ORG MELAYU SEKARANG BODOH POLITIK (2)

Semalam, saya ada bercerita tentang otak kanan dan otak kiri. Dan saya mengkaitkannya kepada kesenian politik Melayu sekarang. Dimana, majoriti yang mengikuti, tidak boleh membaca apa yang tersirat dalam setiap tindakan politik daripada kumpulan atau individu itu.

Jika hendak tahu, akal kiri adalah akal yang akan memproses perkara-perkara yang lojik. Apa yang tersurat. Manakala akal kanan, akan memproses perkara-perkara yang tidak lojik. Iaitu perkara yang tidak nampak dengan pancaindera biasa. Perkara yang tersurat.

Semasa kita budak-budak, 90-70% akal yang digunakan adalah otak kanan. Sebab itu kanak-kanak pandai berimaginasi. Dan cerita imaginasi mereka majoritinya tidak lojik kepada pemikiran orang tua.

Apabila kanak-kanak itu dididik dengan betul dan bersistematik, untuk mengaktifkan akal kanan dan juga akal kiri dengan serentak, maka perkara-perkara yang ajaib boleh berlaku terhadap budak itu. Pernah melihat cerita Matrix dan Star Wars. Agak-agak anda semua, bolehkah perkara itu berlaku pada realiti kehidupan. Fikir-fikirkan.

Sepandai-pandai Albert Einstain, hendak tahu berapa peratuskah akal yang digunakan olehnya. Jawapannya 6%. Dengan hanya menggunakan 6% otaknya sepanjang hayat, boleh melahirkan genius sepertinya, maka apa agaknya akan berlaku kepada manusia jika beliau menggunakan 10% sahaja otaknya?

Akal kiri juga, berfikir perkara apa yang berlaku disekelilingnya sekarang. Akal kiri, tidak boleh berfikir apa yang akan berlaku pada masa panjang. Untuk masa panjang, akal kananlah yang akan bertungkus-lumus berfikir untuk tubuh badan tuannya. Kerana apa hanya akal kanan yang mampu memproses apa yang berlaku pada masa panjang? Kerana ianya memerlukan imaginasi. Perkara yang mungkin tidak lojik dan perkara yang diluar jangkaan.

Oleh kerana orang Melayu sudah beku otak kanannya, maka banyak kesimpulan dalam keputusan kehidupannya hanya berkiat dengan jangka pendek. Tidak jangka panjang. Sebab akal kirinya lebih superior dari akal kanannya.

Jika dikaitkan dengan politik, apa yang berlaku sekarang, kebanyakannya, keputusan-keputusan dan pemikiran politik, hanya untuk menyetelkan perkara-perkara untuk jangka masa pendek. Tidak untuk jangka masa panjang. Adakah ia salah? Tidak, ia tidak salah. Cumanya, ianya hanya untuk menyelesaikan masalah jangka pendek.

Ianya terpulang apakah objektif seseorang. Jika beliau mahu menyelesaikan masalah hanya untuk jangka masa pendek sahaja, bukan jangka masa panjang, maka betullah tindakan beliau itu. Jika objektif seseorang itu adalah untuk jangka masa panjang, maka tidak tepatlah tindakan itu. Ianya tidak salah dan ianya juga tidak betul, hanya ianya kurang tepat.

Oleh itu, apa-apa perkara, yang dikatakan oleh pemimpin, yang menjurus kepada penggunaan akal kanan, maka, akan berduyun-duyun manusia yang kononnya pandai didalam arena politik Malaysia, akan menyangkal dan membelasah pemimpin itu.

Saya bercakap ini dalam konteks Islam. Bukan konteks ism manusia. Pedulikan dengan benda-benda lain selain Islam. Ini kerana, ism manusia ada berbagai-bagai bentuk. Ada sosialisme, ada liberalisme, ada komunisme, ada kapitalisme dan berbagai lagi. Maka akal kita akan pening dengan ism manusia. Tidak tahu tujuan hidup.

Jika akal kita, iaitu akal kiri dan kanan tidak tahu tujuan hidupnya, maka otak kita akan cepat mati kerana kerja dalam keadaan bercelaru. Untuk tidak mendelarukannya, maka insan itu perlu set kan pada mindanya, apakah objektif beliau hidup di dunia ini.

Apa yang saya lihat, DAP adalah satu badan politik di Malaysia yang menggunakan kedua-dua akalnya untuk berfikir. Kiri dan kanan.Namun bukan untuk Islam, tetapi untuk hanya kepentingan parti mereka. Manakalanya PAS, dahulunya, mereka berfikir dengan kedua-dua akal kiri dan kanannya, tetapi, sekarang, jika ada pemimpin yang berfikir menggunakan kedua-dua akal kiri dan kanannya, maka pemimpin yang hanya menggunakan akal kirinya akan memerangi selunyai-lunyainya mereka. Dan sedihnya, mereka telah menjadi dominan dalam PAS.

Ulasan

matsamankati berkata…
Bila manusia itu di"uruskan" pemikirannya dalam satu organisasi atau pergerakan, berlakulah "monoculturing the minds".

Perbezaan pendapat akan dianggap penentangan. Yang berkuasa mahu yang dikuasai mengikut pemikiran mereka dan akhirya kepelbagaian pendapat tidak diraikan.

Kreativiti berfikir tidak dibenarkan dan akhirnya mereka bangga dalam kemunduran.
ibnmustaffa berkata…
Spt biasa, bila MSK berkata, beliau menggunakan kedua-dua belah akalnya.

Menarik utk dirungkaikan lagi..
School Of Tots berkata…
Orang kampung dapat duit RM100 dari wakil rakyat di kenduri anaknya. Wakil rakyat yang baik katanya. Wakil rakyat beri RM500 pada setiap kematian dikampungnya. Wakil rakyat yg baik katanya. Itu yg orang kampung nampak. Simple saja otaknya.
Unknown berkata…
inilah terjadi kepada PAS di Kedah..akibatnya 'hilang negeri'

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?