BODOH PIANG.

Semalam, aku bergejuis dalam keadaan bosan.

Bosan dengan suasana politiking di tanah air aku. Yang dinamakan Malaysia.

Aku tak tahu, kenapa bila aku bersuara begitu, ada segelintir homosepian akan anggap aku ini orang UG.

Aku tak tahu, apakah yang mereka maksudkan dengan UG? Aku memang tak mengerti. Apa yang aku nampak, UG dengan Konsensus nasional (KN) itu benda yang sama, tapi tak serupa. UG datang dari mulut Tok Guru Hadi, KN dari mulut Anwar.

Itu semua aku tak peduli. UG ke, KN ke, Reformasi 2.0 ke, Kajang Move ke, semuanya benda yang hanya sebutan istilah yang tidak mendatangkan efek kepada negara dan Islam.

Perlu sedar dan perlu dinyatakan, laungan PAS ganti umno sebenarnya telah berlaku selepas tahun 2008. Peel PAS dalam setiap gerak geri politik telah menjadi seperti umno ketika umno itu ditentang oleh PAS. Satu ketika dahulu.

Dan yang peliknya, orang Melayu tidak mengundi PAS kerana menganggap, PAS telah menjadi seperti umno. Wal hal, masa dahulu, orang Melayu tak mengundi PAS pun ketika PAS berdakwah untuk Islam menentang umno. Bodoh piang juga orang Melayu ni.

Pelik.

Tetapi, itu kenyataan.

Sekarang. Wujud pula satu entiti baru dalam jemaah Islam, yang dinamakan ISMA. Perwatakan mereka, adalah sebiji ketika PAS didalam ambang kekuatan yang baru 'Kepimpinan Ulama'. Tengok daripada cara kerja mereka, memang mereka sedang memperjuangkan Islam. Namun, apabila masuk bab politik memerintah, mereka gagal. Gagal segagal gagalnya apabila hujah mereka 'seperti' menampakkan mereka itu musuh PAS.

Aku tidak tahu. Mungkinkah gerakan Allahyarham Necmetin Embarkan sedang berlaku. Membakar dirinya, untuk memenangkan pemimpin berjiwa Islam untuk memerintah. Aku memang tidak tahu.

Politik itu berbelit. Itu yang selalu disebut oleh homosepian. Wal hal, politik itu wajib dalam Islam. Itu yang homosepian lupa. Boleh tidak mengambil tindakan berbelit untuk memenangkan Islam?

Jawab aku, kenapa pula tidak boleh?......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?