Oleh kerana isu anjing telah menjadi begitu 'kencang' di alam maya, maka saya rasa, saya patut menurunkan satu artikel saya yang terdahulu, yang telah saya gejuiskan Mei tahun lepas. Silalah baca di bawah ini...... Ahad, Mei 13, 2012 ANJING; WAJIB BERBUAT BAIK TERHADAPNYA. Dekat tempat kerja saya, ada satu zon dimana zon itu menjalankan kerja penyudahan kepada produk yang telah dikasting. Kerja-kerja grinding pada produk besi dan keluli membuatkan zon itu zon bising dan hazard pada peparu kerana habuk besi halus yang berterbangan boleh dihidu. Oleh kerana kerja disitu adalah berat dan hazard, maka saya telah memberi kelonggaran kepada pekerja yang melakukan kerja penyudahan itu, jika letih, boleh keluar dari bangunan dan menghidu udara yang segar diluar. Dan ramailah pekerja yang jika sudah agak letih atau sesak nafas, mereka akan keluar bangunan dan menghirup udara yang segar. Namun, yang peliknya, bukan setakat menyedut udara segar. tetapi sempat lagi m...