DALAM POLITIK, JANGAN LURUS BENDUL.

Hamba berkata terus terang, hamba tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM Malaysia selepas Najib. Ianya adalah hak hamba untuk tidak bersetuju dan memilih siapa yang hamba berkenan untuk menjadi Perdana Menteri. Jika sesiapa yang ada menyoal hamba siapakah PM yang diingini selepas Najib, sudah pasti hamba akan kata Tok Guru Abdul Hadi Awang.

Kerana apa hamba melihat demikian? Ini adalah kerana hamba tidak nampak apa yang Anwar boleh lakukan untuk memartabatkan Islam apabila beliau menjadi PM kelak berbanding dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Namun, jika ya pun hamba tidak berkenan Anwar menjadi PM, hamba berasa gembira beliau tidak dipenjarakan kerana kes liwat2 ini. Tetapi tidaklah gembira sehingga mengeluarkan air mata jantan. Hamba tidak menangis kerana peristiwa itu. Anak lelaki apa dengan peristiwa begini pun menangis? Tetapi, jika ada berita kematian Tok Guru Nik Aziz, ini hamba tidak jamin hamba boleh menahan air mata hamba dari jatuh. Harap Tuan Guru Nik Aziz hidup dengan lebih lama lagi memimpin umat Islam kearah Islam yang syumul.

Tetapi, ada satu perkara yang membuat hamba tersangat sedih, apabila melihat, rakan-rakan sejemaah, kadang-kadang menghina para ulama PAS hanya kerana 'mendengar' apa yang orang lain kata. Sudah ada mulut-mulut ahli PAS, yang bersifat kurang diajar terhadap para ulama-ulama, yang istiqomah mereka dalam perjuangan menegakkan Islam adalah sangat utuh.

Jaga sedikit mulut antum semua terhadap ulama, jangan jadi buta hati kerana terlalu lurus bendulnya antum semua dengan sepak terajang politik para-para sekularis, liberalis dan modernis.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
undi rakyat akan menentukan siapa jadi pm. jika pas nak jadi pm ahli pas kena kerja kuat supaya kerusi pas labih byk dari parti lain dlm pakatan. jadi hamba nasihatkan usahlah dibincang lg siapa akan jadi pm, kerja kuat dulu supaya pr menang soal pm tggu result pru 13 ok.
Tanpa Nama berkata…
menang blum dh kecoh sal pm...bg menang dlu la..president pas pn ckp masalah sape pm sape pn blh..membela keadilan,berkebajikan,n taat pd Allah..asal bukn UMNO!!!yg pnting skrg nie jatuhkn pemimpin yg zalim n kotor tue dlu..xtau la plak kot2 ada org yg nk hulur tgn jatuh sama dlm najis...

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?