KELUAR PR; PAS MENUNGGU 21 SEPTEMBER?

Pada 2008, PAS bertahaluf siyasi bersama PKR untuk bertanding dalam PRU12. Nama bagi perkongsian politik ini adalah Barisan Alternatif (BA). BA telah ditubuhkan pada tahun 1999, iaitu perkongsian kerjasama politik antara PAS, DAP, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti KeAdilan Nasional (PKN). Kerja sama itu sudah kita ketahui kenapa. Maka tidak perlulah untuk diulangkan didalam artikel ini.

Malangnya, pada 2001, DAP telah bertindak keluar daripada BA, dan menjalankan kerja politik mereka sendirian tanpa PAS, PRM dan PKN. Pada PRU11, tahun 2004, semua kita tahu bahawa BA kalah teruk, kecuali DAP yang mendapat tambahan 2 kerusi parlimen.

Sebenarnya, pengajaran yang paling asas tentang kekalahan pada 2004 ini adalah dengan julung kalinya, parti PAS telah mempelajari bahawa kerja politik yang paling penting adalah urusan pentadbiran pengundi. Iaitu senarai nama pengundi, Borang 14, Borang 13, Borang 10, PACA, urusan daftar pengundi, melihat senarai tambahan pengundi setiap sukuan tahun dan apa-apa yang berkaitan dengan tatacara urusan pengundi. Dengan terjadinya peristiwa gila di Terengganu, maka parti PAS telah berjaya sehingga hari ini menyekat serba sedikit penipuan yang 'sah' dari segi undang-undang SPR oleh bn kepada parti pembangkang.

Dan seterusnya, kerana sudah mengerti segala tindak tanduk penipuan senarai nama pengundi, dan tiadanya juga persempadanan semula kawasan pilihanraya, maka pada 2008, BA telah bertanding dalam PRU12 dalam keadaan bersedia untuk melawan segala penipuan yang boleh dibuat oleh pihak SPR melalui agen umno bn.

Dan alhamdulillah, BA menang bergaya. Begitu juga DAP yang bergerak sendirian dalam PRU12, menang banyak kerusi. PAS 24, DAP 28, PKR 31. Untuk pengetahuan, BA dan DAP telah membuat satu perjanjian agar BA dan DAP tidak bertanding 3 penjuru. Secara dasarnya mereka bersetuju, namun ada juga kawasan yang terjadinya pertandingan 3 penjuru.

Apa-apa pun, kemenangan yang diperolehi pada PRU12 adalah bukan kerana kerjasama politik Pakatan Rakyat. Kerana ketika itu, Pakatan Rakyat (PR) masih belum wujud. Ianya terwujud selepas PRU12 untuk memegang kuasa di negeri Selangor, Perak dan Kedah.

Pakatan Rakyat, hanya diuji didalam bentuk pilihanraya pada tahun 2013, didalam PRU13.

Harap, semua manusia di Malaysia ini jangan lupa akan sejarah berkenaan. Kerana bukannya apa. Melihat cakap-cakap manusia di Malaysia sekarang ini, seolah-olah, mereka mengatakan bahawa Pakatan Rakyat telah wujud sebelum 2008 lagi, dan telah menyebabkan tsunami politik pada PRU12.

Tidak, PR tidak memenangkan PAS, DAP dan PKR pada PRU12, tetapi kerjasama poltik BA dan DAP yang telah menjurus sedikit sebanyak kemenangan pembangkang. Dan yang paling utama, Makal Sakthi juga adalah penyumbang besar kepada pembangkang untuk mengalahkan bn memperolehi 2/3 majoriti didalam dewan Rakyat untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia.

Maka, apabila ada manusia yang mengatakan bahawa PAS akan kiamat jika keluar Pakatan Rakyat, saya menjadi agak kekok dan tercuit kelakar dalam minda saya melihat akan percakapan manusia berkenaan. Ianya seolah-olah, PR adalah penyebab utama untuk PAS menang pilihanraya. Tetapi dari segi matematik, apabila PAS bersama PR, PAS telah hilang Kedah, Kalah di Perak dan jumlah kerusi PAS berkurang 1 kerusi parlimen.

Itu dari segi matematik jika kita hendak berbuat perbandingan. Namun jangan juga lupa, undi Melayu kepada PAS, terutama di Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan utara Selangor, sudah berkurangan pada PRU13. PAS kalah dengan umno pada PRU13 dahulu, kerana undi Melayu.

Maka, dari segi lojiknya, jika PAS keluar Pakatan Rakyat, dan seterusnya bersendirian, namun MESRA PR, seperti DAP dahulu pada 2001, keluar BA, tetapi mesra BA, adakah akan menyebabkan umno bn akan menjadi bertambah kuat, atau PAS akan menjadi lebih kuat dan PR akan kuat seperti sediakala?

Inilah perkara yang sedang diperhatikan oleh kita semua. Kerana majoriti orang Melayu, bukan hanya setakat di Selangor, namun di seluruh Malaysia, inginkan PAS keluar PR. Kerana apa? Kerana mereka melihat PAS sudah hilang jati diri apabila dipijak-pijak oleh PKR dan DAP. Mereka melihat, PAS tiada suara didalam Pakatan Rakyat. Hanya Pak turut kepada parti berlambang mata dan parti berlambang roket. Maka, adakah PAS perlu mengikut tindakan DAP pada 21 September 2001, meninggal BA dan berjalan dengan kaki sendiri?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tak kira lah apa, cuma jgn bekerjasama dgn PKR cukuplah...PKR ni parti penting diri saje..

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?