Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

LIM GUAN ENG, LAGI BODOH!

Hari ini hamba hendak bercerita pula tentang kes tanah di Pulau Pinang. Setelah geng-geng India Pulau Pinang buat kecoh disana, tentang kes tanah masjid dirampas oleh DAP, atau ayat konar baringnya, setelah geng umno Pulau Pinang buat kecoh tentang Kerajaan Pulau Pinang merampas tanah masjid disana. Isunya adalah, puak India umno Pulau Pinang tuduh, tanah masjid telah dirampas oleh kerajaan negeri melalui sebuah syarikat bernama Ivory. Puak penyokong LGE pula kata, tanah itu mana pernah dirampas, sebab tanah masjid pun takda. Jadi, apa sebenarnya isu yang hendak ditimbulkan disini. Mari hamba ceritakan sedikit; Ceritanya adalah, tanah ini dinamakan tanah Bayan Baru. Tanah ini adalah tanah komersial yang bernilai gila-gila punya tinggi kerana kedudukannya yang berdekatan dengan jambatan Pulau Pinang dan lapangan terbang. Plan asal tanah ini, mempunyai masjid dan sekolah, tetapi pada tahun 2010, tanah ini telah di tender terbukakan oleh kerajaan negeri untuk dijual kepada syarikat ...

ANWAR IBRAHIM PUN BODOH.

Hari ini, hamba hendak kata pula, Anwar Ibrahim ini bodoh. Kerana mulutnya yang selalu bersepah dengan politiking, maka ungkapan yang digunakan dalam cerita ini ( Anwar: Seminar di Johor gerakan politik yang menjijikkan) adalah satu ungkapan yang akan hamba kritik sehabis-habisnya. Pasti ramai kawan-kawan yang pelik dengan hamba, kenapa ketika ini, ketika gendang PRU 13 hendak berkumandang, hamba banyak mengkritik sahabat-sahabat PAS? Jawapannya ialah, kerana pemimpin-pemimpin PAS seperti telah dibisukan mulut apa-apa yang berkaitan tentang Islam, disebabkan hendak menjaga 'hati' sahabat Pakatan Rakyat. Very stupid. " Anwar (gambar) ketika ditanya ketika sidang media di Parlimen petang ini bersetuju bahawa program sedemikian adalah berbahaya dan akan memberikan tekanan kepada hubungan antara agama di negara ini. “Apa yang saya boleh katakan ini adalah satu gerakan yang menjijikkan apabila menggunakan agama untuk menakutkan orang lain,” katanya.  " Apa yan...

PUAK NGAKU JESUS ITU ANAK ALLAH; HANG TAKUT APA SEBENARNYA.

Rileks punya rileks punya rileks, apabila terbaca satu cerita i ni (Seminar ‘ancaman Kristianisasi’ di Johor akan cetuskan ketegangan agama) , maka rileks hamba terbantut seketika. Benda ini perlu jawab. Jika tidak jawab, memang bacul hamba digelar sebagai manusia Muslim. Mula-mula, hamba hendak bertanya kepada puak-puak yang menganggap Jesus itu anak Allah, apa yang kamu semua takutkan sangat tentang SEMINAR berkaitan dengan ancaman Kristianisasi? Ini hanya seminar. Bukan mengajak orang pergi berperang bunuh orang yang menganggap Jesus itu anak Allah. Umat Islam, yang menganggap Jesus itu hanya Rasulullah, hanya ingin membuat seminar bagi memantapkan pelajar sekolah tentang akidah masing-masing. Kenapa takut sangat? Keduanya, kenapa risau sangat tekanan yang akan dihadapi oleh Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sekolah? Tekanan apa yang dia takutkan? Tekanan yang bagaimana yang dimaksudkan? Kepada mereka yang tidak mengaku Muhammad itu adalah Rasul, maka kamu tidak akan faham maksud ...

JARUM AZMIN SUDAH MENGENA.

Masa Azmin Ali bantai Hassan Ali berkenaan dengan guna duit RM300k untuk pejabat Exco dia, ramai yang hentam kromok Hassan Ali. Ramai yang kata memang padan dia kena pecat dari PAS. Ramai yang kata, inilah dia rupa sebenar Hassan Ali. Tiada sorang pun yang kata Azmin Ali ini ada benda lain yang hendak diserangnya. Hamba kata, beliau serang PAS Selangor, Cenangau kata Azmin serang Menteri Besar. Blogger lain,... entah? Tetapi, apabila dijawab sahaja oleh Hassan Ali, kan ke semua dah kena. Dr. Xavier dah kena, Dr Halimah pun kena juga. Azmin Ali, pun mesti kena juga nanti. Apa bodoh pergi kacau manusia yang tahu 'rahsia-rahsia' kawan-kawan lama. Inilah kurang diajarnya, apabila, semua orang, diluar PR, hendak dijadikan musuh. Man-man la brother. RM300k, untuk ofis baru, kepada 19 kakitangan Exco, termasuk Hassan Ali, jadilah 20 orang, maksudnya, seorang, adalah kena RM15k. Munasabah ke harga itu? Itu hamba tidak tahu. Sebab tidak tengok detail, kemendenya yang beliau beli ata...

DULU BERLAGAK KUTUK HUDUD, SEKARANG, PADAN MUKA KES JENAYAH BERAT BERLAMBAK.

Ada kawan hamba, mamat Perak, duduk Selangor, tanya hamba, kenapa marah-marah. Nak jawabnya, hamba tidak marah-marah, tetapi hanya hendak kabor isi hati hamba yang melihat PAS Selangor yang seperti cuba hendak menjauhkan Islam dengan PAS. Terutama YDP Shah Alam. Hendak tahu lagi, cuba selidik tentang kes orang dadah yang duduk gereja dahulu. Cuba korek dalam-dalam cerita itu. Tetapi, hari ini, hamba tidak mahu cerita berkenaan hal politik PAS Selangor. Hamba hendak bercerita tentang cerita kononnya statistik jenayah di Malaysia telah turun 15%. Itu kata Polis Di Raja Di Malaysia. Namun, malangnya, statistik turun 15% itu tidak dapat digunakan oleh umno untuk meraih undi kerana rakyat Malaysia yang bodoh pun tahu, keselamatan di Malaysia ini adalah tidak selamat seperti zaman 80-an dahulu. Masa hamba kecil-kecil dahulu, emak hamba tidak pernah melarang hamba untuk bermain diluar sehingga jauh berkilometer dari rumah. Ketika itu umur hamba adalah 7 tahun. Hendak masuk hutan belak...

HAMBA DAH KATA, AZMIN ALI NI HANTU.

Hamba dah kabor, Azmin Ali ini hantu. Kot ye pun hendak bantai Dr Hassan Ali, bantai lah. Ini dia bantai cerita tah apa-apa 'renovate' pejabat hingga RM300k. Cap ayam punya Azmin. Hamba memang tidak akan berbaik sangka pada Azmin cap ayam ini. Hamba sentiasa berburuk sangka pada beliau. Kerana beliau ini pun jenis umno juga. Masyuuk sana masyuuk sini. Disini hamba hendak kabor, apa yang dia sebut itu, yang seperti kononnya dia membantai Dr Hassan Ali, sebenarnya ialah dia membantai PAS Selangor. Kerana pada masa Dr Hassan merenovatekan opis dia, dia adalah PJ PAS Selangor dan juga Naib Presiden PAS. Maksudnya, orang PAS pun macam umno. Itu yang dia nak sebutkan. Padahal, nanti, orang PAS pun boleh sebut, yang hang pun perangai macam lanun umno. Hamba dah ambil keputusan, walau masa dahulu, ada Mat Saman Kati kata, hamba akan pangkah PAS sampai bila-bila, namun tidak sekarang. Hamba akan tengok calon dahulu, jika dianya YDP Shah Alam, hamba akan pangkah dua-dua petak empat...

LYNAS: APA YANG PERLU ANDA KETAHUI.

Imej
Satu artikel yang wajib dibaca; LYNAS: Apa Yang Perlu Anda Ketahui Sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka walaupun terpaksa berkorban nyawa. Saya rela mati untuk tujuan itu. Sebagai seorang Hamba dan Khalifah di bumi Allah ini, saya merayu belas ihsan dan redha dari Allah sebelum saya pergi menemuinya. Selagi Nafasku di Kandung Badan , selagi itu Jihad Pena ini akan saya teruskan. Setiap wanita yang bergelar ibu, dengan derita 9 bulan memikul beban di badan dan bercengkang mata setiap malam pasti tidak akan rela dengan apa pun ancaman lebih-lebih lagi ancaman sisa radioaktif yang terbukti banyak berlaku di setiap negara yang melombong ‘nadir bumi’ atau ‘rare earth’ khususnya di China. Kanser, Leukemia, Kecatatan malah kematian khususnya dari kalangan kanak-kanak cukup ketara dan tidak dapat dijankau oleh setiap akal manusia yang waras untuk membiarkan tamak haloba menguasai jiwa dan seterusnya men...

PRESIDEN PAS KELIRUKAN UMAT ISLAM; TOLONG BACA INI SIKIT.

Imej
Ni ada cerita menarik untuk diceritakan; Presiden Pas kelirukan umat Islam? Jawapan dari TG Nik Aziz buat Prof Dr Mahmood .. Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut. Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi. Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT. Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit...

KITA BUKAN UMNO, JADI JANGAN JADI PERANGAI MACAM UMNO.

Baru baca tajuk artikel ini; Akhbar Singapura dedahkan Keluarga Sharizat punya empat Syarikat di Singapura dengan modal RM8.85 Juta ..Ianya masih lagi berkenaan dengan Shahrizat yang sudah kantoi di dalam dan luar umno. Raja Nong Chik mesti gembira dengan berita ini dan sepatutnya Nurul Izzah patut berwaspada kerana yang akan menentang beliau di Parlimen Lembah Pantai nanti adalah Raja Nong. Sudah pasti. Kita boleh katakan, selamat tinggal Shahrizat didalam arena politik tanah air. Karier politik Shahrizat sudah nampak alam kubur. Sekarang jawatan menteri beliau sudah kantoi, dan tidak lama lagi, jawatan ketua wanita umno juga akan terpelanting dari genggaman beliau. Nampak gayanya, misi menjatuhkan Shahrizat telah terlaksana. Yang peliknya, mereka yang beria sangat untuk menjatuhkan Shahrizat adalah orang umno sendiri. Lebih tepat, adalah Raja Nong Chik. Hamba tidak tahu kenapa Parlimen Lembah Pantai terlalu diminatinya. Parlimen yang lebih selamat seperti Setiawangsa, tidak pula ...

TANAH HARAM ADA 3, BUKAN 2.

Semalam, bonda dan ayahanda hamba pergi ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah umrah. Penerbangan MH 150 ke Jeddah pada jam 3.15 petang dari KLIA. Syarikat yang membawanya adalah Triways. Ada lebih kurang 40 jemaah yang ikut serta dalam pakej umrah itu. Hamba jika ada kelapangan, hendak sangat mengikut ibu dan ayah ke sana. Pergi ke Tanah Haram. 2 tanah haram yang terletaknya  Kaabah dan masjidil nabawi. Perasaan menebal untuk ke sana begitu kuat. Begitu kuat sehingga timbul perasaan sebak kerana tidak berpeluang bersama ibu dan ayah untuk melakukan ibadah umrah. Namun, selepas balik dari KLIA, ketika sudah sampai ke rumah, hamba terasa seperti ada satu kesilapan terhadap kerinduan hamba kepada tanah-tanah haram itu. Hamba baru terperasan, bahawa kerinduan untuk ke tanah haram adalah hanya kepada 2 tanah haram sahaja. Bukan 3 tanah haram. Ya, hamba terlupa bahawa didalam dunia ini, Allah SWT telah mencipta 3 tanah haram. Bukan 2. Tanah Haram Makkah Al-Mukarammah. Tanah Haram...

PR BISING2 PD SPR, TETAPI ISU BORANG 14, KENAPA SENYAP?

Ini cerita lama. Tetapi kandungannya ever green. Sentiasa segar dan sentiasa terkini. Jika hendak tahu apa ceritanya, cuba baca ini; Pakatan beri amaran berlaku undi rosak jika pengiraan awal dihentikan . Hamba rasa, ramai yang tidak ambil port tentang isu ini. Lebih ramai lagi yang ambil port dengan cerita Lynas, NFC dan saham Felda. Hamba yakin. Tetapi, jika isu ini dibiarkan begitu sahaja, dengan 1000 kali cerita Lynas dan NFC pun, umno bn akan terus berkuasa. Ramai yang tidak tahu. Sistem undi di Malaysia adalah satu sistem yang dibuat untuk senang menipu. Bukan setakat menipu, tetapi tipu itu dibenarkan melalui undang-undang pilihanraya. Pelik bukan? Menipu yang telah diundang-undangkan. Sesiapa yang sudah berpengalaman menjadi Poling Agent dan Counting Agent (PACA), mereka akan tahu akan penipuan yang telah dimaktubkan dalam undang-undang. Ahli politik, tugas mereka untuk menang pilihanraya. Mereka akan berusaha bermain berbagai-bagai isu untuk meraih undi. Ini adalah kebia...

PELIK.

Selalunya di Malaysia, mereka yang beragama lain dari Islam dipanggil bukan Islam. Tidak pernah lagi didalam sebuah akhbar atau media memanggil mereka yang bukan beragama Islam sebagai kafir. Mungkin ungkapan kafir itu sama seperti babi bagi khinzir. Babi itu mencarut. Khinzir itu binatang. Kafir itu penghinaan. Bukan Islam itu orang bukan beragama Islam. Oleh kerana begitu tanggapan manusia. Dimana, pada masa sekarang, tanggapan telah dijadikan akidah masyarakat untuk menilai sesuatu, bukannya kebenaran, maka, agaknya, elok juga kita menggunakan ungkapan bagi orang bukan Islam adalah orang tidak percaya Muhammad itu Rasul. Boleh terima? Ungkapan baru itu? Orang tidak percaya Muhammad itu Rasul sebagai orang bukan Islam @ kafir? Bolehlah digunakan dimana-mana, ungkapan baru ini, seperti; "Mungkin suatu hari nanti, bukan sekarang, tetapi dimasa mendatang, orang yang tidak percaya Muhammad itu Rasul boleh menjadi pemimpin kedua Parti Islam SeMalaysia." "Kita bercad...

DR DZUL BODOH.

Imej
Satunya, hamba tidak mengundi beliau untuk jadi ahli Parlimen. Kerana apa, sebab hamba duduk di Hulu Selangor. Bukan area Kuala Selangor. Keduanya, hamba tidak melantik beliau dalam AJK PAS Pusat, kerana apa? Kerana hamba tidak boleh mengundi masa Muktamar dahulu. Ketiga, hamba tidak bodoh piang yang jadikan dia sebagai Ketua Pegawai Penyelidikan PAS. Hamba hanya ahli PAS biasa seumur hidup. Hanya sebagai SU Cawangan. Hanya bekerja pergi rumah ke rumah untuk bersemuka dengan pengundi untuk dicula dan diraih. Hanya dipaksa untuk bekerja perihal PACA, dari mencari PACA, isikan borang PACA untuk calon, membuat jadual PACA semasa hari mengundi, menjadi PA, dan CA nya sekali, dan memegang borang keramat 10 untuk dikumpulkan. PARASIT. Hamba bukannya ada title doktor. Tiada. Hamba hanya bekerja di kawasan kampung. Jauh hujung di hulu. Hamba kerjanya bukan sebagai pemikir, hamba hanya bekerja di akar rumput. Bahasa jawanya, grass root. Terus direct dari mata ke mata, muka ke muka, pengu...