ANJING; WAJIB BERBUAT BAIK TERHADAPNYA (ULANGAN)

Oleh kerana isu anjing telah menjadi begitu 'kencang' di alam maya, maka saya rasa, saya patut menurunkan satu artikel saya yang terdahulu, yang telah saya gejuiskan Mei tahun lepas.

Silalah baca di bawah ini......

Ahad, Mei 13, 2012

ANJING; WAJIB BERBUAT BAIK TERHADAPNYA.

Dekat tempat kerja saya, ada satu zon dimana zon itu menjalankan kerja penyudahan kepada produk yang telah dikasting. Kerja-kerja grinding pada produk besi dan keluli membuatkan zon itu zon bising dan hazard pada peparu kerana habuk besi halus yang berterbangan boleh dihidu.

Oleh kerana kerja disitu adalah berat dan hazard, maka saya telah memberi kelonggaran kepada pekerja yang melakukan kerja penyudahan itu, jika letih, boleh keluar dari bangunan dan menghidu udara yang segar diluar.

Dan ramailah pekerja yang jika sudah agak letih atau sesak nafas, mereka akan keluar bangunan dan menghirup udara yang segar. Namun, yang peliknya, bukan setakat menyedut udara segar. tetapi sempat lagi merosakkan peparu dengan menelan asap rokok.

Namun, pokoknya, bukan itu isu yang hendak saya ceritakan. Tetapi ada satu cerita lain yang menarik perhatian saya terhadap pekerja-pekerja di bahagian penyudahan ini. Berkenaan dengan seekor anjing.

Ada seekor anjing, berwarna hitam, selalu lalu lalang di luar kawasan bangunan zon penyudahan. Anjing ini, kami lihat apabila berehat di luar, ianya seperti uzur. Bukan uzur sebab tua, tetapi uzur kerana lapar. Kurus kering. Selalu sangat anjing ini berkeliaran diluar bangunan, mungkin dia terhidu sisa makanan disitu. Pekerja selalunya, sambil berehat, akan minum dan makan kuih muih yang dibungkus mereka. Dan semestinya selepas itu merokok.

Mula-mula, saya ada terperasan, anjing itu akan takut-tajut dengan kami, jika melalui depan kami. Anjing itu akan berjalan dengan jauh dari kami. Dan saya juga perasan, kesemua pekerja disitu, tidak pernah pun menghalau anjing itu. Perkara yang pelik dimiliki oleh orang Melayu.

Selang beberapa hari, satu perkara yang susah dilihat oleh saya berlaku. Ada dua orang pekerja yang datang pergi ke arah anjing itu, kemudian memberinya makanan. Ketika itu, ada 5 orang diluar termasuk saya. Saya dan dua lagi melihat dari jauh.
Anjing pun makhluk Allah.

Pada mulanya, anjing itu takut-takut untuk mengambil makanan itu. Tetapi, lama kemudian anjing itu pun memberanikan diri mengambil makanan yang diberi.

Kemudian, esoknya, kami melakukan perkara yang sama. Memberi makan kepada anjing hitam itu. Dan ianya sehingga hari ini kami lakukan. Seperti rutin kerja kami setiap hari.

Anjing hitam itu semakin hari semakin jinak dengan kami dan malah, kadang-kadang mengikut arahan yang diberi oleh kami. Jika kami suruh duduk, dia duduk, jika kami suruh dia berhenti. dia berhenti. Sehingga kadang-kadang, kami terfikir yang anjing itu tahu kami tidak mahu memegangnya kerana jika dipanggil, anjing itu akan berhenti betul-betul 2-3 kaki depan kita.

Saya kagum dengan pekerja-pekerja dibahagian penyudahan ini. Kerana mereka tahu akan sebuah hadith yang mengangkat tinggi darjat seorang manusia yang berbuat baik terhadap binatang. Dan hadith itu mengambil contoh seekor anjing. Rasulullah seperti tahu akan ada satu masa dimana umatnya akan melayan sejenis binatang dengan zalim. Iaitu umat Melayu Islam terhadap anjing.

Padahal, anjing adalah makhluk Allah dan kita wajib bebuat baik terhadap makhluk yang dicipta olehNya. Hanya jangan pelihara anjing. Itu sahaja yang haram. Nak pegang, peganglah. Jika bermazhab Syafie, lepas pegang kulit anjing atau bulunya yang basah, samaklah tangan itu. Tiada masalah. Cuma jangan memelihara anjing, kerana itu diharamkan oleh Allah kecuali untuk berburu dan menjaga harta benda.

Kami juga telah menamakan anjing itu, Lili. Anjing itu anjing betina......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?