kerana ternyata PAS tidak ada tempat lagi buat mereka.
Ulasan