CARA BAGAIMANA NAK TAHU KEPUTUSAN AWAL PRK SUNGAI LIMAU.

Boleh atau tidak kita mendapat keputusan awal penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi oleh SPR dibuat?

Eh? Apa kes tiba-tiba saya bertanya soalan demikian? Macam ada pilihanraya pula berlangsung hari ini. Dan. Sememangnya, pada ketika ini, berlangsungnya PRK DUN Sungai Limau. Sebab itu saya tanya soalan demikian.

Jadi, berbalik kepada soalan tadi, boleh atau tidak, kita mendapatkan keputusan awal penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi daripada SPR dibuat?

Jawapannya,.... Boleh.

Memang boleh. Dan ianya tidak lari jauh daripada keputusan rasmi nanti.

Kenapa boleh?

Jawabnya ialah kerana PACA ada memegang borang 14.

Borang 14 tu apa?

Jika nak tahu borang 14 tu apa, baik korang semua baca artikel yang ini dulu; Artikel borang 14

Menjadi opus operandi PAS, setelah habis mengiraan undi di saluran masing-masing, borang 14 yang akan diambil daripada KTM @ ketua tempat mengundi (dengan apa cara sekalipun) akan dikumpulkan di markas utama.

Maka, pada sesiapa yang tidak sabor-sabor melihat keputusan, silalah ke Markas Utama PAS untuk PRK DUN Sungai Limau ini. Pasti antum semua akan dapat tahu maklumat sedetail mungkin sehingga ke tahap mengetahui jumlah undi dari saluran-saluran mengundi.

Dan jika hendak tahu lebih awal daripada Markas Utama PAS, silalah berdampingan dengan manusia yang berpakain biasa, tetapi mempunyai walkie talkie disebelahnya, dan asyik bercerita dalam walkie talkie nya. Hendak cari manusia jenis begitu, rajin-rajinlah antum semua pergi ke tempat-tempat mengundi pada jam 5:30 petang ke atas.

Jika tempat mengundi itu adalah sekolah, rajin-rajinlah pergi ke pintu besar sekolah. Pasti akan berjumpa orang sedemikian.

Untuk apa kita berdampingan mereka?

Untuk dapat matlumat terkini daripada pihak SB tentang jumlah kelangsungan pengiraan undi dalam bilik saluran mengundi. Aku ada pengalaman dahulu di PRK Hulu Selangor. Terjumpa seorang SB, berborak dengan walkie talkienya. Jam 6:30petang, aku dah tahu PKR kalah ketika itu.

Apa-apa, yang saya dapat maklumat, PAS insyaAllah akan menang lagi DUN ini.

Ulasan

Mat Pahit berkata…
tunggu di bilik gerakan utama/bilik operasi/markaz utama.selepas jam 6 ptg.maklumat keputusan dari bilik pengiraan undi dari saluran2 tempat mengundi akan dihantar oleh agen mengira undi dari parti masing2,ikut angka dari borang 14.andaikata dapat keputusan 5 dari 17 pusat daerah mengundi...dari situ dah bleh hitung sapa menang.biasanya jam 7.30 dah dapat 75 peratus keputusan pengiraan!
Mat Pahit berkata…
tunggu di bilik operasi/markaz utama.selepas 6 ptg.jam biasanya jam 7.30 mlam dah dapat 75 peratus keputusan dari bilik mengira undi dari saluran2 di pusat daerah mengundi.itu dari borang 14 ikut agen mengira undi.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?