DR. HASSAN ALI SUDAH MULA LANGKAH.

Hari ini kecoh dalam akhbar dan juga online perihal JATI. Ianya tiada kena mengena dengan perabot atau tiada kena mengena dengan industri balak. Tetapi maksud jati di sini adalah NGO Islam yang hendak ditubuhkan oleh Dr. Hassan Ali sebagai medan 'berperang'nya menentang musuhnya.


Serangan Dr. Hassan Ali semalam di Shah Alam seksyen 17, tidak lain dan tidak bukan adalah seteru lamanya dalam PAS, YDP Shah Alam. Yang jelas dan nyata, itulah serangan utama dibuat Dr. Hassan Ali semasa ceramahnya semalam. Khalid Samad ditubi-tubi dibelasah oleh Dr. Hassan Ali.

Belasahlah Dr. Hassan Ali, belasah. Anda sudah bukan ahli PAS. Adalah hak anda untuk membelasah YDP Shah Alam itu sehingga lunyai dan sehingga ke peringkat kalah dalam PRU 13 nanti. Desakan agar jangan mengundi Khalid Samad sudah digemakan oleh Dr. Hassan Ali.

Namun persoalannya, adakah pengundi akan dizombikan pemikiran oleh Dr. Hassan Ali agar jangan beri undi walau satupun kepada Khalid Samad? Jawapannya semestinya tidak, dan juga ya. 30% akan undi BN, 30% akan undi PR, tetapi, lagi 40%, kepada siapa undi itu akan diberikan?

Lagi 40% ini, apakah faktor yang mereka inginkan dari calon. Sila lihat graf dibawah;


Dan ini;


Dan juga ini;


Dan ini;


*(sumber)

Serangan Dr. Hassan Ali kepada YDP Shah Alam bukan ditembak secara suka-suka. Dendam, itu hamba tidak tahu, itu urusan Dr. Hassan Ali dengan Allah SWT, tetapi apa yang hamba nampak, beliau akan menyerang Khalid Samad sehingga ke dinding.

Takpelah, memang itu hak beliau untuk menyerang musuh lamanya yang mengakibatkan beliau dipecat dari PAS. Tetapi yang pasti, PAS Shah Alam kena buat sesuatu didalam hal ini. PAS Shah Alam mesti membuat perkara yang utama agar PAS tetap menang di Shah Alam.

Mereka yang hadir mendengar ceramah Dr. Hassan Ali juga agak ramai. Mendapatkan kehadiran sebegitu untuk mendengar ceramah yang pasti menghentam Pakatan Rakyat adalah mustahil. Tetapi Dr. Hassan Ali telah menghapuskannya.

Jadi, apakah petandanya dari situ? Adakah kita berasa sungguh yakin bahawa yang hadir itu majoritinya orang umno? Atau yang hadirnya majoritinya golongan atas pagar? Ini yang merungsingkan.

Oleh itu persoalan yang ditimbulkan hamba tadi perlu dibuat sesuatu oleh PAS Shah Alam. Tugas antum semua untuk mengekalkan kerusi Parlimen Shah Alam dimenangi PAS. Itu adalah kewajiban antum semua. Ingat! PAS perlu kekal menang di Shah Alam, bukannya Khalid Samad perlu kekal menang di Shah Alam. Antum semua faham ya......

Dan, ada satu ungkapan yang menarik ingin hamba kongsikan bersama kepada gejuis yang sudi membaca blog hamba. Ianya datang dari Mat Saman Kati. Manusia yang ABU, tetapi 'benci' PKR;

Kuasa Ketiga tak semestinya sokong BN atau PR. Kalau depa sokong BN..tentu ada perkara yang depa tak suka kat PR. Kalau depa sokong PR..tentu ada perkara yang depa tak suka kat BN. Dan apakah kalau mereka menyokong BN..maka depa akan dianggap tidak berprinsip.. tiada pegangan..lari dari perjuangan? Tapi kalau depa sokong PR..makan depa akan dianggap berprinsip dan ada pegangan?

Oleh itu, jangan under estimate aura Dr. Hassan Ali. Bahaya. Ramai manusia yang 'atas pagar', menyanjungi beliau......

Ulasan

otaklunyai berkata…
cita2 beliau terlalu besar... nak memerintah... sebab dulu pun masa jadi kakitangan kera-jaan gagal utk menempatkan diri menjadi KSU. Jadi dgn masuk pakatan harap cita2 besar yg tersembunyi itu akan dapat dilunaskan... tapi malangnya Allah Maha Besar dan Maha mengetahui akan niat kotor dihati hamba2Nya. Cita2 itu pun terbantut... tembelangnya sudah terbongkar, busuk satu negara... "Bentara Guru Dah Tahu"...

Sudahlah Pak Asang... cukup2lah tu... umurpun dah senja... bertaubatlah dan lembali kepangkal jalan... nawaitu yg tak elok itu telah diketahui orang... sudah2 leeee...
Tanpa Nama berkata…
ceramah beliau diseri siantan selayang amat berbaukan perpaduan ngan umno.hanya yang cerdik politik saja yang dapat membaca apa yang tersirat.pakatan rakyat mesti bangun menangkas ombak rindu pak hassan untok merubah pantai tatkala bulan sedang mengambang.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?