NAK TANYA DETAIL TENTANG PBS, TANYA LPM, BUKAN KPM.

Sudah 4 artikel saya yang berlarutan tentang PBS. Termasuk yang ini, yang kelima.

Untuk kali kelima ini, saya ingin memaklumkan kepada semua manusia di Malaysia ini, pendirian saya terhadap PBS.

Saya sokong 60%.

Lagi 40%, perlu ada penambah baikan.

Roh yang dilontarkan oleh Lembaga Peperiksaan tentang PBS, memang saya sokong. Namun, cara pelaksanaan yang membebankan para guru, saya tidak sokong. Walaupun isteri saya menganggap bebanan itu adalah satu tanggungjawab yang perlu diserap olehnya sebagai guru demi untuk anak didiknya, namun saya dapati, jika dilihat pukul rata kepada seluruh warga guru, ianya tidak adil.

Tadi saya ada katakan berkenaan roh yang ingin dibawa oleh PBS oleh Lembaga Peperiksaan. Anda semua tahu tidak roh yang ingin dibawa itu?

Saya yakin, ramai yang tak tahu. Dan saya juga yakin, ramai yang terlepas pandang, bahawa, PBS ini sebenarnya adalah dibawa masuk ke Malaysia  oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Apa-apa yang berkaitan dengan PBS, ianya perlu dirujuk oleh LPM terlebih dahulu. Bukan KPM. Kerana jika ditanya kepada KPM, maka sudah tentu jawapan yang diterima adalah ajaran yang sesat.

Kepada sesiapa yang anti dengan PBS, cuba bawa bercerita dengan Lembaga Peperiksaan, kenapa PBS ini dibawa ke Malaysia......

Cuba la tanya......

Oh ya, lagi satu, kami tinggal di hulu. Bukan di bandar. Oleh itu, jangan anggap jalur libar dirumah kami seperti di KL atau Lembah Klang....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?