DR HASSAN ALI, TOLONG JGN IKUT ANWAR IBRAHIM.

Dr. Hassan Ali sudah tidak bersama PAS. Kembali kepada asal sebelum peristiwa reformasi dahulu. PAS Selangor tanpa Hassan Ali. Ada ramai insan yang mengatakan bahawa Dr. Hassan Ali tidak akan merayu untuk kes pemecatannya. Itu hamba no komen, kerana hamba bukan Dr. Hassan Ali.

Namun, hamba akan melihat, ke mana arah Dr. Hassan Ali selepas ini. Didoakan janganlah sama sekali beliau bersama dengan umno. Cukuplah menjadi mangsa parasit, jangan Dr. sendiri yang menjadi parasit.

Untuk meringankan sekejap peristiwa yang agak kelam ini, hendaklah juga hamba mengingatkan kepada semua para jemaah, sebelum ini juga, ada kepimpinan PAS yang telah dipecatkan dari PAS. Salah seorangnya adalah Ustaz Amaludin Darus. Salah seorang pioneer PAS dan beliau adalah bertanggung jawab mengenalkan PAS kepada rakyat Kelantan. Beliau adalah pengkritik tegar didalam PAS pada akhir 60-an dan awal 70-an. Ahli yang paling keras menentang PAS bersama Perikatan, ketika itu.

Beliau dipecat, tetapi tidak pernah masuk umno. Dan akhirnya, beliau (kemungkinan) telah kembali bersama PAS selepas Almarhum Tn Hj. Yusof Rawa menjadi Presiden PAS.

Oleh itu, diharap, Dr. Hassan Ali mengikut resam Ustaz Amaludin Darus. Iaitu tetap istiqomah bersama dengan perjuangan menegakkan Islam. Janganlah pula mengikut resam Anwar Ibrahim, iaitu menegakkan Islam melalui umno ketika awal 80-an dahulu. Haru jadinya.

Ulasan

Fikri berkata…
Sedikit tambahan, "Jangan bersama Ibrahim Ali"
Tanpa Nama berkata…
salam. hasan ali la ketua parasit dan jd pelesit dlm PAS.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?