ISLAM TAK PERLU POLITIKING.....?

Baru je menonton siaran langsung Bajet 2014. baru 30 minit, aku tutup TV internet. Bosan. Disebabkan bosan juga, aku baca cerita-cerita blog berkenaan PRK Sungai Limau. Dan banyak cerita yang memburukkan calon PAS saya baca.

Kenapa?

Sebab blog yang saya baca adalah blog pencacai umno.

Kenapa?

Sebab saya nak tahu, apakah cara mereka berkempen untuk mengalahkan PAS.

Dan apa yang saya dapati ialah, dari 1-2 hari lepas, pepuak umno sekarang menggunakan cara kempen membunuh personaliti calon PAS.

Bagaimana mereka hendak membunuh personaliti calon itu?

Mereka kaitkan beliau dengan musuh dalam selimut Arwah Ustaz Azizan, Phahrolrazi.

Memang bijak sial pepuak umno ini.

Dengan satu ayat mudah, pepuak umno dengan 'menggunakan' adik beradik Ustaz Azizan menghentam calon PAS. Memang bahaya cara mainan politik pepuak umno ini.

Apa-apa pun, tidak dapat dinafikan, manusia yang paling bijak politiking di Malaysia ini adalah ahli umno. Itu tidak dapat dinafikan. Maksud politiking yang saya utarakan ini adalah politiking untuk menguntungkan sesuatu individu dan kumpulan. Tak kiralah, maksud untung itu, dapat duit jutaan dollar ke, dapat betina putih lepok ke, dapat banglow besar istana baru Terengganu ke atau jadi pemimpin aka boss.

Yang penting untung dan masyuuk.....

Jika diikut dari graf dunia politik di Malaysia, dari kacamata peribadi saya, manusia yang paling paling kurang bijak untuk politiking adalah ahli PAS.

Ya. Ahli PAS, saya dapati, IQ untuk manipulasi berpolitiking adalah dibawah paras kurang bijak.

Kenapa saya tahu?

Sebab saya ahli PAS......

Majoriti ahli PAS, melihat suasana politik Malaysia ini dalam satu arah. Mereka tidak menoleh ke tepi, kekiri, kekanan, ke atas, ke bawah dan ke belakang. Asyik melihat arah depan sahaja. Hati ahli PAS ini cukup bersih..... he, he..

Kita ambil contoh.

Pada PRU13, ada sesuatu yang pelik berlaku dalam satu pencalonan calon Parlimen dan DUN sebuah Parlimen. Memang satu perkara yang tidak berlaku, berlaku. Namun, yang peliknya ahli PAS, ialah mereka tidak boleh berfikir diluar kotak. Asyik fikir benda yang satu arah sahaja. Tidak mahu selidik, tidak mahu menoleh ke kiri ke kanan, hanya tahu, sami'na, wa ato'na. Tanpa fikir cara orang politician berfikir.

Syeikh! Kita sekarang bertahaluf siasi dengan parti yang sekularis dan liberalis. Jadi, tolong fikir diluar kotak bro......

Dalam politik, kawan mungkin akan jadi lawan. Musuh, mungkin akan jadi rakan.

Tiada dalam politik seluruh dunia, kawan akan menjadi kawan selama-lamanya.

Politik juga adalah satu arena peperangan. Peperangan akal dan berfikir. Setiap tindakan, ada tipu muslihat. Setiap gerakan, ada tindakan susulan untuk melibas, atau melarikan diri. Ianya tipu helah. Memerangkap musuh. Memerhati musuh. Dan yang paling penting, mengenali musuh. Luar dan dalam, zahir dan batin.

Sebelum musuh melangkah, kita sudah tahu, ke arah mana langkahan musuh itu.

Mari kita ambil contoh Anwar Ibrahim.

Dahulu, semasa dalam umno, tahukah anda semua, bagaimanakah beliau boleh menjadi Timbalan Presiden umno menggantikan Ghafar Baba? Tahu tidak?

Kenal Kamaruddin Jaafar. Masa zaman Tun Ghafar jadi TPM dahulu, siapakah SU politik Tun Ghafar?

Ya, KJ.

Lepas Anwar dibelasah oleh Tun Mahathir, ke mana KJ pergi?

Ya, PAS.

KJ orang kanan Anwar. Semua orang tahu. KJ adalah proksi Anwar. Semua orang tahu. Tetapi, kenapa buat-buat macam tak tahu? Sebab tindakan KJ itu menidakkan anggapan orang ramai bahawa KJ itu adalah mata Anwar.

Dan itulah politiking yang terbaik yang ada pada Anwar. Beliau ada mata-mata melihat rakan-rakannya.

Jika saya jadi Presiden PAS. Saya akan berfikir panjang untuk mempercayai KJ ini.

Nanti pasti ada kekawan PAS yang melenting, per cite saya kata KJ begini dalam artikel ini!! Sudah pasti ada yang komen dalam blog ini bermacam-macam, tapi tanpa nama la.

Oleh itu, saya hendak katakan, artikel ini bertujuan untuk mematangkan akal fikiran ahli PAS seluruhnya agar cakne dengan politiking. Dalam politik, kena melihat dari dalam dan luar kotak. Malah, kotak itu sendiri kita ciptakan. Jangan jadi lurus bendul. Jangan jadi juruh do'oh lallu. Fikiran kena luas. Mata kena buka.

Jika tidak, kita akan digunakan dan kita akan diperkotak katikkan oleh kawan dan lawan.

Jika antum semua hendak menjadi daie sahaja tanpa ada hasrat menjadi politician, bukan PAS lah tempat naungan jemaah yang patut antum duduki. Tabligh adalah sesuai jika ada ahli PAS yang perasan PAS tidak perlu ada minda politiking.

Politik bukan tempat orang jahat. Politik itu adalah wajib kita ceburi. Kerana Islam itu adalah kaaaffah. Kesemuanya. Jika kita membiarkan politik itu difikir oleh mereka yang iktikad miss allignment dengan perjuangan Islam, makaberdosalah kita semua.

Ulasan

hadi berkata…
Sdr... dalam Islam prasangka itu adalah satu dosa... apabila syura sudah memutuskan untuk menerima KJ sebagai ahli dan seterusnya menjadi YB PAS... apa lagi yang sdr tak setuju... ahli gerakan islam patuh pada kepemimpinan ulamak yang PAS tarbiyyahkan kepada ahlinya.. tetapi malangnya sdr mungkin tidak mendapat tarbiyyah seutuhnya .. mungkin sdr tak pernah mengikuti usrah, tamrin, halaqah zikr, mukhayyam dan sebagainya.... kerana itu prasangka sdr terlalu menebal....
ibnmustaffa berkata…
Kan saya dah kata. Ahli pas tak pandai politiking. Nampak arah satu hala..

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?