Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

MALAYSIA TAK PERLU HUDUD,.. TAKE BEER (3)

Saya ni, bolehlah dikatakan 'orang lama' dalam PAS. Sebab saya adalah salah seorang manusia yang ada bersama PAS ketika ayat ini terbiasa didengar ketika kempen PRU, 'Kalah dalam tangan, lawan tetap lawan'. PAS berlawan didalam PRU ketika itu, hanya semata-mata kerana Allah SWT. Hendakkan Islam terlaksana dibumi Malaysia. Dan kebiasaan yang dikempen oleh PAS, adalah hudud. Dalam ceramah-ceramah PAS, hudud seperti kewajipan untuk disebut oleh PAS ketika itu. Penerangan mengenai hudud, kewajipan melaksanakannya, keindahannya, dan segala fitnah yang dibuat oleh para munafik, fasik dan kafirin terhadap hudud, diberi pencerahan didalam usrah atau ceramah kelompok. Itu pasti. Namun, semenjak 2008, setelah kita menang sedikit di Malaysia, maka sesuatu keajaiban telah berlaku kepada PAS. Hudud telah menjadi satu liabiliti kepada PAS untuk menang. Sesiapa yang bercerita berkenaan hudud, maka manusia itu telah melaksanakan satu kerja yang jahat. Sesiapa yang mengungkit berken...

TUN MAHATHIR YANG SIAL.

Imej
Inilah dia, apabila syaitan bercerita berkenaan dengan Islam. Kalau nak tahu, bacalah ini ; Mahathir: Pemimpin guna hudud untuk dilihat Islamik. Seorang manusia yang mengaku parti yang ditubuhkannya pada 1988 dahulu, iaitu Umno Baru adalah Syaitan, kemudiannya berkata bahawa Rasulullah tidak cukur jambangnya kerana baginda tiada pisau cukur Gillete, dan juga pernah berkata akan mendaruratkan Kelantan jika laksanakan hudud, hari ini, dengan bodohnya bercerita berkenaan dengan hudud. Orang tua sial. Nak tahu apa dia kata, meh sini saya perturun sedikit apa yang dia sebut; "Di Malaysia ada debat tentang hukum hudud dan kecenderungannya adalah mengenakan hukuman paling berat sebagai tanda kita lebih Islamik berbanding orang lain. "Tetapi kita lebih gemar kepada hukuman berbanding keadilan. Dan hukuman yang kita suka jatuhkan biasanya yang paling berat yang tidak dijumpai dalam al-Quran," katanya lagi. Macam sial punya cakap. Berbanding dia dengan pengarah cer...

SAMAN AUTOMATIK BERMULA SEMALAM. OK LE TU..

Imej
PETALING JAYA: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula beroperasi pada malam Sabtu di 14 'kawasan panas' untuk menangkap mereka yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. Bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera telah dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut adalah untuk mengesan mereka yang memandu melebihi had laju manakala empat lagi untuk mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat. Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi panas' pada fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata pelaksanaan AES merupakan satu tindakan tegas kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. "Kamera AES dipasang di ‘kawasan panas’ atau lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi," kata Solah dalam satu keny...

ISU AIR PERCUMA: KERAJAAN SELANGOR MEMANG SALAH. YANG MENYAMAN MEMANG BETUL!

Saya suka bertanya kepada rakyat Malaysia. Untuk apa mereka keluar mengundi di dalam Pilihanraya Umum? Kenapa anda semua perlu bersusah payah pergi ke pusat mengundi, beratur berminit-minit di saluran mengundi yang telah diarahkan oleh SPR, dan kemudian pergi ke kotak berdinding 3 untuk memangkah calon yang anda semua sokong? Kenapa? Kenapa anda semua perlu bersusah payah memberikan masa anda untuk pergi ke saluran mengundi untuk memenangkan seorang manusia untuk dijadikan mereka wakil rakyat anda? Adakah anda semua mahukan sesuatu dari mereka atau anda semua hanya seronok-seronok nak mengundi. Lepas mengundi, lantak engkaulah..... begitu? Mahu tidak mahu, kepada sesiapa yang kamu pangkah, mesti ada terdetik dihati sanubari kamu untuk menginginkan sesuatu daripada mereka yang kamu pangkahkan itu. 'Jika menang, aku nak itu dan ini'. Mesti ada. Jangan hendak berbohong. Kecualilah anda membuat undi rosak atau tidak keluar mengundi. Sangat bodohlah kepada pengundi untuk tidak...

ISU AIR PERCUMA: KERAJAAN SELANGOR WAJIB BAYAR SAMAN DARI RAKYAT SELANGOR YG MENYAMAN MEREKA.

Kawan-kawan semua pasti tahu cerita berkenaan dengan 2020 ribu manusia di Selangor yang telah menyaman Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas sebanyak RM1.15 juta. Semuanya kerana mereka kata, kerajaan yang memerintah Selangor sekarang, Pakatan Rakyat, tidak memenuhi janji pilihanraya umum yang ke-12, pada tahun 2008 dahulu, iaitu air percuma untuk 20m3 pertama. Jika tak tahu, baca sini . Sebelum ini, seramai 711 manusia di Selangor sudah menyaman dengan perkara yang sama terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Mereka saman dalam lingkungan RM0.5 juta. Dan perlu juga diketahui bahawa, semua mereka itu adalah manusia yang menetap dibawah rumah yang meter airnya adalah bersepadu, bukan meter individu. Semasa PRU12 dahulu, yang bertanding menentang barisan nasional dahulu adalah PAS, PKR dan DAP. DAP sendiri-sendiri, manakala PAS dan PKR atas nama kerjasama Barisan Alternatif. Tiada lagi Pakatan Rakyat. Jika manusia-manusia Selangor itu menyaman 'Pakatan Rakyat', agaknya, korang sem...

MELAYU YANG TIDAK BERSULTAN.

Saya adalah seorang Melayu yang tidak bersultan. Kerana apa? Kerana saya dilahirkan di Kuala Lumpur. Ibu negeri Selangor, yang dirampas oleh kerajaan persekutuan. Oleh kerana Sultan Selangor sudah tidak boleh menaungi apa-apa di tanah Kuala Lumpur semenjak dari 1974, maka saya terlewat 2 tahun untuk dilahirkan bernaung dibawah seorang Sultan. Ibu saya seorang Perak. Dilahirkan di Kota Lama Kiri, berdekatan dengan Kuala Kangsar. Maka Ibu saya ada seorang Sultan. Sultan Perak. Tetapi, ibu saya tidak gemar dengan Sultan Perak sekarang. Kerana beliau menganggap, Sultan Perak sekarang tidak layak menjadi Sultan. Kerana ada orang lain yang lebih layak. Itu cerita orang Kuala Kangsar, yang sudah terbiasa dengan kerabat-kerabat Sultan. Mereka seperti tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam istana Perak pada 1984 dahulu. Namun, saya tidak mahu ambil port. Ayah saya pula, adalah seorang Melaka. Bukan bandar Melaka, tetapi Melaka di Jasin. Kampung Terentang. Oleh itu, ayah saya memang sah, seo...

PAGE YG KURANG AKAL.

Baru pening kepala balik dari mesyuarat tender. Ada 3 kompeni yang perlu dijustifikasi didalam spesifikasi teknikal. Tiga-tiga tidak lepas. Sudah siap laporan, terserah kepada procurement pula. Dan seperti biasa, jika teknikal tidak lepas, perolehan pun pasti tidak lepas. Bukan macam projek sambungan LRT tu. Macam cap ayam. Balik sahaja rumah, buka internet, baca MalaysiaKini. Terbaca cerita ini NGO ibu bapa: Rangka dasar pendidikan 'tiada umph' Macam hampeh. Baru hari ini, saya terperasan adanya nama pertubuhan 'Kumpulan IbuBapa untuk Pendidikan' (page). Kepalanya, seorang wanita. Apa yang membuatkan saya menganggap page ini hampeh ialah, kerana mereka beria benar hendak PPSMI dikekalkan. Ini yang saya pelik ini. Kenapa, masih lagi ada manusia yang menganggap, jika hendak pandai Matematik dan Sains, perlu diajar dalam bahasa Inggeris? Hanya kerana kebanyakan buku rujukan dalam bahasa Inggeris? Adoilaa..... ada juga manusia yang buat-buat bodoh dalam isu ini? ...

ORG MELAYU SEKARANG BODOH POLITIK (2)

Semalam, saya ada bercerita tentang otak kanan dan otak kiri. Dan saya mengkaitkannya kepada kesenian politik Melayu sekarang. Dimana, majoriti yang mengikuti, tidak boleh membaca apa yang tersirat dalam setiap tindakan politik daripada kumpulan atau individu itu. Jika hendak tahu, akal kiri adalah akal yang akan memproses perkara-perkara yang lojik. Apa yang tersurat. Manakala akal kanan, akan memproses perkara-perkara yang tidak lojik. Iaitu perkara yang tidak nampak dengan pancaindera biasa. Perkara yang tersurat. Semasa kita budak-budak, 90-70% akal yang digunakan adalah otak kanan. Sebab itu kanak-kanak pandai berimaginasi. Dan cerita imaginasi mereka majoritinya tidak lojik kepada pemikiran orang tua. Apabila kanak-kanak itu dididik dengan betul dan bersistematik, untuk mengaktifkan akal kanan dan juga akal kiri dengan serentak, maka perkara-perkara yang ajaib boleh berlaku terhadap budak itu. Pernah melihat cerita Matrix dan Star Wars. Agak-agak anda semua, bolehkah perkar...

ORG MELAYU SEKARANG BODOH POLITIK.

Mereka-mereka berkata, orang Melayu pandai berpolitik. Mereka-mereka juga berkata, orang Melayu pandai bermain-main kata. Sebab itu orang Melayu pandai berpantun. Bukan takat pantun 2 kerat, 4 kerat. Pantun sekerat pun orang Melayu boleh buat. Perspektif akal orang Melayu juga suka kepada seni. Sebab itu rumah Melayu dahulu kala penuh dengan seni-senian. Rumah Melaka ada seninya. Rumah Perak ada seninya. Rumah Selangor ada seninya. Kiranya, setiap negeri, rumahnya adalah berlainan seni binanya. Tetapi itu Melayu zaman dahulu. Melayu zaman yang banyak dengan seni dan adat. Bukan sekarang. Rumah Melayu zaman sekarang, semuanya berbentuk sama. Sebab adanya rumah PPRT, maka kesenian seni bina Melayu telah dihancurkan oleh sebab itu. Orang Melayu sudah terbiasa dengan rumah empat segi. Setiap rumah, sama jenis, sama bentuk, sama rupa. Maka akal seni orang Melayu mati. Atau lebih tepat, otak kanan orang Melayu sudah mati. Orang Melayu juga telah diajar untuk menjadi kapitalis. Pera...

MSK, SPT BIASA, DENGAN KEPANDAIANNYA.

Saya sungguh tak sangka, blog yang ciput macam blog saya ini, tuan MSK pun ada baca. OK le tu. Cumanya, apa yang memusykilkan saya, MSK ada kata, "Aku cuba jawab dalam ruangan komen tapi tak boleh lepas. Jadi aku kena tulis kat sini." (Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/30/tak-habis-habis-dengan-hudud/) Yang ini saya pelik. Saya dah dok check dalam blogger saya, tidak pula wujud komen dari MSK. Yang ada 2 komen dari Kump Anak Muda keluar umno dan satu lagi tanpa nama. Itupun saya keluarkan komen hari ini, sebab saya memang tidak bergejuis pun dari Jumaat hingga Ahad lepas. Lap top rosak dan broadband tertinggal di Batu Enam. Kasihan saya..... Tetapi takpelah. Sekurang-kurangnya, hajat saya untuk MSK 'naik angin' terlaksana. Saya suka melihat beliau 'naik angin'. Macam-macam info akan terkeluar. Dan seperti sedia kala, hipotesisnya entah dari mana, saya tidak tahu. Yang saya nampak hipotesis dari segumpal daging diatas kepala dia. Ok le tu....