SAHAM FGVH, PADAN MUKA PENEROKA.
Kecoh Mat Isa dengan saham FGVHnya. Satu-satu saham berIPO naik 18%. Harga beli IPO RM4.55, terus naik di Bursa RM5.39. Kemudian naik lagi pada harga RM5.43. Siapa yang beli pada harga itu, saya tidak tahu. Yang tahu, Khamis lepas, FGVH tutup pada harga RM5.30. Jumaat semalam, saham ini masih lagi aktif, dengan harga berpusar dari RM5.25 hingga RM5.35. Tutup pada RM5.32. Sesiapa yang berani sangat beli pada RM5.39 awal pagi Khamis lepas, itu mereka punya pasal. Yang main kontra, rasanya korang akan disembelih. Tetapi yang hendak pegang sebulan dua, agaknya boleh buat duit ke? Saya masih tidak wahi untuk bermain dengan saham Felda ini. Bukan kerana pendirian saya yang tidak bersetuju dengan penyenaraian ini. Bukan. Tetapi, saya lihat seperti ada jerung yang sedang mengkontrol saham ini supaya ianya nampak akan naik dan naik dan naik. Spekulasi le katakan. Apabila ada jerung mengkontrol, saya yang ikan bilis pasti akan kecundang dek kerana dibaham jerung itu. Tidak.. saya tida...