HANYA GURU YG MALAS TAKUT DENGAN PBS?

Jumaat lepas, ayah saya dimasukkan ke hospital. 5 tulang rusuk beliau patah. Akibat jatuh. Saya dapat berita daripada adik ketika jam 12:30tgh. Saya pun bergegas ke rumah, dan meminta isteriku menghantar saya ke masjid yang berdekatan dengan stesen komuter. Saya bercadang ke hospital berkenaan dengan komuter.

Semasa dalam kereta, menuju ke masjid, saya ada bertanya dengan isteri saya, betul ke semua warga pendidik tidak sukakan PBS? Isteri saya tidak menjawab terus. Dia diam seketika, seperti mahu mengolah ayat agar jawapan yang diberikan adalah tip top. Mungkin..

"Di sesi petang, semua cikgu, tiada masalah dengan PBS. Mungkin sebelah pagi, bermasalah sedikit agaknya.." itu jawapan tip top isteriku.

"Nape plok?", tanya saya hairan.

"Ye la, sesi petang kami dah 3 tahun pengalaman dengan PBS ni. Manakala yang sesi pagi, baru sahaja bermula berubah sistem. Mesti bercelaru macam kita yang mengajar tingkatan 1 dan 2 ni masa mula-mula PBS diperkenalkan.."

"Oooo..", jawab saya dalam hati.

Dari situ, akal saya terdetik, NGO Pendidik yang ingin mengadakan demonstrasi nanti, adakah mereka yang baru merasai nikmat kerja bercelaru dalam PBS ini? Mungkin ya agaknya..

Saya juga ada rasa keliru, bin ajaib, apabila, ada satu artikel yang saya masukkan dalam Tranungkite Online, dijawab dalam isian begini;
--------------------------------------------
Re: Natang apa eviden, deskriptor dll dalam PBS ni? (Score: 1)
by awanbiru on Monday, February 17 @ 11:19:24 MYT
(User Info | Send a Message)

Salam..

Daripada cerita diatas, nampaknya cara perlaksanaan PBS oleh cikgu anak penulis tu xbetul. Instrumen PBS xboleh dibawa balik. PBS tu sendiri xboleh digunakan oleh pihak sekolah nak kelaskan pelajar(msukkan dlm kelas2 tertentu), semua pakai borong sama. Jadi pihak sekolah terpaksa adakan peperiksaan dalaman yg akibatnya cikgu/i kena keyin data xm tadi. Maksudnya dah ada 2 kerja. Kemudian ada pula soalan TIMSS dan PISA utk form1/2. Cikgu juga kena buat. Persoalannya nak cekau masa dari mana?
Semua tugas perlukan masa, purata satu masa 40 minit, PBS 1 eviden dalam 15 minit. Maksudnya masa2 cikgu dah dibahagikan kpd P&P, PBS dan TIMSS/PISA(sains/math). Sedangkan cikgu kena mengajar berpandukan sukatan pelajaran... Masanya nggak cukup pakk.
Belum cerita nak masukkan data online. Siapa2 yg ada isteri atau suami cikg cuba2lah isi dan nikmati saat2 bahagia keyin data tu. Dah tentu akan sangat memuaskan hati. Apalagi kalau cikgu yg mengajar hingga 8 kelas PBS atau lebih, satu kelas 30 org atau lebih....memang sangat2 bahagia....

Wassallam...
--------------------------------------------
Yang menjadi tandatanya saya, kenapa instrumen PBS tidak boleh dibawa balik?

Kenapa saya bertanya begini? Padahal saya bukannya guru pun. Memandai-mandai ke saya ni?

Saya tanya kerana situasi ini juga berlaku depan mata saya. Apabila instrumen PBS dibawa balik oleh anak saya. Lebih tepat, subjek Bahasa Malaysia dan ianya ditulis B1DT1E1. Sebab memang ya, isteriku ada sebut, sepatutnya kertas ni tak boleh dibawa balik ke rumah. Ianya perlu dibuat disekolah.

Maka saya bertanya kepada isteriku, "Abih tu, kenapa mualimah dia suruh buat homework pulak benda ni? Ni kena komplen dengan sekolah ni.." marah saya pada guru anak yang mengajar BM kepada anak saya. Maka isteriku senyum, dan kemudia dia jawab balik, "saya rasa cikgu dia ada cara untuk dapatkan eviden dari anak muridnya. Dan sebenarnya, tak salah dia buat ni. Sebab ianya Deskriptor tulisan. Cikgu itu memberi peluang ibubapa untuk menolong anaknya menulis dengan baik.... mungkin itu kot.."

Setelah saya dengar penjelasan dari isteri saya, dan kemudian bertanya lanjut lagi apa yang beliau maksudkan. Bermakna, untuk mendapatkan eviden dari anak murid, guru tersebut boleh menggunakan berbagai kaedah yang sesuai dengan keadaan, mungkin itu apa yang isteriku maksudkan.

Dari situ juga, isteriku bercerita lagi, PBS ini, tidak akan berjaya, jika sifat guru-guru yang malas, lebih pentingkan tuisyen dan menjadikan profesyen menjual  barang adalah profesyen utama berbanding profesyen perguruan, maka PBS ini pasti akan bermasalah. Kerana, beliau kata, memang banyak kerja yang perlu guru lakukan untuk menjayakan sistem PBS ini.

Saya dapat melihat, ianya memang membebankan guru. Ianya memang akan menyusahkan guru. Dan saya juga dapat melihat, tiada rungutan dari isteri saya yang terpaksa melaksanakan kerja-kerja ini. Serta, saya juga ada bertanya, tak letih ke buat kerja gini?

Isteriku jawab, kalau tak letih, janganlah jadi guru......

Mendengar jawapan isteri saya, barulah saya faham, bukanlah masalah sistem yang membuatkan perkara ini menjadi celaru. Tetapi disebabkan ketidakfahaman mereka yang akan menggunakan sistem ini yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Apa yang saya tulis ini, adalah semua cerita-cerita permukaan daripada kedalaman lautan atlantik yang beribu-ribu meter dalam itu. Apa yang dialog antara isteriku dan saya, semuanya adalah berkenaan cerita-cerita sebutir pasir daripada ribuan meter pasir di pantai Malaysia. Dan, saya juga ada banyak lagi cerita yang lebih detail, tentang bagaimana seronoknya isteri saya mengajar anak muridnya, dengan kaedah mengikut sistem baru ini.

Jika ada orang mengatakan sistem PBS ini membuatkan anak-anak kita malas belajar kerana tiada peperiksaan. Ianya adalah satu pembohongan yang nyata. Kamu telah menghina orang Malaysia, kerana mengfitnah setiap kanak-kanak dan remaja Malaysia sekarang ini, semuanya pemalas. Jika itu yang ada dalam pemikiran kita, buatlah sistem macammana pun, rakyat Malaysia tidak akan mencintai untuk mendapatkan ilmu......

(BERSAMBUANG)

Ulasan

abuamir berkata…
Bukan nak kritik ttg PBS itu bagus atau tidak tetapi kajian lanjut dan percubaan hendaklah dilalukan dahulu sebelum dilaksanakan secara keseluruhan. Pada saya PBS ini akan mengurangkan beban guru dan murit tetapi jadi sebaliknya.Jgn kata guru malas semata tetapi sekolah luar bandar jadi mangsa sebab tercicir. Sekolah2 di Sabah & Sarawak majoritinya gagal laksanakan PBS. Apakah PBS akan jadi macam PPSMI menyebabkan lebih ramai murid tercicir?

Kenapa setiap kali tukar menteri pelajaran sistem dirombak? Sistem pelajaran jadi hancur kerana tangan2 gatal spt kata Prof. Ungku Aziz. Jangan jadikan anak2 sebagai tikus putih utk ujian. Anak menteri semua belajar kat luar negara........... mereka ada kesah???
PAV/PVMA berkata…
saya pun bukan guru tp bila saya meneliti keberkesanan PBS ia tidak membawa erti sebenar kepada pelajar untuk "engage" kepada matapelajaran. lihat pada perseptif a/bangsa dimana pendidikan ausrealia juga telah kembali kepasa examination oriented sebagai langakah memperkasakan pendidikan negara mereka. Soalnya kenapa kita tidak memperbaiki exam oriented yang lebih 30 tahun kita gunakan untuk menjadikan pendidikan kita lebih baik.
banyak alasan oleh KPM mengenai isu TIMMS dan PISA. kita boleh lihat bahawa KPM lemah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai kementerian yang menyediakan buku panduan guru bagi setiap matapelajaran. mungkin pandangan ini amat kuno tp lihat bagaimana KPM hasilkan guru. tanya SOP mengenai matapelajaran yang diajar mung ada yang tahu @ langsung x tahu. baiklah dari kenyataan isteri tuan PBS tidak membebankan. lihat perspektif kemudahan jalur lebar,3g @ 4g atau LTE berapa luas kemudahan itu? beruntung isteri tuan berada ditengah bandar. mcm mana yang guru di hulu? cerita xkan sama dengan mana2 guru. hebat isteri tuan tp bagaimana guru yang dipendalaman? cerita gah berapi KPM ada menyediakan kemudahan. jauh disudut hati saya kenapa tidak saya KPM lakukan 60:40 spt matapelajaran KH yang mudah dan praktikal dilaksanankan. usah ckp engagement malah involvement pun boleh capai. sebenarnya cikgu adalah hamba allah yang tidak banyak karenah mereka suak mengajar dan kerap menyumbangkan tenaga serta ilmu dalam meastikan anank bangsa berjaya ttp perlukah banyak sangat protokol kemajuan yang boleh dipermudahkan. bagi saya dengan terlalu banyak aplikasi yang guru perlu isi lagi menambahakan beban guru. benarkan mereka mengajar anak kita dengan senag dan hati terbuka. lihat negara jepun, finland, uk dan un country banyak sangatkah aplikasi yang mereka perlu akses?
hitung.......hitung dan terus hitung adakah kita menjadikan cikgu sekumpulan tikus dan anak2 kita adalah makrob yang diuji keatas guru........

hari ini pelajar "U" pun dan over feeding x boleh nak berusaha........inilah kisah pendidikan Malaysia 56 tahun
ibnmustaffa berkata…
Tuan Ajidan, saya tidak duduk di tengah bandar. Tapi duduk di hulu...

Saya sokong tuan. Dan sepatutnya, perkara itulah yg perlu dibaiki, bukan menyalahkan sistem yg tiada exam. Tetapi sistem key-in data itulah yg patut kita tumpukan utk diperbaiki.

Lagi satu, tuan baca atau tidak artikel saya ini. Bila masa isteri saya kata PBS tidak membebankan? Dia kata, jika tak mampu kerja sebegini, jangan jadi guru. Inilah kenyataan dia sebagai guru kpd guru yg lain.

Memang saya nampak kerja beliau yg meletihkan. Tapi, beliau anggap ianya sbg tanggungjawabnya.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?