AYAH CHIK KEMBALI MUDA!!
Hari ini, saya rasa gembira kerana melihat Tok Guru Ayah Chik sudah kembali muda. Bukan umurnya yang muda, tetapi cara perlaksanaan kerja siasah Tuan Guru telah kembali muda. Dinamik, yakin, kuat dan semangat. Tiada lagi unsur bertolak ansur dengan anasir yang suka mengganggu.
Inilah Presiden yang kami semua mahukan. Maksud kami semua adalah jemaah PAS di bawah ini. Yang dipanggil akar umbi. Yang dipanggil askar-askar. Yang dipanggil golongan yang sanggup mati kerana diarahkan untuk berjuang menegakkan Islam. Kami bukannya daripada kepimpinan yang tinggi. Tinggi-tinggi pun hanya sebagai SU Cawangan atau Ketua Cawangan. Dan majoritinya, ahli biasa yang tidak berjawatan. Hanya pelaksana kepada arahan.
Telah sangat lama, kami ingin melihat Tok Guru Ayah Chik tegas dalam sesuatu tindakan. Cukup lama. Semenjak kejatuhan Terengganu pada 2004 dahulu, kami agak terkesan melihat Ayah Chik sudah agak 'lembut' dan 'bertolak ansur' dengan karenah-karenah anasir yang kurang menyenangkan jemaah.
Oleh kerana Tok Guru telah kembali muda, apa lagi, kita yang muda-muda ini wajiblah memudakan tindakan untuk memenangkan Islam. Bukan hanya terhegeh-hegeh asyik mengikut telunjuk pemimpin yang lebih pkr dari pkr. Proses membasuh dan membuang segala kotoran dalam PAS perlu wajib dilakukan oleh semua jemaah PAS agar PAS kekal Islam, bukannya Islam liberal, bukannya Islam celup.
PAS perlu kembali menjadi jemaah yang unggul di medan politik tanah air. Bukannya jemaah yang menumpang kawan-kawan. PAS perlu kembali menjadi pembimbing dan ketua dalam paksi politik pembangkang, bukannya dipimpin dan ditunjuk arah oleh 'kawan'.
Ingat! 'Mati di jalan Allah cita tertinggi kami' adalah laungan lagu yang sering dilaungkan oleh pejuang Islam. Termasuklah kita, ahli jemaah PAS. Maka oleh itu, marilah kita sama-sama mempertahankan Islam didalam PAS, dan juga diluar PAS agar Islam menang di bumi Tanah Melayu dan seterusnya ke seluruh dunia. Perjuangan kita adalah sampai hari kiamat! Takbir!!

Ulasan
Dap bercita2 nk letak calon melayu sbb dap rasa mereka boleh dpt highest seat dlm pr in next pru or prn...maybe itu sbb depa sokong pkr smpi pkr rebah so that 2 perkara berlaku...prn akan berlaku sbb stalemate dgn istana n pkr hilang sokongan rakyat melayu atas kerakusan pkr. So dap will hv the majority. If not prn..future pru.
But then dap lupa...bila pkr dh set teladan..no rubberstamp mb pls...so lps ni sape2 calon mb melayu dari dap akan ditolak under rubberstamp convention..mungkin aziz bari akan bg ulasan lain...but who cares...using perkataan tu jer...nama mb dap tertolak...so cita2 dap utk kuasai kjaan selangor terkubur. Kesian sbb slh pilih kwn.
Maybe jgk dap dh sedar tp terlewat and apa yg mereka blh buat..ajar pkr. Perati tak...sultan x mintak dap tambah nama. Kata kekal nama jijah kan...ye ke? Hehehehehe...nnt kita tgk perubahan barisan dap slgr for this stupid huge mistake.