PRU13; PETUGAS DAN PENYOKONG PR, SILA BACA.

Siapa pada 2004 dahulu, menjadi petugas pilihanraya untuk Barisan Alternatif? Siapa pada 2004 dahulu, yang masih ingat, apakah target BA dalam PRU11? Peristiwa ini adalah dalam usia 9 tahun yang dahulu. Ada sesiapa yang ingat? Jika tiada yang ingat, mari saya tolong ingatkan.

Target BA pada PRU11 dahulu adalah untuk menghancurkan 2/3 kerusi majoriti bn. Itulah target BA. Dan jika sesiapa tidak tahu BA itu apa? Maka pencerahan yang saya boleh buat ialah BA ketika itu adalah kerjasama antara PAS dan KeAdilan. Tidak DAP. Maka, target DAP, kami tidak tahu, kerana ketika itu, DAP telah mentalakkan diri sendiri daripada Barisan Alternatif, kerana undi cina ketika PRU10, adalah solid kepada bn, dan Melayu pula, solid kepada BA.

Saya rasa, semua mood petugas pada PRU11 itu adalah untuk menang. Bukan takat menghancurkan majoriti 2/3 bn, tetapi, dapat memerintah Malaysia keseluruhannya. Mood reformasi ketika itu masih kuat. Orang muda ketika itu masih dalam keadaan 'mabuk' reformasi.

Anggapan menang bukan disebabkan angan-angan kosong, tetapi ianya berdasarkan kepada banyak kerusi pada PRU10 yang majoriti kurang dari 2000 dan kurang 1000. Maka, anggapan kepada seluruh jentera BA adalah, BA akan menang besar.

Namun, penghasilannya, BA kalah teruk!

Oleh kerana anggapan petugas dan penyokong BA ketika itu adalah terlalu tinggi untuk menang, apabila keputusan keluar selepas hari mengundi, saya rasa BA telah menjadi OKU selama lebih dari 2 minggu. Semuanya terkejut, tergamam, pening-pening lalat dan, ada juga yang menyalahkan takdir. Astaghfirullah.

Saya sendiri tergamam dan sedih ke tahap gaban. Seperti seorang yang putus cinta kali pertama. Tidak, ianya adalah lebih teruk rasanya daripada putus cinta kali pertama. Cuba anda bayangkan, Parlimen Marang, Tok Guru Hadi kalah kali pertama di kerusi Parlimen itu. Parlimen Marang umno menang. Gila!! Nasib baiklah Permatang Pauh menang tipis. Tidak salah saya kurang 200 undi. Boleh anda semua bayangkan.

Dan, izinkan saya untuk menyuruh pembaca blog saya ini bayangkan, pada PRU13 ini nanti, 6 hb Mei 2013, Pakatan Rakyat kalah dengan teruknya. Cuba anda semua bayangkan. Adakah semua itu bakal boleh berlaku?

Ish, apa ni saya ni buat kerja gila menyuruh penyokong PR untuk bayangkan kekalahan pada PRU13 ini nanti? Kenapa saya ni? Sudah tidak siumankah?

Bukan,.. bukan tidak siuman, tetapi perkara ini perlu difikirkan dan perlu dinilai, kerana pilihanraya di Malaysia ini adalah cuma kosmetik demokrasi. Pilihanraya di Malaysia ini sebenarnya adalah satu sistem menipu rakyat yang menjurus untuk memenangkan bn walau apa cara sekalipun. SPR itu tidak bebas dan selama ini pun, SPR memang tidak bebas. Ianya hanya lakonan buruk untuk meyakinkan SPR itu bebas. Tidak sama sekali.

Saya ini hanya hendak memberitahu bahawa, kepada mereka yang baru berkecimpung dalam pilihanraya, supaya bersedia mental dan spritual untuk menerima apa sahaja keputusan PRU13 ini. JANGAN PATAH SEMANGAT jika kalah. Kerana PRU13 ini hanya permulaan kepada perjuangan yang masih jauh.

Ini hanya permulaan.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam, saya sangat setuju dengan pencerahan di atas. Namun begitu kita kena berusaha sedaya upaya sehingga selesai pengiraan undi. Penipuan sebenar akan bermula pada tarikh 5 Mei dari detik pertama mengundi sehinggalah selesai pengiraan undi.
Justuru itu semua petugas dan penyokong PR hendaklah sentiasa berwaspada dengan memastikan dalam tempuh tersebut tampa terluang satu saat pun sentiasa ada petugas/wakil/penyokong PR memantau perjalanan piliharaya dikawasan masing-masing. Setelah berusaha sedimikian rupa kita bertawakal dan beserahlah kepada ALLAH.
JM
ibnmustaffa berkata…
Betul tu JM. Yg penting, jgn ada sehelai pun Borang 14 yg di tandatangani KTM tidak diperolehi oleh CA. Ini WAJIB ada!!

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?