APA NAK JADI PAS NI?

Cer baca yang ni pula. Sebagai pencerahan minda......

Shamsul Iskandar dan Khalid Samad, berani kritik Anwar Ibrahim?

Membaca kenyataan Ketua AMK Saudara Shamsul Iskandar Mat Akin ketika ucapan dasar beliau di Kongres PKR kali ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang di sokong oleh YB Khalid Samad, saya merasa agak pelik bilamana shamsul menghentam Presiden PAS dengan penuh lantang dan disokong penuh oleh YB Khalid Samad.


Shamsul yang terkenal sebagai seorang pemimpin pemuda yang kurang “umph” kerana jarang dilihat kelibat dalam dunia politik arus perdana tiba tiba muncul menyerang Presiden PAS. Saya menjangkakan bahawa ini adalah kerana title Yang Berhormat yang baru diperolehi beliau. Saya ingin membawa para pembaca menilai hujah beliau yang sememangnya tidak masuk akal dan menjadi punca kemarahan Ahli dan Pimpinan PAS (Kecuali YB Khalid Samad yang menyokong Shamsul).

Pertama beliau mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa bukti kukuh. Saya ingin nasihatkan Shamsul dan Khalid Samad agar berhati hati dalam membuat kenyataan kerana beliau tidak mengetahui hujung pangkal isu ini. PAS boleh mendedahkan isu ini dengan mendedahkan aib “calon” tersebut. Namun demi tidak mahu mengaibkan calon tersebut PAS telah menasihati PKR untuk menukar calon. Mungkin ramai tertanya kenapa PAS sibuk dengan calon PKR. Itu adalah urusan PKR bukan PAS. 
Ingin saya nyatakan disini PAS sebenarnya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di PERAK. PAS tidak mahu jatuhnya satu lagi kerajaan Negeri seperti berlaku diPerak kerana calon PKR yang mudah dibeli. Kerana itulah kita terlalu mengambil berat terhadap calon PKR juga. Perkara ini jugalah tidak difahami oleh YB Khalid Samad,walaupun telah diterangkan oleh Presiden didalam mesyuarat PAS Pusat yang lepas. Kenapa Khalid Samad tidak faham? Atau sengaja tidak mahu faham dan terus menyerang Presidennya sendiri.

Saudara Shamsul juga mempersoalkan sebarang pertikaian diselesaikan secara dalaman melalui platform yang sedia wujud. Tidak ada kewajaran malah tidak masuk akal untuk sebarang pertikaian diluahkan melalui media massa. Wahai Shamsul, apa yang anda sedang lakukan sama sekali tidak mengikut apa yang anda sebut. Kenapa anda tidak selesaikan isu ini dalam mesyuarat PR? Kenapa diluahkan dalam ucapan dasar Kongres PKR yang dihadiri wartawan? Mahu menjadi Hero? Mahu kekal Ketua AMK satu lagi sesi? Begitu juga Khalid Samad yang mengambil sikap menyokong tindakan biadab Shamsul dengan kenyataan medianya. Sedangkan dalam mesyuarat PAS Pusat yang lepas telah diputuskan siasatan oleh Jawatankuasa Post Mortem akan dilakukan dan akan memberikan pandangan dalam mesyuarat akan datang. Kenapa Khalid Samad seolah olah tidak sabar dan melanggar keputusan mesyuarat lepas serta menjatuhkan hokum Presiden PAS bersalah?

Dalam kes Kota Damansara Shamsul menggunakan isu meletakkan calon PAS sebagai hujah untuk membelasah PAS, bagaimana pula kes Semenyih? Kekalahan dikerusi Semenyih adalah kerana PKR meletakkan calon ke 3 bertanding disitu. Adakah Shamsul berani membelasah Azmin yang meletakkan orangnya disitu untuk bertanding yang mengakibatkan 3 penjuru? Ke Shamsul hanya berani berkokok dihadapan perwakilan PKR sahaja?

Saya juga ingin mencabar Shamsul menyatakan pendirian terhadap satu lagi kes tikam belakang PKR terhadap PAS. Di Lumut calon yang bertanding adalah Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid. Tahukah anda beliau adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut. Anwar telah menghantar satu surat kepada beliau yang disampaikan oleh Rafizi Ramli meminta beliau bertanding atas kerusi PKR. Surat tersebut juga meminta beliau merahsiakan permintaan itu dari pimpinan PAS. Akhirnya beliau dipaksa mengisi borang PKR untuk bertanding di Lumut dan dijanjikan oleh Anwar jawatan Timbalan Menteri. Adakah tindakan mencuri ahli parti kawan sebagai satu perkara yang baik dan menghormati permuafakatan PR?


Oleh yang demikian, Saya ingin mendesak Shamsul Iskandar dan Khalid Samad menyatakan pendirian beliau terhadap Anwar Ibrahim yang secara jelas tidak menjaga permuafakatan sesame Pakatan Rakyat dan bertindak mencuri ahli PAS untuk menjadi calonnya tanpa sebarang makluman kepada Presiden PAS malah cuba untuk merahsiakannya serta pendirian mereka terhadap Azmin Ali yang meletakkan kroninya bertanding di Semenyih sehingga berlaku 3 penjuru dan BN menang di kerusi itu.

Ulasan

Istiqomah berkata…

Walaupun Saifuddin Nasution ahli PKR tapi beliau lebih cenderung dengan PAS. Setiap program PAS dipantai timur beliau akan bersama. Alih-alih dalam PRU 13 beliau bertanding atas tiket PKR. Seolah ada mainan dalam gelap. Tak pula orang PAS boikot. Mungkin PAS memahami dilema beliau kerana sentiasa di cari oleh Anwar.
Anwar Tahir seorang lagi tapi berjaya melari diri dari Anwar akhirnya bersama dan bertanding sebagai calun PAS.
Mana-mana kumpulan yang terus mengikut Anwar akhirnya meninggalkan beliau. Contoh Ezam, Roslan, Lokman dan banyak lagi.
Tanpa Nama berkata…
itulah masalah apabila PAS BERSAMA ANWAR....!!!!!

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?