E'ELE, AZMIN, CAP AYAM HANG!

Pelik hamba tengok ayat mamat sorang ini. Seperti yakin sungguh PR akan menang besar dalam PRU 13 nanti. Atau lebih direct hamba kata. Seperti hendak ganti Anwar sahaja selepas 9 Januari ini. Kot ye pun, rileks la tuan. Hamba tidak berminat dengan kome.

Satunya cerita ini, "Jika Ku Li boleh jadi PM, saya tak boleh ke, gurau Azmin". Setahu hamba, politician, jika cakap gurau, maksudnya betul sangatlah dia berkenan itu. Rilekslah dahulu. Tunggu lepas 9 Januari. Ayat seperti menunggu-nunggu Dato Seri Anwar masuk penjara sahaja. Nauzubillahminzalik. Anwar masih bebas ya. Beliau masih belum dipenjarakan.

Keduanya, berkenaan cerita ini PKR desak PAS bertindak atas keceluparan Hasan Ali. Amboi, sedap mulut desak-desak PAS bertindak. Janganlah kecoh-kecoh, PAS tahulah bagaimana hendak bertindak dengan Dr. Hassan Ali. Ini main desak-desak. Rilekslah. Kasihan Dr. Rani kena 'pressure' macam-macam untuk ambil tindakan terhadap Dr. Hassan Ali. Sudahlah kena pressure dengan Timbalan 3 dia, bendahari dia, Ketua Penerangan dia, geng Shah Alam, geng seksyen 18. Ini Timb PKR pula yang kacau. Bagi peluanglah bernafas Dr. Rani itu.

Dema tidak tahukah PKR nanti mungkin akan bermasalah bila PRU13 berlangsung. Ingat, semua ahli PAS hendak tolong PKR ke seperti PRU12 dahulu? Mulut itu man-man lah. Kang hamba kabor PKR dengan umno itu sama sahaja, ada orang marah pulak karang......

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hahahaha lu lu lu....

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?