PKR STRIKE BACK.

Hari ini, kak jijah kumpul 30 orang ADUN untuk ditangkap gambar oleh wartawan. Dia kata, 30 ADUN itu menyokong beliau jadi MB Selangor. Kepada sesapa yang pandai, sebenarnya, bukan kak jijah yang kumpul, tapi tok laki dia yang bersungguh2 kumpul 30 ADUN itu.

Aku tak tahulah status 2 manusia ADUN PAS. Samada dah jatuh talak dengan isteri masing-masing kerana menderhaka arahan jemaah. Itu kena tanya para alim ulama. Apa yang aku tahu, dengan kenyataan akhbar oleh kak jijah itu, sebenarnya tidak membenarkan beliau jadi MB pun. Tak ikut undang-undang tubuh negeri.

Kenyataan akhbar bersama 29 ADUN yang lain untuk menyatakan majoriti ADUN Selangor nakkan kak jijah jadi MB, sebenarnya hanyalah untuk counter attack pada PAS Pusat yang akan menjalankan mesyuarat mereka pada 17 hb ini. Itu sahaja.

Ianya adalah pendesak oleh Anwar kepada AJK Pas Pusat, agar sokong isterinya jadi MB.

Setelah Sultan tolak mentah-mentah permohonan Anwar untuk isterinya mengadap Sultan, maka inilah kerja Anwar yang terbaru, mendesak dan mendesak dan terus memaksa, agar PAS Pusat dengar cakap dia.

Itulah kawan dan sahabat PAS, yang suka mendesak agar nafsu dia untuk jadikan isterinya MB Selangor tercapai.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Aku tak tahulah status 2 manusia ADUN PAS.

Mereka menyertai PAS bukan kerana dasar dan mahukan PAS tetapi kerana nafsu dan citacita sendirian.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?