KRISIS MB SELANGOR: PAS UNTUNG 3 NEGERI!!

Kedah kalah dalam PRU13 sebab ada 3 perkara pokok.

Satu; sebab PAS Kedah berpecah dua. Sebenarnya, PAS Kedah bukan berpecah dua, tapi mungkin 3. Apa-apa, yang pentingnya, PAS Kedah berpecah dalam ertikata kronik. Saya kata, PAS kalah di Kedah sebab PAS Kedah berpecah 2 setengah.

Kedua; sebab pengundi atas pagar Melayu, telah di perspektifkan oleh media utama, yang dirancang molek oleh umno dan 'kawan' PAS, bahawa PAS telah dicucuk hidung oleh DAP. Majoriti pengundi atas pagar Melayu telah termakan dengan kempen ini yang menyebabkan ramai Melayu tidak mengundi PAS di Kedah kerana PAS dianggap boneka DAP.

Ketiga; Calon MB PR dan BN yang menarikkan pengundi atas pagar semua kaum, mengundi BN. Apabila nama Allahyarham Ustaz Azizan digandingkan dengan anak Mahathir, maka terus terang saya kata, ditambah nilai dengan dua sebab diatas menyebabkan lebih kukuh untuk mereka diatas pagar mengundi umno bn.

Begitu juga yang berlaku di Terengganu.

Kenapa PAS kalah sipi yang amat kepada umno. Selang dua kerusi sahaja?

Sebabnya adalah, umno berjaya menghasut orang Melayu yang berada di Hulu dan Utara Terengganu, bahawa PAS telah dicucuk hidung oleh DAP dan Anwar. Pelik bukan. Takda satu pun kerusi DUN dan Parlimen yang DAP bertanding di Terengganu, tetapi, itulah kempen utama umno diseluruh pelosok Terengganu ketika sedang rancak berlangsungnya PRU13. Maka jadilah PR hanya dapat 15 kerusi, umno bn dapat 17.

Itu kisah lama.

Sekarang kisah baru.

Sekarang timbul isu krisis Selangor.

Krisis nama Allah telah dilupakan. Krisis bible Melayu telah dilupakan. Krisis liwat Anwar kedua telah dilupakan. Yang timbul, krisis PAS tak mahu dengar kata Anwar dan DAP.

Maka, kemanakah agaknya, isu ini akan membawa senario politik Malaysia? Adakah ianya satu politik yang sihat untuk dipamerkan kepada rakyat biasa? Adakah ia akan membawa kepada perpecahan PR disebabkan 'kedegilan' PAS dari bermain politik tikam belakang? Adakah Selangor akan kekal dibawah PR? Adakah PAS akan jatuh tersungkur di Selangor?

Ikut mata kasar, disebabkan PAS telah menzahirkan pendirian dan kukuh dengan pendirian yang benar itu, maka saya beranggapan bahawa, PAS mungkin bermasalah di Selangor, tetapi mungkin juga akan kembali kukuh di Kedah dan Terengganu.

Penyebab utama PR kalah tipis di Terengganu dapat dihapuskan. Dan penyebab kedua PAS kalah di Kedah, juga dapat dihancurkan. Dengan hancurnya penyebab kedua di Kedah, bermaksud Kedah telah hilang faktor kalah boneka DAP, dan juga  faktor ketiga, kerana semestinya, nama lain dari PAS akan diberikan untuk dijadikan calon MB di Kedah pada PRU14 nanti. Saya sangat-sangat sukakan Ir Amiruddin Hamzah dicalonkan menjadi MB Kedah. Itu yang terbaik.

Dan jika nama Ir Amiruddin dinaikkan, insya Allah, PAS Kedah akan bersatu kembali dibawah satu bumbung.

Maka, adakah PAS Selangor akan dikorbankan untuk memenangkan 2 negeri ini? Saya rasa tidak. Rakyat Selangor tidak akan tidak mengundi PAS. Kerana dari segi gerak kerja di DUN PAS yang bertanding, rakyat nampak jelas, bahawa yang menolong rakyat adalah ahli-ahli PAS. Mereka juga nampak Adun-Adun PAS yang buat kerja (kecuali ada segelintir). Mustahil rakyat Selangor dari kaum Cina, India akan menikam belakang PAS. Dan saya yakin, kaum India akan tetap bersama dengan PAS jika PRU Selangor akan berlaku. Mungkin berkurangan kepada pengundi Cina.

Kerana cina dan DAP adalah seumpama isi dengan kuku. Itu adalah kenyataan setakat ketika ini.....

Ulasan

XUMNO berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?