PENIPUAN HARGA MINYAK; TIPU ATAS TIPU.

Datul Ismail Sabri ada berkata, bahawa sebenarnya minyak RON97 harga sebenar adalah RM3.38 seliter. Dan ikut harga pasaran sekarang, minyak RON95 adalah dalam harga RM3.18 seliter. Ini bermaksud, RON97 adalah lebih mahal dari RON 95. Itu Ismail Sabri yang kata. Our beloved Menteri.

Sekarang ini, subsidi kerajaan terhada RON95 adalah RM0.70. Dan cukai yg dikecualikan, RM0.58. Itu juga Ismail Sabri kata. Dia juga kata, RON97, Kerajaan juga mengecualikan cukai RM0.58.

Maksudnya apa disini?

Maksudnya, rakyat ditipu dan dibodohkan sekali lagi oleh Kerajaan umno bn yang menganggap, rakyat adalah budak bodoh yang tidak reti matematik.

Penipuan atas penipuan bn terhadap rakyat tentang harga minyak ini telah mencapai kemuncak yang melampau. Ismail Sabri juga kata, RON95 masih tidak dikurangkan harga kerana ianya masih disubsidi oleh Kerajaan.

OK, kalau ye pun disubsidikan Kerajaan, pada Mei 2012, Kerajaan mensubsidi RM1.09 untuk seliter RON95. Tetapi, bulan Jun ini, dia kata Kerajaan subsidi minyak RON95 pada harga RM0.70. Beza RM0.39 seliter bang! Dalam tempoh sebulan.

Jika Kerajaan bn ini baik sangat, kenapa tidak dikurangkan harga RON95 sebanyak 39 sen? Kenapa brother? Mana pergi RM0.39 subsidi yang dikurangkan? Masuk poket mana?

Ini belum lagi saya cerita tentang harga RON97 yang dimurahkan Kerajaan bn sebanyak RM0.58. Kenapa pula puak bn ini baik hati sangat me'murah'kan harga RON97 sebanyak 58sen. Kenapa? Dahulu kata RON97 untuk orang kaya. RON95 untuk rakyta marhaen. Dikastakan rakyat Malaysia berdasar minyak yang diguna. Rupa-rupanya, RON97 di'murah'kan lagi sebanyak 58 sen. Cap ayam punya bn.

Kenapa tidak buat gini. RON95 diturun harga sebanyak 0.58+0.39 = RM0.97. Atau lebih senang kata, RON97 harga RM3.38, dan RON95 harga RM0.93 seliter. Amacam? Ada berani ka?

Ulasan

EmpayarUtama berkata…
Maaf jika saya silap. Saya cuma ambil RON 95 sebagai jawapan.

Pada Mei 2012 harga RON 95 ialah RM3.53/liter (agak tinggi) & kerajaan beri subsidi RM1.04/liter. Maksudnya kerajaan tanggung RM1.04 setiap liter pada harga 3.53/liter.

Pada Jun 2012 harga RON 95 ialah 3.18/liter & kerajaan masih beri subsidi RM0.70/liter. Maksudnya kerajaan masih tanggung RM0.70 setiap liter pada harga 3.18/liter.

Tidak timbul soal mana hilangnya wang subsidi RM0.39/liter kerana kerajaan hanya tanggung harga itu dengan cara beri subsidi dan kekalkan harga pada RM1.90/liter.

Berapa kerajaan nak tanggung atau subsidi - terpulang kepada budi bicara kerajaan. Jika kerajaan langsung tidak tanggung atau subsidi; cuma cukai sahaja yang dilepaskan bagi setiap liter;
rakyat kena beli RON95 dengan harga RM2.94/liter pada Mei 2012 dan RM2.60/liter pada Jun 2012.

Bagaimana cara kerajaan kira untuk dapatkan nilai "berapa kerajaan nak tanggung atau subsidi"; itu saya tak tahu. Sdr boleh bertanya dahulu kepada pegawai yang berkenaan dan mungkin boleh berkongsi maklumat itu di entri sdr nanti.
ibnmustaffa berkata…
"Terpulang kepada Kerajaan"
"Tidak timbul soal"

Ayat ni yg buat saya sedih melihat rakyat Malaysia.

Sedih.... sedih.....
EmpayarUtama berkata…
Bro (nasihat untuk saya sendiri juga);

Sdr ambil separuh-separuh ayat dari pandangan saya - itu bukan ayat lengkap. Janganlah ambil perkataan separuh-separuh. Baca keseluruhan pandangan, mungkin ada pandangan orang lain yang lebih baik. Ayat pertama saya tulis 'Maaf jika saya silap'.
ibnmustaffa berkata…
Bagus. Saudara mengerti apa yg saya ingin maksudkan.... jangan ambil separuh separuh. Baca SEMUA entri saya berkenaan penipuan harga minyak.

Terima kasih kerana sudi melayar blog saya yg tak sebarapa ini....
EmpayarUtama berkata…
Harap sdr sudi baca cerita saya dan beri sedikit teguran di sini
Mataku berkata…
Sebenarnya sudah lama kita terkeliru dengan istilah subsidi. Seolah-olah subsidi itu adalah belas Ehsan kerajaan pada kita?

Perlu kita ketahui subsidi itu adalah dari duit kita sendiri gak. sama gak dengan pengecualian cukai. Cuma berbeza hanyalah arah datangnya. Dua2 adalah duit rakyat.

Jadi apabila kerajaan memberi subsidi itu ini jgn lah kata kerajaan kita ini pemurah. Sbb kerajaan itu hanya wakil kita menguruskan khazanah kita bersama.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?