PAS JADI PEMBANGKANG SELANGOR?

Meh baca ni dari al-brangi. Menakutkan apa yang dia andaikannnnn...............

Konsensus dan Rekonsiliasi Nasional 'jargon' manis Politik......akhirnya PAS ter'kulat2'



Masihkah kau ingat ?

Komposisi DUN Selangor selepas PRU13 yang lalu : Umno/BN 12, PR 44 (PAS 15, DAP 15, PKR 14)

Ramai yang berhujah bila Anwar 'masuk' ke Selangor melalui 'tingkap' di Kajang adalah semata tidak lain tidak bukan untuk perkuatkan PR (baca PKR) di Selangor. Para bijak pandai dan pakar strategi mengatakan andaikata atau kalau-kalaulah PKR keluar Pakatan, maka Selangor akan tumbang tersungkur pada Umno/BN.

Hey dey! Kalau diandaikan PKR ber'tukar' tempat duduk sekalipun, BN masih belum boleh perintah.
Sifirnya senang je, sesenang YB Kajang letak jawatan atau sesenang melurut daging sate, kena pulak kalau sate daging 'rusa' lagilah senang >>> BN 12 + PKR 14 = 26

Hey dey ! Kalau itu terjadi, PR masih lagi ada >>> PAS 15 + DAP 15 = 30
Takkanlah semua YB-YB PKR se'murah' itu kot sehingga semuanya melompat.
Lainlah kalau siang2 lagi sudah pasang niat atau sudah siap siaga memasang 'perangkap'.

Tapi kalau ada andaian ke'masuk'an Anwar ke Selangor melalui 'tingkap' di Kajang dengan ke'pakar'an strategi yang ada padanya selama ini seperti projek 16 September dan 'Road to Putrajaya PRU13dengan bertujuan untuk membuat 'ethnic cleansing' yakni mengurangkan jumlahkerusi PAS bertanding yang akhirnya menjadijadi sifar PAS menjelang PRU14 atau selepasnya lantas menguatkan PR (baca PKR) itu, saya lebih dari percaya.

Ingatlah sahabat Hadith Nabi SAW yang Mafhumnya : 


Sabda Rasulullah S.A.W. “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” 

(Riwayat Abu Daud).

Sahabat semua, dalam politik Umno atau yang sekaum dengannya ala-ala Machiavelli ni (Niat menghalalkan cara) kita mesti fikir seberapa banyak lapis....jangan asyik bersifat 'lebai' tapi akhirnya kita kena kencing.


DAP pernah mengatakan secara tersirat Wallahua'alam, mereka tiada masalah dengan Anwar jadi Perdana Menteri dan dalam isu Selangor pun saya beranggapan demikian kerana DAP yang terkenal dengan disiplin prinsip demokrasi boleh bersetuju dengan tidak semena2 (baca sudah terancang) DUN Kajang di'lepas'kan begitu sahaja.

Jika selepas PRK Kajang, masalah kerusi Menteri Besar masih lagi hangat sehangat arang yang marak membakar sate adalah tidak mustahil DAP tidak menyokong PAS untuk mengambil kerusi MB. Maka tinggallah PAS dengan 15 kerusi terkulat-kulat dan berkemungkinan DAP tidak masuk BN tapi menyokong si 'ANU' jadi Menteri Besar.

Maka bila berlaku begitu definasi  atau 'jargon' baru reformasi politik yakni 'Konsensus dan Rekonsilisasi' Nasional terjawab. Maka kedudukan kerusi di DUN Selangor akan menjadi PKR 14 + BN 12 = 26 kerusi yang akan membentuk Kerajaan manakala PAS akan menjadi Pembangkang dan DAP akan men'jadi' semacam nazir politik (BN pun tidak, pembangkang pun tidak).

Mustahil?

Harus?

Apa-apa boleh terjadi.....hanya anda yang arif buat penilaian.

Boss Umno sudah memberi hint semacam tak nak bertanding, ini memberi laluan mudah pada sesiapa yang ber;hajat'kan kerusi 'Sate' itu.

al-brangionline:

Iklim Malaysia sejuk tapi suhu politiknya mendidih

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Kenapa PKR selalu bermasalah dan sentiasa mendatangkan masalah....merasa hebat dan besar kepala...????
Tanpa Nama berkata…
kalau betul si anu tu jadi MB nanti.. betul ke PAS berani nak melawan.. aku rasa tidak..

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?