PENAKUT APASAL PULAK PAS SELANGOR NI?

Ni apa cerita tentang PAS Selangor? Saya ada baca berita ini dalam MalaysiaKini. Sila baca ini;  Debat 11 Julai, usah layan Hasan Ali, kata PAS S'gor.

Saya ahli seumur hidup PAS. Negerinya Selangor. Nombor ahli 664863. Daftar tahun 2000. Walau dah lama aktif dalam PAS, tetapi mendaftarkan diri pada tahun 2000. Itupun kerana disuruh kawan jemaah yang menganggap anggapan saya adalah salah 'tidak perlu jadi ahli, asal kita kerja dengan jemaah PAS, kita automatik dah jadi ahli'. Masa sekarang, saya mengaku, saya salah anggapan sebelum tahun 2000 itu.
Kenapalah Dr Hassan ni tak habis-habis dendamnya?

Apa yang hendak saya ceritakan sekarang ialah hendak membetulkan apa yang salah dibuat perhitungan oleh PAS Selangor. Ini kerana, tindakan tidak melayan usaha Hassan Ali untuk berdebat dengan PAS Selangor, adalah serupa dengan perangai Najib PM Malaysia yang tidak melayan debat dengan Anwar Ibrahim.

Apa punya alasan untuk tidak melayan karenah Hassan Ali kerana kita sibuk dengan pilihanraya? Tak masuk akal. Berdebat dengan Hassan Ali itu sebenarnya adalah sebahagian dari kerja pilihanraya PAS Selangor untuk mendiamkan terus Hassan Ali dari asyik menghentam PAS luar dan dalam.

Apa cerita PAS Selangor tidak mahu berdebat dengan Hassan Ali, hanya kerana JATI bukan parti politik. Ini cap ayam punya alasan! Pedulilah JATI itu NGO ka, parti politik ka, yang telah berlaku, JATI ini selalu sangat buat kerja cerita mengarut kepada PAS.

Oleh kerana hendak mendiamkan terus JATI ini dari terus buat cerita mengarut, layanlah sahaja debat yang ingin dibuat oleh Hassan Ali kepada PAS Selangor. Habis cerita. tutup buku. Biar diam terus JATI.

Ulasan

otaklunyai berkata…
nak jadi MBeee tak dapat, sebab tulah meroyannya tak habis2.. berpanjangan... kesiaaaaaannnn dia... meletakkan diri sendiri yg kununnya berilmu dan berpendidikan tinggi jauh kebawah disebabkan mengikut nafsu syaitan... Nauzubillah kalau dapat pemimpin camni... telongkop...

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?