PR AKAN KALAH SELAMA-LAMANYA JIKA ANGGAP UMNO BODOH.

Dalam politik, untuk menang pilihanraya, mesti dapat undi daripada pengundi. Untuk mendapatkan undi daripada pengundi, parti politik perlu meyakinkan pengundi untuk mengundi mereka. Untuk meyakinkan pengundi untuk mengundi mereka, parti politik perlu merayu kepada pengundi untuk mendapatkan keyakinan itu.

Bagaimanakah cara parti politik membuat rayuan kepada pengundi? Ianya bergantung sejauh mana inovasi akal mereka untuk mengolah dan membentuk pemikiran pengundi untuk cenderung mengundi mereka.

Namun, ada satu sindrom yang amat bahaya kepada sesuatu parti politik. Jika parti politik itu dijangkiti sindrom ini, sudah pasti parti politik ini akan kalah dan kalah dan kalah lagi dalam pilihanraya. Penyakit yang dinamakan ialah menganggap, lawan dan seteru mereka adalah bodoh.

Saya ada dapat banyak komen daripada kawan-kawan seperjuangan dari PR, membodohkan pepuak umno dan bn. Cara komen mereka, seolah-olah, kebodohan yang melanda umno dan bn akan menyebabkan mereka tersungkur rebah pada PRU14 nanti. Pada pendapat saya, yang bodohnya adalah kita. Atau lebih tepat, bodoh sombong!!

Contohnya, mari kita lihat, ramai pejuang Pakatan Rakyat yang memerli dan memberi komen negatif terhadap umno, apabila, parti korup itu memberikan sumbangan Telivisyen kepada mangsa-mangsa banjir. Menurut Syaberee Chik, jumlah yang akan disumbangkan adalah dalam sekitar 30,000 biji TV.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, kesungguhan kerajaan bn untuk memberi TV percuma sehingga kepada 30,000 keluarga mangsa banjir.

Walaupun ramai insan yang menyokong PR memerli dan memberi komen negatif, namun apa yang saya lihat ialah, umno adalah satu parti politik yang bijak dan berpengalaman luas untuk merayu pengundi untuk mengundi mereka.

Apakah kaitan dengan memberikan TV percuma menyebabkan mangsa banjir akan menyokong umno bn?

Masih tidak nampakkah kawan-kawan?

Masih under estimate kepintaran dan kelicikan musuh kitakah?

Masih membodohkan umno kah?

Saya ingin bertanya. Dalam peperangan, apakah peri perkara yang paling penting untuk kita menang? Apakah yang perlu ada dalam askar-askar dan komanden-komanden kita, untuk menang dalam peperangan itu?

Apakah dia agaknya?

Jawapannya adalah MAKLUMAT!

Bala tentera kita perlukan maklumat. Jika tiada maklumat, maka jangan memandai-mandai hendak ke medan perang. Informasi adalah kekuatan. Ada sahaja kita maklumat atau informasi tentang musuh, in syaa Allah, maka kemenangan akan berada dipihak kita.

Oleh itu, nampak tidak kawan-kawan ku, bahawa kenapa kerajaan umno bn bersungguh-sungguh mengeluarkan duit dan mengedarkan secara teratur dan sistematik agar semua 30,000 keluarga ini akan mempunyai TV?

Ya, saya yakin ramai yang sudah nampak, sesungguhnya, sekarang ini, Syaberee Chik dalam proses untuk memastikan maklumat tidak akan terputus dari 30,000 keluarga daripada umno bn. Sumber utama pemberian maklumat umno bn adalah TV. Hanya sedikit berkenaan dengan akhbar. Kerana mahu tidak mahu, rakyat Malaysia, ramai yang malas membaca (bukan tidak minat).

Sumber penyampaian maklumat pihak umno dan bn, yang paling efisien, adalah TV. Jika TV terputus daripada 30,000 keluarga tadi, masalah besar akan berlaku, terutama di kawasan Kemaman. Apabila TV tidak ada dalam tempoh sebulan, mereka akan takut, pakcik dan makcik yang tidak pernah mendapat maklumat daripada sumber yang lain, akan memandai-mandai mencari sumber yang lain itu. Dimana, sumber itu dikuasai oleh kita.

Maka, apakah tindakan kita, untuk memenangkan PR pada PRU14 nanti? Adakah masih mengharapakan hanya semata-mata dengan sumber media internet?

Parti AK pimpinan Endorgan, tidak akan menang, jika parti itu tiada siaran TV mereka sendiri. Dan begitu juga kita, PR tidak akan mudah menang jika kita tiada TV kita sendiri. Maksud saya, BUKAN TV internet, tetapi TV dari gelombang VHF atau UHF.

Jangan pula ada kawan-kawan kita yang kata, mana boleh buat, takde lesen dan menyalahi undang-undang. Tapi, jika ada kekawan yang kata begitu, maka saya akan jawab, dari buang masa buat demo, baik kita kerah masa buat TV dari gelombang VHF atau UHF. Lagi berbaloi kena tangkap!!

Ulasan

Sokong berkata…
Betui,, itu ..
Apakah kesempatan yang di amabil oleh pihak pembangkang .. pada masa ini,,
ORANG MELAYU,,suka menerima dan ,,mengambil jalan mudah..
CONTOH -
Orang Kg mudah berhutang .. sebab tiada CASH di tangan ,oleh itu fikir fikir lah,,

PKR perlu berfikir jauh kehadapan buat PLAN untuk menakluk secara lembut .. MAKLUMAT perlu di sampaikan kepada RAKYAT..

Fikir Fikir lah,,
UMNOLEMBU berkata…
Lagi satu UMNO BN akan sentiasa menang jika SPR dibawah BN, setiap penipuan Undi dibantu Oleh SPR, seperti pepatah mengatakan " Penyamun tidak akan mengaku yang dia menyamun"

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?