PBS DIBENCI KERANA MASYARAKAT TELAH DIZOMBIKAN DENGAN PEPERIKSAAN.

Saya adalah seorang manusia yang tidak bersetuju langsung dinilai oleh masyarakat melalui peperiksaan. Saya adalah seorang manusia yang membantah sistem dimana menilai manusia itu pandai atau bodoh melalui satu sistem peperiksaan yang dipusatkan. Saya benci mak ayah menilai anaknya dengan berapa A yang dia dapat dalam UPSR. Berapa A yang dia dapat dalam PMR. Dan berapa A yang anaknya dapat dalam SPM.

Jika seketul manusia itu, mendapat semua D dalam SPMnya, ketika ini, dalam suasana masyarakat Malaysia ini, dengan sekelip mata akan beranggapan sektul manusia itu adalah insan yang bodoh.

Kerana masyarakat dan institusi manusia menganggap orang itu bodoh, maka si seketul manusia yang dianggap bodoh kerana dapat semua D dalam SPMnya akan diberi satu landasan kehidupan jalan seorang yang bodoh.

Disebabkan D nya itu dalam SPM, maka institusi manusia tidak membenarkan beliau memasuki IPT. Beliau tidak dibenarkan untuk menjuruskan dirinya untuk mendapat peluang mencari ilmu di menara gading sehingga ke tahap PhD dan doktorate.

Semuanya kerana SPMnya D.

Maka, jika saya olahkan cerita, seketul manusia itu, mendapat semua D dalam SPMnya, kerana ibubapanya baru meninggal sehari dua sebelum SPM, dan membuatkan dirinya dalam kesedihan yang melampau sehingga tidak mampu untuk menjawab soalan SPMnya dengan betul, apa pula reaksi dan penilaian anda?

Kemudian, apabila dirujuk kepada para gurunya, bahawa beliau itu sebenarnya adalah seorang pelajar yang inovatif, baik, berdisiplin, hanya kerana peristiwa kematian ibubapanya menyebabkan dia gagal dalam SPMnya, apakah pula penialaian anda?

Apabila masyarakat sudah dibentuk selama berdekad-dekad dengan menilai seseorang melalui UPSRnya, PMRnya dan SPMnya, maka SUDAH PASTI, sistem PBS, adalah satu sistem yang tidak akan difahami oleh mereka SELAMA-LAMANYA. Ibubapa tidak akan memahaminya, kerana mereka tidak pernah melalui sistem tanpa penilaian. Guru-guru, lagilah tidak boleh memahami, kerana menilai anak muridnya adalah sama diantara murid pandai dan murid bodoh.

Isu sekarang adalah, masyarakat Malaysia telah rela menjadi masyarakat zombi. Dizombikan dengan peperiksaan. Dizombikan dengan menganggap, sempadan pandai dan bodoh adalah markah dalam peperiksaan itu.

Jika 90%, maka dia pandai, walau dia meniru jawapan. Jika 30%, dia bodoh, walau dirinya menjawab pada dasar apa yang dia percayai.

Korang semua faham tidak apa yang saya maksudkan menjawab pada dasar apa yang dia percayai?

Jika satu soalan peperiksaan Sejarah, bertanyakan soalan, Siapakah perdana Menteri Malaysia Kedua? lalu dijawab oleh murid itu, PM Malaysia kedua adalah Tun Hussein Onn, maka, apakah anda rasa jawapannya betul atau salah?

Jika ianya soalan PMR, pasti dapat markah kosong. Atau Bodoh. Namun, jika anggapan pelajar itu, Tun Razak bukannya PM, tetapi adalah pengerusi Mageran, maka, agaknya, betul atau tidak jawapan itu.

Jika dalam sistem PBS, cikgu itu sendiri boleh menilai murid tadi. Bukannya skema jawapan. Cikgu akan bertanya soalan yang sama, dan murid akan menjawab Tun Hussein Onn. Dan guru tadi boleh bertanya lagi, kenapa anda jawab begitu?

Bermaksud, cikgu itu telah memberi satu peluang untuk anak muridnya mencambahkan buah fikirannya menjadi lebih kembang dan segar.

Tidak mahukah kamu menginginkan seorang seketul manusia yang begitu?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Hang tau maksud pbs? Maksud band 1-6,evidens,deskriptor, sppbs,fail showcase dll. Kalau ni pun tak tau , macamana nak bandingkan sistem?
ibnmustaffa berkata…
Sapa kata aku tak tau?
ps- lain kali tulis nama la. Jangan jadi PENAKUT.
Tanpa Nama berkata…
enti yang menarik... cuma satu jek nak tanye.. kalau dah peperiksaan itu satu wabak zombi, kenapa dalam PBS itu sendiri ada peperiksaan? cuma tidak dipanggil peperiksaan sebaliknya pantaksiran pusat... walhal sebenarnya memang peperiksaan pon..
ibnmustaffa berkata…
Sebenarnya. Asal PBS memang TIADA langsung peperiksaan. Namun ianya telah dibangkangi oleh ibubapa yg tak mengerti dan juga guru2 yg kompius ketika itu. Dengan ini, LPM terpaksa juga layan mentaliti zombi ini.....

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?