CERITA INI ADA HUBUNG KAIT DENGAN SULTAN JOHOR.

Sebelum manusia dicipta Allah. Syaitan telah wujud. Iblis nama dia. Malah, sebelum manusia wujud, iblis adalah makhluk yang baik dan taat kepada Allah. Dan dia juga adalah boss kepada malaikat-malaikat yang ada.

Wujud sahaja Adam, maka Iblis terus jadi jahat. Tidak mahu tunduk kepada perintah Allah. Kerana apa? Kerana dengki. Kerana takabur dan kerana ego. Selepas itu, kerana Allah telah mengkafirkan Iblis, maka iblis berjanji dengan satu perkara. Akan menyesatkan umat Adam sehingga kiamat. Jika dia masuk neraka, maka Iblis akan sedaya upaya memasukkan bersama-sama dia sebanyak-banyak manusia ke neraka.

Kerana apa saya bercerita tentang Iblis? Kerana hari ini, ada dua blog yang bercerita tentang satu nama yang sama, syaitan.

Mula-mula saya baca dalam blog mountdweller; Haaa.... Syaitan Dah Bolehlah Pencen!

Kemudian dekat mediaperak, tulisan MSK;  Setan, Syaitan, Sultan

Satunya, saya hendak menyebut, berkenaan syaitan yang boleh pencen. Mungkin maksud gejuis itu adalah hendak menunjukkan betapa syaitannya perangai gejuis umno yang suka buat fitnah melampau. Namun, pendapat saya, hendak kata syaitan boleh pencen tu nampak 'sesat' sikit.

Walaupun umno jahat, dan kita memusuhi umno kerana kejahatannya, namun musuh utama kita tetap syaitan. Nombor wahid. Musuh utama. Syaitan. Dan sepandai-pandai umno dengan menipunya, penipuan syaitan adalah lebih licik dari umno. Kena ingat tu.

Yang kafirpun akan terus disesatkan oleh syaitan, walau orang itu dah memang sesat, namun syaitan ingin memastikan kesesatan manusia itu akan lebih dalam dan terus kekal dengan kesesatan. Mungkin mamat ini boleh dijadikan contoh dalam konteks Malaysia; Karpal: Ikut muktamar lalu, PAS pilih negara Kebajikan

Kenapa saya mencontohkan Karpal. Kerana jika saya mencontohkan Chua Soi Lek menghentam hudud, maka orang akan berkata, 'biasalah, MCA'. Tetapi jika karpal yang berkata begitu,percayalah, ada orang nanti yang bersetuju dengan pendapat Karpal. Pasti mereka akan kata, 'hancurkan bn dulu, baru kita tumpu hudud'. Nampak gaya, memang licik syaitan menyesatkan kita.

Keduanya, berkenaan cerita MSK berjumpa SH Al-Attas. Saya bukan nak cerita berkenaan buku SH. Bukan nak cerita berkenaan Media Perak berjumpa uncleseekers. Bukan. Tetapi hendak menceritakan bagaimana MSK menceritakan pemikiran beliau tentang mencari 'kebenaran'. Yang ada diselit seperti unsur Islam liberal. Semua agama sama, betul, hanya ada salah dan betul dalam bentuk universal sahaja. Mungkin MSK tidak bermaksud begitu, tetapi, jika gejuis lain membacanya, mereka akan terpikat dengan andaian pemikiran begitu. Bahaya tu.....

Ingatlah, Iblis dan syaitan sudah lama wujud di muka bumi. Sudah lama berpengalaman menyesatkan manusia. mereka boleh nampak kita. Kita tidak boleh melihat mereka. Dan mereka adalah musuh yang nyata, minal jin na tiwan nass........

Ulasan

Unknown berkata…
A'kum Sdr.ku

Terima kasih kerana sudi memberikan sedikit komentar tentang tajuk N3 saya di atas.

Sebenarnya apa yang saya maksudkan adalah sindiran kepada yang merasakan masih lagi beriman supaya tidak menjadikan jalan syaitan itu dijadikan jalan kita. Jangan ambil alih kerja syaitan kerana nafsu atau upahan dunia.

Kenapa kita harus memburukkan dan menghasut ke atas orang yang sedang mencari kebenaran dan keredhoan?

Kita sepatutnya berikan mereka galakan dan ransangan bukannya kutukan!

Aahh... melalut pula saya. Maafkan saya.
Tanpa Nama berkata…
Bro-
Lu engat pas skrang mcm pas dlu?
Kalu dlu wa respect la tp nw ?? Da mcm tebalik lak. Mdoakan kejathan umat lain krna politik tika ada ngara islam lain d dlm kesusahan- tu ke islam? Islam agma yg suci, agama yg x memaksa.. Tp knapa pesatuan islam tbesar x dak cri2 mcm tu? Lg 1, bla krjaan umno bg bntuan knapa group korg je thegeh2 p amek? Kebulor ke? Tp x pnah pk jasa umno. Kutuk lg ada la. Pas jadi gelong coz dap sial join- pemerntah dap mcm sial besar. Yg ibls tu korg join- pk pk kn la bro

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?