KENAPA MANSUHKAN PBS. SISTEMNYA DAH BAGUS LAA..

Saya tidak mengerti, kenapa ada segolongan guru-guru begitu lantang mendesak pemerintah agar PBS ini dimansuhkan terus. Betul-betul saya sedih. Termasuk isteri saya, seorang guru. Sistemnya adalah murni, hanya perlaksanaan dia agak kelam. Itu sahaja. JANGAN POLITIKkan ia.

Jika PBS itu AMAT membebankan, kenapa isteri saya tidak pernah merungut akan sistem PBS ini? Mungkinkah kerana beliau adalah Jurulatih Utama PBS Sains Tingkatan 1 dan 2, menyebabkan beliau beranggapan PBS ini bagus.

Hmmm,.. seseorang yang memahami kehendak PBS, amat bersetuju dengan sistem ini, manakala guru-guru yang lain, takkan tak faham kot?

Saya musykil, dan sedih. Kerana BUKAN semua guru yang merungut dengan PBS. Hanya sebahagian. Dan yang paling penting, guru-guru, yang dulunya malas, akan bermasalah dengan sistem baru ini. Ini kata isteri saya, bukan saya. Dan ada tambahan. Kebanyakan guru yang tak perform, adalah dari jantina lelaki.... itu saya no komen. Ungkapan isteriku itu berdasarkan pengalamnnya mengajar di 2 sekolah.

Mesti pembaca blog ni akan kata, ni mesti guru sokong umno ni isteri saya ini.

Jawabku, tidak, jauh panggang dari api. Jika nak cerita tentang ideologi, saya ahli PAS seumur hidup, isteriku ahli PAS dan sanggup balik hari ke Terengganu hanya semata-mata memangkah PAS di Parlimen Kuala Nerus, DUN Bukit Tunggal. Unit peti undi, Batu Enam.

Jika tengok sekali, pasti orang akan anggap isteri saya adalah ustazah. Kerana beliau bertudung labuh.

Apa-apa pun, disini saya nak perturunkan satu artikel yang menarik untuk dihadam oleh kita;

-----------------------------------------------------
“Kadang-kadang saya hairan juga, seluruh dunia bercakap tentang sistem pendidikan Finland. Bagus sangatkah sistem pendidikan di negara kami? Atau teruk sangatkah sistem pendidikan di negara lain?” soal Ville.

“Fuhh… soalan besar itu. Kamu tahu Ville, walaupun jarak umur kita mencecah lebih 10 tahun, saya tidak rasa saya sedang berbual dengan seorang yang berumur 20′an” saya teruja dengan topik yang dibuka.

“27, kalau mahu lebih spesifik, Itu sudah hampir mencecah 30″ balas Ville.

“Haha. Saya antara orang yang tidak berapa tua dan tidak berapa muda, menanggung pelbagai penderitaan berurusan dengan anak muda umur kamu di negara saya. Biar pun belajar di universiti hebat-hebat, tetapi saya pening dengan mentaliti mereka. Yang bagus itu ramai juga. Tetapi yang memeningkan itu paling mendominasi. Sehingga saya mencipta sebuah teori. Nyatanya teori palsu. Tetapi saya sengaja buat-buat mempercayainya untuk menjawab misteri common sense is no longer a common thing yang selalu disebut itu” saya memberitahu.

Ville kehairanan.

Beliau sepertinya mahu saya melanjutkan cerita.

“Bukankah Chernobyl Catastrophe berlaku pada tahun 1986 di Ukraine? Tahun kamu lahir. Radiasinya sungguh dahsyat. Teori saya, radiasi Chernobyl itu telah menyebabkan semua bayi yang lahir pada tahun 1986 ke atas jadi pelik. Perangai pelik-pelik. Dan hanya boleh diselamatkan oleh sistem pendidikan sebagus Finland!” saya ketawa.

Ville ketawa.  Beliau baru faham apa yang saya maksudkan.

POLEMIK PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Saya kongsikan bersama beliau tentang kerumitan sistem pendidikan yang berlaku di Malaysia. Ada yang mahu mengajar bahasa Inggeris melalui pengajaran matematik dan sains. Ada yang mahu mengajar kalimah Sīrah di dalam bahasa Arab itu berasal dari kalimah Sāra  kepada murid tahun 1! Dan terkini, kerajaan memperkenalkan sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang berniat murni mahu menghapuskan kiasu dalam pendidikan, keterlaluan dalam orientasi peperiksaan, tetapi bebanan Lembaga Peperiksaan Malaysia, dipindahkan ke bahu guru-guru yang nisbah murid dan kelasnya mencecah satu kelas 50 pelajar. Memang memeningkan.

Tambahan pula server komputer induk untuk merekodkan taksiran berkenaan tidak mampu menampung akses guru-guru hingga ada yang terpaksa mengupah anak berjaga malam menanti waktu guru lain ‘pengsan’ di jam 4 pagi, agar akses ke komputer kementerian menjadi lebih berkemungkinan.

“Bagaimana dengan sistem pendidikan di Finland. Boleh kongsikan pengalaman kamu?” saya bertanya.

“Hmm… saya tidak pasti hendak memulakannya dari mana” ujar Ville.

“Beginilah… bagi saya, sebuah pendidikan itu baik apabila muridnya seronok belajar, gembira ke sekolah. Adakah kamu seorang murid yang gembira semasa di sekolah?” saya menyoal.
Ville menggaru-garu dagunya berfikir.

“Saya tidak pasti adakah saya gembira atau tidak. Tetapi saya tidak ada pengalaman yang menyedihkan semasa bersekolah. Bergaduh-gaduh dengan kawan itu sesekali memang ada. Tetapi jika saya fikir tentang guru-guru, mereka tidak menentukan apa yang boleh dan tidak boleh. Mereka cuma menyelia perbuatan kami. Dan jika ada konflik, somehow, kami diajar datang meminta bantuan mereka. Dan bukan mereka campur tangan dalam masalah sesama kami, budak-budak di sekolah” cerita Ville.

“Itu permulaan yang bagus untuk cerita kita. Bagi saya, itu sudah cukup untuk memenuhi maksud perkataan ‘gembira’ dalam soalan saya tadi” saya gembira mendengarnya.

Nak baca penuh, sila ke link ini (SINI)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saya juga salah seorang bekas tenaga pengajar yang amat bersetuju dengan PBS tetapi tidak dengan UMNO.
Tanpa Nama berkata…
PBS mmg atr yg baik tetapi belum cukup masak dah diarah hadam.persediaan utk pbs tidak mencukupi termasuk keupayaan internet,jumlah pljr,beban guru dll.kurikulum jg perlu disemak agar tidak bergabung kemahiran spt skrg.apabila semua telah sedia,mulakan pbs dgn murid thn 1 dan ting 1.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?