DOSA BESAR MASUK NERAKA KE KRITIK PAKATAN RAKYAT?

Saya hendak bertanya kepada umat Islam. Jika kita melanggar apa yang telah diputuskan dalam muktamar PAS, masuk neraka ke kita? Jika kita dipecat dari ahli PAS, jadi murtad ke manusia muslim itu? Jika kita bercerita yang bertentangan dengan apa yang 'semangat' PR, dapat dosa besar masuk neraka Jahannam ke kita nanti?

Apa yang dilakukan oleh Dr Hasaan Ali, akan membuatkan dia masuk neraka atau apa? Yang diceritakan oleh Ustaz Nasha, akan membuatkan dia ahli neraka atau tidak?

Apa yang saya tahu, menentang sekular itu adalah perkara wajib. Yang bersetuju dengan sekular itu hukumnya murtad. Hendak tahu sekular itu apa? Hang google lah sendiri. Takkan sampai sekarang masih kurang akal berkenaan haramnya sekular itu.

Hendak bercerita tentang tahaluf siasi. Adakah muktamad atau tidak boleh langsung atau sudah tahap wajib  dan haram jika tidak laksanakan perjanjian politik dengan terwujudnya PR? Ini yang saya hendak tanya. Kerana apa saya hendak tanya? Sebab ada unsur-unsur taksub pada PR. Apa yang PR buat semua betul. Apa yang PR buat, kita yang ada dalam PR tak boleh membangkang. Apa yang PR buat, semuanya maksum.

Ini masalah besar. Memang masalah besar. Kita hendak tumbang rejim BN. Itu wajib, memang wajib. Tidak buat, memang sah berdosa. Tetapi, masalah yang saya nampak, PR ni sudah tidak tumpah seperti BN. Tidak boleh dikritik, tidak boleh ditegur, tidak boleh dinasihat dan tidak boleh disalahkan. Semua yang PR buat betul. Ini memang cap ayam.

Saya tak peduli, jika ada orang kata, apa yang saya katakan diatas ini membuatkan 'mereka-mereka' cop saya UG. Memang saya penyokong UG. Ulama Government. Lantaklah korang nak kata apa.

Dan yang penting, apa yang perlu diketahui, janganlah kutuk teruk sangat pada Hassan Ali dan Ustaz Nasha. Kerana walaupun mereka itu sekarang memang cap ayam dalam statement politik mereka, tetapi mereka masih lagi sayangkan Islam. Walaupun 'mereka-mereka' tak nampak akan perkara itu kerana sudah dikaburi dengan taksub PR......

Ulasan

Monkey Shooter berkata…
Engkau ini terlalu bodoh untuk memberi pandangan dan membuat pautan di blog Pro Pakatan...... Pernah tengok ikan kering kat jemuran atau kat kedai? Serupa seperti engkau...Mata sentiasa terbuka, tapi tak nampak apa-apa (kebenaran)...Keturunan haramjadah juga agaknya kau ni.
ibnmustaffa berkata…
Dpt pahala ke menghina org spt itu? Kasihan.....
ibnmustaffa berkata…
Lagi satu, blog ini BUKAN pro pakatan. Blog ini pro Islam.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?