FASAKH CARA CERAI TAK BAIK?

Saya sebenarnya tidak mahu ambil tahu berkenaan isu Nuruk Izzah. Nak bercerai atau apa pun, itu adalah hal rumahtangga beliau. Cuma saya nak ambil kisah berkenaan dengan tajuk berita berkenaan Nurul Izzah ini, iaitu ;

Nurul mohon cerai cara baik, bukan fasakh 

Yang ini memang saya keliru.

Apa yang dimaksudkan dengan cerai cara baik ni? Adakah mereka menyatakan bahawa cerai cara fasakh adalah satu cerai cara tidak baik? Cuba story sikit.....

Cerai adalah satu perkara yang diharuskan oleh Allah SWT. Namun, ianya adalah perkara yang dibenci oleh Allah SWT. Biarlah ianya cerai secara 'baik' atau 'tidak baik=fasakh', ianya tetap tidak disukai Allah SWT. Mahu tidak mahu, yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Biar bagaimana 'baik' sekalipun cara penceraian itu, anak TETAP menjadi mangsa.

Oleh itu, adakah cerai secara fasakh ini adalah satu cerai yang tidak baik? Cerai fasakh ada dalam syariah Islam, dan cerai fasakh ini cerai cara tak baik? Maksudnya, syariah dari Allah SWT ini ada yang baik dan tidak baik? Apa punya cerita ni? Macam ayam!!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?